Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

02 July, 2025

Kekurangan itu Kelebihan

Proses untuk lebih memahami percaturan Tuhan ternyata berperingkat,
Samara kita menyedari atau tidak. 
Kadangkala ada orang yang menghadapi sesuatu ujian dengan penuh kematangan padahal usianya masih muda,
Ada pula orang yang tidak matang dalam menghadapi ujian padahal umurnya sudah tua.
Ternyata setiap orang itu berbeza cara mereka menyedari bahawa untuk menghadapi sesuatu perkara perlu begitu & begitu.

Di usia remaja dulu,
Aku antara orang yang selalu menghitung kekurangan diri.
Memperendahkan diri sendiri sehingga aku lupa untuk bersyukur.
Mana tidaknya, sekeliling aku begitu dan begitu sehingga aku merasakan betapa banyak kekurangan diri ini.
Sedih?Kecewa?Rendah Diri? Bahkan merasakan diri ini tidak layak untuk sesiapa..
Paling menyakitkan langsung aku tidak menerima apa jua pujian,bagiku aku tidak layak untuk itu.

Suatu hari, aku mendalami ilmu ,
Bergaul dengan lebih ramai orang,
Membaiki diri ke arah yang lebih baik(membaca,mempelajari benda baru,meluaskan kenalan),
Aku menyedari satu perkara. Aku beruntung menjadi aku.
Ketika itu, aku tidak membiarkan diri aku ada sikap ingin bersaing untuk menjadi lebih baik daripada orang lain tetapi aku menanam dalam diri untuk menjadi lebih baik daripada hari kelmarin, buat yang terbaik untuk diri sendiri.
Dan aku sangat tidak menyangka bahawa aku minta hanya sedikit dalam sesuatu perkara tetapi Allah bagi lebih. Subhanallah.

Satu perkara yang selalu aku tanamkan dalam diri.
Segala yang aku punya Allah bagi pinjam & segala yang dipinjam suatu hari bila bila Allah akan ambil balik.
Yang pastinya aku perlu menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur, dalam kesyukuran itu juga aku perlu membantu orang lain.

Allah itu tidak pernah tidur,
Disaat aku mempersoalkan ‘Kenapa ada manusia bersifat tidak baik pada-Ku?’

~mungkin ada kejahatan yang pernah aku lakukan pada orang lain suatu ketika dulu tanpa aku sedar atau tidak
~ Allah nak gantikan sesuatu yang terbaik untuk-Ku, dijauhkan aku daripada perkara yang tidak baik untuk-Ku.

Manusia itu sangatlah terbatas, untuk dapatkan jawapan Tuhan kadangkala perlukan masa mungkin sekejap,mungkin lama. 
Berbaik sangat dengan Tuhan bahawa masam manis kehidupan itu ada baiknya untuk manusia.

Dalam meniti beribu kekurangan sebenarnya ada berjuta kelebihan yang Allah bagi.
Sedar atau tidak, syukur atau sebaliknya.
Alhamdullillah, segala Allah tentukan adalah bersebab.
Bukan saja saja Allah uji kita.

31 August, 2024

Bakal Imamku

Assalamualaikum

Lama sekali tidak berceloteh disinikan..
Orang kata kadangkala kita akan diuji dengan sesuatu yang kita suka atau pun yang kita tidak suka;

sesuailah boleh jadi kita menyukai sesuatu sedangkan ianya tidak baik untuk kita dan boleh jadi kita membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kita.
Kita manusia pastinya tidak mengetahui mana baik dan mana buruknya, jadi itu kebergantungannya hanya pada Allah.

Jika sebelum ini celotehku menceritakan tentang patah hati,kekecewaan, kesedihan bahkan seolaholah tidak ada keberuntungan dalam hidup.
Hakikatnya, Tuhan menyintaiku dengan dasyatnya. 
Sama ada pandangan mataku yang memandang sesuatu yang berlaku itu baik, atau semesta sedang menghantar energi yang positif padaku. 
Boleh jadi juga doa sekeliling yang membuat aku berjaya mengatasi satu persatu halangan dihidupku dengan tenang.

Aku juga mahu berkongsikan kegembiraan aku disini.
Aku dipertemukan dengan sosok lelaki yang sangat baik.
Bahkan tidak pernah terfikir aku akan dipertemukan dengan insan sebaik ini.
Disaat sekecewanya aku sebelum ini, Tuhan gantikan aku dengan lelaki yang baik,menyokong aku dan sentiasa bibirnya dipenuhi doa untukku.

Aku jatuh hati sebegini dalam terhadap insan ini.
Insan yang selalu ada, disaat aku mengganggap diriku punya banyak kekurangan, dia ada disisi mengungapkan bahawa betapa dia menyintai segala yang ada padaku.

Orang kata, cinta pada awal-awalnya semua manis belaka.
tapi bersama lelaki ini membuat aku semakin dalam terjatuh hati padanya.
Entah mengapa, karakternya yang sebegitu tenang begitu menawanku.
Aku juga yakin bahawa lelaki yang menyintai seseorang wanita itu seperti yang dia lakukan padaku. Menghormatiku,mendengar, menyemangatiku dan ikhlas.

Doakan aku dan dia akan terus mekar sehingga ke syurga. Amin.

19 April, 2024

Kasihan wanita itu

Kasihan sekali.

Suatu ketika dahulu aku pernah bertengkar hebat dengan mantan kekasihku.
Pertengkarannya hanya kerana seorang wanita.
Kata mantanku, wanita itu sudah lama menaruh perasaan padanya jadi bukan salah dirinya, bagiku pula aku menyalahkan mantanku kerana erasakan dia memberikan ruang kepada wanita itu dengan sebuah harapan.

Terang terangan mantanku cuba menafikan tanpa mengakui kesilapannya.
Akhirnya aku sedar bahawa redflag yang ketara ada pada mantanku. lalu?
Aku mundur tanpa banya bicara, aku ciptakan pelbagai alasan supaya dia membenciku & meninggalkanku. Kononnya girl support girl, aku tidak dapat meneruskan kerana jika diteruskan hubunganku akan menjadi toxic. Aku akan teringat dan mengungkit. So aku tinggalkan.

Tahukah apa yang paling menyedihkan? paling menyedihkan bukan disaat aku tahu mereka mulai bercinta. Yang menyedihkan apabila kawan mantanku menceritakan kepadaku 

''mantanmu masih menyintaimu Jihah, dia hanya mahu melihat kamu cemburu awalnya.Tidak menyangka kamu benar-benar pergi. Dia sangat menyayangimu berbanding dengan yang sekarang'. Aku hanya terdiam. Biarlah. Egoku menguasai.

Tiba dirumah. Aku mulai berfikir, Permainan bodoh apakah yang mantanku sedang mainkan. Kerana aku, dia berpura pura mencintai wanita itu. Tidak aku memandang mereka dengan iri melainkan tatapanku hanya pandangan kasihan. kasihan kerana aku pernah menemui seorang suami yang menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya meskipun rumah tangganya sudah dibina 12 tahun bersama! Katanya lagi, dia tiada perasaan terhadap isterinya melainkan zuriatnya tiga orang sekadar membuktikan 'kelelakiannya' kepada mereka yang melihat. Allahu. nauzubillahiminzalik.

Semoga sahaja mantanku benar-benar melupakanku. 
Meskipun tentangku masih dibahaskan dibibirnya kepada temannya. Dan temannya masih menyampaikan padaku. aku berharap dia menjaga pasangannya sekarang sebaik-baiknya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab.  Tiba tiba aku meluah berkaitan mantanku, baru-baru ini ada sesuatu yang berlaku menyebabkan aku terdetik termimpi dalam mimpi. Seolah-olah dia memanggilku dan meminta aku kembali. Aku sangat sedih didalam mimpi itu terhadap pasangannya sekarang ditipu oleh sebuah perhubungan. Mungkin ada yang kata, cinta itu terus mekar namun meneruskan kehidupan sebagai penggalas tanggunggjawab . :(

27 August, 2023

Gadis Manis

 Assalamualaikum Wanita Manis,

kamu apa khabar?Walaupun jarang kedengaran khabarmu lagi disini.Aku harap kamu baik baik sahaja.

Ternyata ketika kamu menghilang, tiada yang mencari ya?

Tak apa,mungkin mereka sibuk.

Jadi dewasa rupanya agak melelahkan bukan?

Kamu perlu sentiasa kelihatan baik baik saja meskipun kamu sedang tidak baik.

Kamu mesti kelihatan sempurna walaupun keadaan tidak mengizinkan.

Kamu mesti kelihatan sihat walaupun sedang tidak baik saja

Kamu juga mesti kelihatan gembira dan tersenyum meskipun kamu tidak mahu itu.

Melelahkan bukan?

Belum kira lagi keadaan di mana kamu dituntut untuk sentiasa jadi baik namun fikiran mereka tetap saja tidak baik pada kamu :(.

Jangan sedih ya,meskipun dunia dan isinya lambat menghargaimu,Tuhan tidak pernah terlepas dalam satu perkara meskipun sekecil kecil zarah :)

Selagi kamu ada Tuhan,pasti Tuhan juga tidak akan pernah meninggalkan MU sendirian.

Lupakah kamu saat sulit,sedih,gelisah dan marah..perasaan tidak enak menguasai diriMu, ternyata kamu boleh mengawalinya,kerana kamu punya Tuhan..


Apa apapun,teruskan kuat ya gadis manis,

Ramai yang menggilai senyuman manismu.

Sentiasa lah membuat orang tersenyum dan bahagia,

Ingat diriMu juga perlu bahagia.

kamu sentiasa disayangi sekeliling wahai gadis manis.

Semoga baik baik semuanya.Amin.


22 October, 2022

Suara kecil

Di suatu hari, aku dihimpit perasaan hiba. Resah, gelisah, kecewa & sedih silih berganti. Aku membiarkan diriku tenggelam dalam perasaanku sendiri. Padam muka! Kadang-kadang laungan kecil berteriak di hati kecilku. Arghh ! Padam muka, penyakit yang tidak ada, aku sendiri yang mencari.

Di suatu sudut lain pula, mungkin malaikat kecilku yang sentiasa mengajak aku supaya berfikiran baik-baik sahaja bahawa semuanya akan baik-baik. Aku cuma perlukan waktu sahaja. Semakin aku meniti dewasa, aku mengenali pelbagai ragam manusia. Ada yang baik dan boleh dikatakan kebanyakannya baik. Namun disudut lain, ada yang tersangat baik pada awalnya & boleh berubah menjadi seseorang yang tidak terjangkau jahatnya. Bahkan aku sendiri tidak mengenali siapa dirinya lagi.

Mungkin juga aku penat. Mental aku yang terlebih penat membuat badan akan terikut lelahnya. Emosi juga akan saling bergabung untuk memberi tekanan demi tekanan & akhirnya. Aku kecundang dalam ketidakstabilan perasaan. Sulit juga menjadi seorang 'aku'. Ingin difahami namun tidak pernah memberitahu apa yang aku mahukan. Anehkan?

Bab percintaan aku pernah juga kecundang. Bagi aku mereka 'menyakitiku' dengan perbuatan & kadang kadang perkataan. Mungkin bagi orang lain aku tidak patut terasa untuk beberapa perkara tapi ada waktunya; mereka menyatakan aku terlalu sensitif terhadap perkara-perkara yang kecil :(. Aku cuba bertahan & menyesuaikan mengikut keadaan mungkin ada benarnya apa yang mereka katakan. Dan akhirnya aku menyedari bahawa yang aku cintai adalah bukan orang yang benar. Mana mungkin dia boleh mencintai dengan caranya yang tidak menjaga perasaanku. Apa pun alasannya, perasaan aku yang utama. Mungkin wanita lain boleh bertolak ansur dengan merendahkan nilai ciri-ciri yang dia idamkan pada layanan sang pasangan & begitu juga aku pernah lakukan dan akhirnya aku menyedari satu perkara. Aku salah !
Jika aku disakiti, sebenarnya aku yang membenarkan perkara itu terus berlaku. Aku yang izinkan perkara itu berlaku. Jika aku mengatakan 'Stop' ianya pasti sudah tidak berlaku. Orang yang benar mencintai akan berubah untuk kita apa jua alasannya. FullStop tapi situasi toxic aku ianya tidak berlaku tetapi menyalahkan aku atas perkara yang berlaku.

Sehingga sesiapa yang cuba mendekati aku betapa baiknya. Betapa banyak effort & layanan yang cuba mereka lakukan, aku malas untuk fikirkan kerana yang beria-ria di awal belum tentu akan beria hingga akhirnya . & orang yang kita pernah menceritakan trauma terhebat, dia juga yang akan melakukan dengan lebih hebat pada kita :) facts !

Jika kelihatan aku lebih suka memendam & tidak  punya bebanan masalah. Sebenarnya, kamu yang tidak aku percayai. Simple :) Suatu saat, akan tiba masanya Allah menggantikan semua kepahitan & kesedihan dengan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal. Amin !

04 September, 2022

Biar diri kita selesa

Setelah sekian lama menyepi disini. 
Aku kembali untuk menulis bait bait kata.
Sebenarnya banyak juga perkara yang aku catatkan di diari mungkin terlalu sulit untuk diceritakan disini.

Pengalaman itu sesuatu yang akan membuat kita semakin dewasa jika kita belajar dari sejarah lalu. Apa guna segala sejarah jika tidak ambil sebagai iktibar. Pengalaman pengalaman lalu juga mengajarkanku bahawa aku  tidak menerima sesuatu yang kurang daripada sepatutnya yang aku dapatkan.

Aku tidak suka memperendahkan sesiapa kerna aku tahu sakitnya bila dihina.
Dalam bersahabat dan bercinta sekalipun, aku di tahap biasa-biasa sahaja.
Aku tidak mahu beria dalam apa-apa perkara yang akhirnya membuatkan aku kecewa.
Bila aku menyedari itu aku membuat perkara biasa-biasa sahaja supaya bila sesuatu itu tidak sesuai dengan aku rancang, maka jatuhku tidak sejatuh yang sukar untuk aku bangun kembali.

Benar sekali. Aku hanya bersungguh dengan mengajar impian & cita-citaku.
Sekiranya aku gagal mencapai seperti aku mahukan,sekurangnya aku bangga dengan usahaku.
Berusaha pada impian itu jauh lebih memberuntungkan kerana yang mengusahakan adalah seorang diri bukan melibatkan orang lain yang boleh mencipta luka pada diri kita.

Benar juga. Dalam kesibukan kita mencapai impian & cita dan berjaya mencapai beberapa kejayaan.
Yang sudi berkawan juga ramai, yang tiba tiba meluahkan rasa suka juga ada.
Lumrahnya kehidupan begitu. Tidak perlu pelik. Tidak semua manusia seperti diri harapkan.

Semakin dewasa juga aku memahami bahawa kita perlu menjauhi diri daripada seseorang jika seseorang itu telah menjadi toxic buat diri kita. Kita fikir orang toxic tidak mempengaruhi hidup kita hakikatnya apa yang kita selalu hadap, itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosi kita. Begitu juga yang berlaku dekat aku, aku terpaksa menjauhi diri bila merasakan sesuatu perhubungan sudah menjadi toxic. Aku tidak mahu menyakiti & aku tidak mahu diri aku disakiti.. Aku memilih pergi.

Kehidupan aku banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Penat, serabut & down itu perkara biasa.
Apabila 'pulang' pada sesiapa yang aku anggap 'rumah', rumah itu perlulah sentiasa memberikan ketenangan bukan meninggalkan aku sendirian seolah-olah aku tidak punya rumah. 


17 February, 2022

Berusaha menjadi dia yang pemaaf

Kematangan itu bukan soal umur..

Pernah beberapa orang berkata padaku, jika ingin mencari lelaki, carilah lelaki yang lebih berusia. Lebih matang, banyak pengalaman hidup (makan garam) dalam kehidupan..
Bagiku pula ianya tidak benar. 

Ada orang tua di umur namun penuh dengan sifat ketidakmatangan.
Ada pula orang muda namun penuh matang.

Tahap kematangan seseorang dalam banyak aspek dapat dinilai tanpa mereka sedari.
Paling mudah contoh untuk dipetik apabila bersembang.
Mereka boleh bersembang seolah-olah gajah boleh terbang tetapi isi penyampaian adalah kosong.
atau pun paling mudah dilihat apabila dia sedang marah.
Bagi aku, aku suka perhatikan apabila seseorang marah. Dari segi perbuatan dan kata-kata boleh dilihat sejauh mana sikapnya.

Sama ada menyakitkan atau tidak kata-kata yang dilontarkan atau emosi yang dia luahkan dapat kita baca.
Tidak semua orang boleh mengawal amarahnya.
Tidak semua orang juga boleh menangani sikapnya.

Ada orang marah sehingga dendam.
Ada orang pula cuba memaafkan.

Dalam asyik menkritik sifat seseorang.
Aku juga punya kelemahan, jika dulu aku seorang yang sangat agresif dan tidak boleh mengawal amarahku. Aku belajar untuk ubah. Perlahan lahan menjadi lebih tenang dan cuba untuk tidak berdendam. Aku belajar menerima dan memaafkan.
Dalam proses kedewasaan ini, tidak boleh dinafikan sikapku kadangkala boleh bertukar menjadi pemarah & boleh membawa kepada dendam sekiranya tidak aku kawal. Kuncinya satu, jangan cuba mencabar kesabaranku. 
Aku boleh membalas kemarahanku dengan cara yang tidak terfikir dek akal sehingga seseorang boleh menyesali memulakan dahulu. 
Caraku tidak kasar, tapi boleh membuat seseorang tertampar dengan perangainya sendiri.
Sebab itu aku tidak mahu mempunyai musuh atau bergaduh dengan sesiapa kerana aku tidak mahu melayani sesuatu yang remeh temeh, tetapi jika ianya dimulai aku akan akhiri sebaiknya :)