''Dan kebanyakan manusia tidak beriman , meskipun kamu sangat menginginkannya''.
(Surah Yusof :103)
Betul . Aku pun pernah terdetik dan berdoa agar semua manusia di anugerahkan iman oleh Allah S.W.T . Aku sendiri agar aku tergolong dalam kalangan orang-orang beriman , aku akui aku insan biasa , insan yang sangat hina . Kerdil sekali di muka bumi dan terlalu banyak keaiban dan kekurangan . Aku bersyukur atas segala apa yang telah dia beri , Dia beri sesuatu bukan bersahaja , ada ibrah (pengajaran) yang Dia mahu kita fikirkan dan bersyukur . Aku bersyukur atas siapa aku sekarang . Mungkin mereka akan berkata ''Belum kemana dah bersyukur ke ?'' Maksud aku bersyukur dengan nikmat yang tidak terhingga .Aku hari ini adalah doa dari orang sekeliling , tanpa doa orang sekeliling mungkin aku berada di sudut yang terhina . Alhamdullilllah atas segalanya , meskipun pada datang suatu saat, aku down sangat sehingga aku pejam mata dan biarkan segalanya berlalu . Sehingga aku terduduk dan tak nak bangkit lagi . Sehingga ada tangan yang menghulur aku tak nak sambut lagi . Pergilah . Pergilah tinggalkan aku di sini . *aku dah melalut*
Pondok Tok Selehor .
Berlaku ketika di zaman remaja aku . Setiap sekolah , mesti ada budak-budak yang nakal , even sekolah tu bergelar sekolah no.1 Malaysia or Sekolah Agama . Setiap sekolah tidak boleh lari dari pelajar yang ''kurang sivik'' atau istilah kasar degil . Aku tak pernah pandang serong kepada pihak ini , bagi aku mereka-mereka yang degil ini sebenarnya baik cuma mereka sedikit ''kasar'' dari segi percakapan dan adab . Malahan mereka sebenarnya baik kalau kenal betul-betul *bercakap melalui pengalaman* Cuma kalau kita berkawan dengan mereka , seandainya timbul suatu masalah yang di buat oleh seorang sahaja , maka yang di sebut adalah semua . sebab apa ?
Manusia adalah penghukum . aku ulang . Manusia adalah hakim sendiri yang berhak menyatakan hukum mereka tanpa memeriksa *ayat marah*. Tak pe , Allah tahu .
Cikgu disiplin aku , memilih 50 orang pelajar untuk di hantar ke pondok tok selehor yang terdapat di Tumpat Kelantan . Pondok ini terkenal dengan suluk *kubur* / *liang lahad* .. Pelbagai dakwaan telah di perdengarkan oleh orang kampung tentang *suluk* ini , ada yang cuba mengambil no ekor , ada yang cuba bertapa dan lain-lain benda khurafat . Sebenarnya suluk ini di tubuhkan agar mengingatkan manusia tentang kematian , ia memberi pelung kepada sesiapa sahaja untuk masuk ke suluk agar merasai bagaimana keseorangan di dalam liang lahad ,
*Baca sampai habis pengalaman aku ni *
Cikgu telah memilih 50 orang pelajar termasuk kawan baik aku ke pondok tersebut . Aku tidak terpilih tetapi aku try minta kebetulan ada kekosongan , aku di beri peluang *Terima kasih sbb bagi peluang ya cikgu *
40 orang menaiki bas sekolah manakala 10 orang lagi menaiki van sekolah atau nama mesranya*dugong* , aku antara yang menaiki dugong . Antara bas sekolah dan dugong , dugong yang sampai dulu di sebabkan tayar bas mengalami masalah *letupan* .
Setiba kami di sana , kami di sambut oleh seorang pak cik yang kami panggil *ayah haji* , pada mula-mula sampai , kami melihat ada sungai yang terbentang luas , * wahh , honeymoon* . Segalanya meleset apabila *pak cik* tu tegur ''Pergi dekat surau , solat taubat .'' Kami terdiam . kenapa pak cik ni , kami menaiki dugong , sebahagian dari kami membebel , apa tidaknya baru sampai kene halau .Kemudian dia ketuk tingkap van , aku tersentak sebab aku yang berada di tepi tingkap . ''Turunla , angkat barang* , Aku diam , ke dia tahu kami nak marah dia ? hehe .
Dia sambung lagi ''Mana yang lain ?'' Senior aku jawab ''Tayar bas meletop . hehe"' , Pak Cik ni balas ''ada buat dosa lah tu , nak sampai sini jadi ada masalah'' , Kami diam , kemudian kami mengangkut barang-barang kami ke homestay .
Homestay yang di perbuat daripada kayu , yang menghadap sungai . Katil yang biasa dan ada yang patah , hehe . Ada almari untuk letakkan barangan . *episod bermula*
Pada malam itu , taklimat ringkas di berikan , dan sesi pelantikan jawatan berlaku .
Pada malam itu , aku pun tak sangka yang aku akan di lantik menjadi *penghuluwati* yang bermaksud ketua untuk perempuan , jadi aku kene handle *gegirl* ,itu pun atas undian .Pengalaman yang awesome kene bercakap dekat depan orang ramai padahal aku tak berani sebelum ni *pemalu ekekek*
*nak cerita panjang .*short cut*
malam pertama , kami di berikan usrah melalui tayangan skrin . Lampu di matikan , gegaran tentang mayat di azab bergema ,. Lahai . Masing-masing menangis . Aku tengok orang menangis , malam tu fokus aku hilang entah kemana , yang lelaki , yang perempuan menangis . Aku tengok je , entahlah rasa hati tu keras sangat masa tu , *fikiran aku ke laut* sebenarnya , aku tak dapat fokus .
Keesokan harinya ,kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan kemudian kami diberi biskut setiap orang , sebiji coklat , dan setiap kumpulan mempunyai sebiji belon air dan bendera ..
Kami tidak di beritahu untuk apa , kami hanya di berikan . Kami di berikan tajuk setiap kumpulan dan diminta bentangkan di hadapan . Alhamdullillah berjalan dengan lancar.
Keesokan harinya , 6,30 pagi kami di bawa masuk ke dalam hutan . Suasana yang sangat hening dan gelap dan tidak di benarkan berbekalkan lampu suluh , maka terjadilah adegan pegang memegang dan tarik menarik . Umpama berjalan sambil tutup mata , setibanya ke destinasi , lampu di suluhkan , dan kelihatan batu nisan . Setiap orang setiap satu perlu duduk sebelah kubur . Jarak di jauh-jauhkan . Kemudian kami minta sedekahkan Al Fatihah untuk jenazah terssebut . Kemudian sedikit *tarbiah pagi diberikan* aku yang tak dapat khusyuk di sebabkan gangguan nyamuk dan lenguh kerana lama bertinggung (semua sekali perlu bertinggung) sambil memegang batu nisan , kepala ditunduk dan kedengaran suara yang membawa kami kesana sedang bagi tarbiah ..
Tiba-tiba "Prokkk'' , aku terkejut . Astarfirullahalazim , aku berpaling ke belakang . Dia memberi insyarat diam sambil muka tersenyum . Aku ketawa kecil . *Abang yang sedang bercakap di depan diam * dia toleh ke arah aku , aku tunduk . Kemudian abang tu sambung bercakap . Dalam hati *nasib baik* . Aku tersenyum teringat dekat Senior aku yang berada dekat aku . sempat lagi dia buang angin .
Kami di tanya tentang biskut yang di berikan . Ada yang makan coklat yang diberikan ,. Mula-mula di tanya masingmasing muka terkejut , apa tidaknya . hilang entah kemana .
Tiba-tiba , ketua tu tanya ''mana biskut kamu ?'' aku jawab ''di makan tikus , aku tunjuk yang patah '',
''tak kiralah macam mana , tu amanah kamu , maruah kamu ,kamu kene jaga'' *bukan aku sorang ramai yang senasib dengan aku * Aku terdiam *maruah aku hilang . Maruah aku di makan tikus* hehe . Maka kami kene hukum diri kami dengan di tarik telinga . *sob sob*.
Pada malam kedua , kami di berikan usrah . kemudian kami beredar ke bilik kami . Lupa nak cakap , bilik itu bukan satu orang satu bili k tapi satu bilik untuk semua orang ,. Bermaka satu bilik lellaki satu bilik perempuan . Jarak kbilik lelaki dan perempuan jauh .
Tempat Tok Selehor ini berdekatan dengan Pusat warga emas , di mana yang di buang oleh anak mereka atau tiada penjaga yang mahu menjaga mereka , Jadi kami di beri ibu angkat , *sebak * anak-anak tak mahu jaga ibu bapa , aku mengambil kesempatan bercakap , menanya khabar dan bagi sedikit makanan *kebetulan bawa* . Kasihan mereka . Mereka tidak lekang dek senyuman ,. Senyuman yang mereka ukirkan seakan mempamerkan bahawa mereka menyembunyikan kekosongan mereka .
Jam 4 pagi . Kami bergerak ke suluk . Bayangkan pada malam kedua , kami langsung tidak tidur , usrah di erikan sehingga 2 pagi , kemudian kami berjalan ke suluk . Lingkungan 4 pagi , giliran aku masuk ke suluk . Alhamdullillah aku bukan antara pelajar yang kene masuk suluk seorang diri . Kami akan di kurung di dalam suluk , menangis atau apa , kami tidak akan di layan . Aku dengan mengantuk perlu masuk . Kebetulan di sebelah suluk yang aku akan masuk , ada kematian 2 hari lepas di sebelah . Tanah masih merah . *aku nekad aku nak habiskan hari ni , aku letih.pahit kene telan juga*
Aku dan 3 orang kawan aku tiba di pintu suluk yang kami akan masuk . Aku duduk paling belakang sekali , Yang lain ada di depan , tiba dekat depan pintu , mereka tolak aku ke depan . Aku melangkah masuk ke dalam suluk menuruni anak tangga , berjalan perlahan . *mak oi . Ada mayat * . aku cuba nak naik ke atas . Kawan aku tarik baju aku tolak , di sebabkan tempat yang sempit memang kene duduk dekat mayat la . Masalahnya , kawan aku tolak aku betul-betul berhadapan mayat , Kawan aku ada hampit ke belakang . Kemudian bunyi bacaan yassin . *sob . Sob ,. * duk menangis diorang . Aku senyap jah . Aku pejam mata , aku mengantuk sangat . Dalam beberapa minit aku tak pasti , kemudian kami di keluarkan . Fecci kami menyuluh muka kami , kelihatannya aku yang tidak menangis . *aku dah cakap aku mengantuk* .
Sehingga pagi kami tidak sempat tidur . Memang penat sangat . Tidur sekejap tu sempatlah sebab aku kumpulan no 2 kumpulan terawal . Keesokan harinya . Kami dibahagikan mengikut kumpulan yang hari tu , Maka berlakulah sesi luahan perasaan .
oh ya . lupa nak cakap . Kami di hidangkan makanan di dalam talam . bermakna kami perlu telan walaupun geli dan sebagainya . *team aku * letakkan nasi satu talam tapi dah siap letak bahagian-bahagian* kenelah marah dengan abang tu yang Errrrrr .
Part lucu hari kedua makan tengahari . Peraturan dekat sini , apabila Visel di tiup sekali , tangan kanan perlu buat tanda diam dan letak dekat mulut , Tangan kiri angkat ke atas dan kaki kanan kene angkat bermakna hukuman pertama , visel kedua kene bergolek golek . *nasib baik tak kene* ,andai visel di tiup tak kira bersalah or tak semua kene hukuman .
Sedang makan , segelintir lelaki buat bising . visel di tiupkan , semua bangun dan buat tanda hukuman tu . kemudian . aku sengeh . *hehehe * aku buat selamba nak pergi isi air dalam gelas sebab tempat tu terlindung dengan dinding jadi peniup visel tu tak nampak aku . Aku isi air buat muka tak bersalah , tiba-tiba Sofiah datang nak isi air juga , dia memang sekepala dengan aku . Orang lain sibuk kene denda aku dan dia yang buat dek . hehe . Aku isi air aku tertengok dekat bawah , dalam hati *kalau tak silap tadi ada katak terlompat lompat dekat sini * , aku diam dan sambung isi air , mulut aku laju berkata '' Sofiah , tadi saya rasa ada katak dekat .. Dia dah *arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh* . aku terkejut dan air yang aku tadak tertumpah . Aku terlupa yang sofiah memang fobia dengan KATAK .
Lelaki semua toleh kami . Aku toleh yang lelaki , mereka masih membuat hukuman yang sepatutnya aku dan sofiah buat , dengan selamba aku buat muka tak bersalah , aku letak tangan bi bibir , aku angkat tangan kiri keatas . Semua lelaki ketika itu ketawa dengan riaksi spontan aku . Aku pun tak tahu apa aku buat sebab spontan sangat .Aku lari anak dekat sofiah . Si peniup visel datang '''kenapa jerit hah ?'' aku jawab ''dia fobia dengan katak '' , yang lelaki hidup-hidup ingat dia histeria sebab dah ade budak perempuan kene histeria sebelum ni .
* bagi aku lucu kenangan ni* alang-alang buat jahat , dapat cash . Aku lap air . Sebelum kene jerkah . nasib baik dia tak jerkah . aku tak sengaja lah ..
. Kemudian di sana kami perlu menanyi . Kata mereka menyanyi ni untuk sahsiah juga . Jdi kami diberikan lagu anak soleh dan yang lain aku lupa tajuk . masa ni , setiap kali pasang lagu aku menangis . Entah , rasa hati ni lembut sangat . Menangis san menangis sehingga junior lelaki yang duk sebelah aku *haish , nangis pulak kak ?* . Aku ignored dia .
Wahai ayah dan ibu , dengarlah rintihan anakmu ,
pimpinlah diriku ini, di jalan penuh berduri ,
berilah ilmu mengenal tuhan pencipta diri ini ,
selamatkan dari tipuan dunia ,
menuju alam yang abadi
Sebenarnya banyak sangat scene yang tak dapat nak lupakan . Pengalaman . Sejak dari ini aku mulai mencari tuhan baik *perubahan mengejut* ,Hanya bertahan beberapa bulan kemudian kembali largha . Sebelum ni aku dah pernah cakapkan ? Aku pernah hijrah kemudian hijrah aku kelaut . Ya , ada kisah tersendiri .
Sebelum balik kami dibekalkan setiap orang surat . Membaca surat yang diberikan , air mata mengalir deras , surat itu perlu di baca di rumah ketika keseorangan .
Setiba dirumah aku belum membacanya , aku balik dan menangis memeluk ibu aku dan teresak -esak dekat ayah aku . ayah cakap *memangla mula-mula balik kem macam ni* hahaha , ayah-ayah .
Malam tu , aku masuk bilik dan membuka surat putih yang di berikan .
isinya mungkin biasa , bagi hati yang masih lembut . ia menusuk kalbu .
WASIAT AYAHBONDA
Wahai anakanda yang di kasihi ,
Tahukah anakanda betapa besarnya harapan ayahbonda anda terhadap anakanda yang tersayang .
Anakanda,
Jangan lupa menunaikan solat 5 waktu ,Jangan sekali-kali tinggalkan solat walaupun sesusah mana sekalipun .Selalulah membaca AlQuran di masa lapang .
Jika memilih kawan , pilihlah yang mampu membimbinmu ke arah kebaikan dan membantu dalam kesusahan
Hormatilah guru guru kerana gurulah yang banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada kammu.
Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan kamu .Jadilah insan yang berguna di masa hadapan .Tuntulah ilmu setinggi mana yang termampu kerana orang yang berilmu di pandang mulia dan di sanjung tinggi .
Anakandaku...
Sesungguhnya ayahbonda mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kerana keinginan anakanda untuk berubah dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mecapai kejayaan serta dapat mengubah nasib keluarga kita .
Anakandaku ...
Andai kita tidak dapat bersua lagi dan tidak dapat bersama-sama lagi , ingatlah segala nasihat dan harapan ayahbonda terhadap anakanda.
Maafkan ayahbonda kerana tidak dapat memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap anakbonda.
Anakandaku .
Selalulah berdoa agar ayahbonda di tempatkan di kalangan para sahabat dan orang-orang soleh .
Yang mengasihimu
Ayahbonda .
Aku teresak . Amanah apa yang sedang di beri . Allah .
Allah berfirman :
''Jika mereka membantahmu (Ya Muhammad,sesudah engkau memberi keterangan) , Katakanlah : Aku serahkan mukaku (diriku) kepada Allah bersama-sama orang-orang yang mengikutku . Dan katakanlah kepada orang-orang ahli kitab dan orang-orang yang ummi : Mahukah kamu semua memeluk islam ? Jika mereka memeluk islam , sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk ; dan jika mereka berpaling , maka kewajibanmu hanya menyampaikan,dan Allah Maha Melihat Segala hambaNya ''.
(ali Imran : 3 :20)
ya . Life is choice , nak ke tak nak ? Kembali kepada fitrah sebenar . Islam .
Pegang balik janji yang pernah di lafaz suatu ketika dahulu .
Aku bukan kata aku baik . Jauh sekali .
Tapi aku nak jadi baik , meskipun aku seringkali leka ,
Tika ada cahaya suluh , kadang-kadang aku sempat kejar cahaya tu . Kadang-kadang aku meraba dalam kegelapan .
walaubagaimanapun aku , di hati aku tetap ada keinginan untuk dapatkan cahaya itu meskipun tidak tergambar dari luaran , maafkan aku .
Behka Main Behka . Weh Behki Hawa Si Aai .
(Aku terhipnosis . Dia datang seperti putaran angin .
Ek Hi Nazai Mein Sab Manzil Wanzil Paayi
(dalam sekejap aku telah temui tujuanku)
See ? lyrick lagu hindustan pun boleh guna tau untuk diri sendiri :)
dah melalut jauh ,. Aku minta maaf .
Aku perlu berhenti disini .
Aku harap aku . kau . semua .
menumui tujuan hidup kelak .
mampu berjalan di jalan kebenaran ,
Pengakhiran kehidupan yang baik :)
Ameen .
Buat semua yang terlibat sepanjang kem ini , fecci , cikgu ayah haji, abang yang saya x tahunama juru masakan pengetua dan warga emas . Yerima kasih kerana memberi pengalaman yang bermakna dan menyedarkan kami .
No comments:
Post a Comment