Samara kita menyedari atau tidak.
Kadangkala ada orang yang menghadapi sesuatu ujian dengan penuh kematangan padahal usianya masih muda,
Ada pula orang yang tidak matang dalam menghadapi ujian padahal umurnya sudah tua.
Ternyata setiap orang itu berbeza cara mereka menyedari bahawa untuk menghadapi sesuatu perkara perlu begitu & begitu.
Di usia remaja dulu,
Aku antara orang yang selalu menghitung kekurangan diri.
Memperendahkan diri sendiri sehingga aku lupa untuk bersyukur.
Mana tidaknya, sekeliling aku begitu dan begitu sehingga aku merasakan betapa banyak kekurangan diri ini.
Sedih?Kecewa?Rendah Diri? Bahkan merasakan diri ini tidak layak untuk sesiapa..
Paling menyakitkan langsung aku tidak menerima apa jua pujian,bagiku aku tidak layak untuk itu.
Suatu hari, aku mendalami ilmu ,
Bergaul dengan lebih ramai orang,
Membaiki diri ke arah yang lebih baik(membaca,mempelajari benda baru,meluaskan kenalan),
Aku menyedari satu perkara. Aku beruntung menjadi aku.
Ketika itu, aku tidak membiarkan diri aku ada sikap ingin bersaing untuk menjadi lebih baik daripada orang lain tetapi aku menanam dalam diri untuk menjadi lebih baik daripada hari kelmarin, buat yang terbaik untuk diri sendiri.
Dan aku sangat tidak menyangka bahawa aku minta hanya sedikit dalam sesuatu perkara tetapi Allah bagi lebih. Subhanallah.
Satu perkara yang selalu aku tanamkan dalam diri.
Segala yang aku punya Allah bagi pinjam & segala yang dipinjam suatu hari bila bila Allah akan ambil balik.
Yang pastinya aku perlu menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur, dalam kesyukuran itu juga aku perlu membantu orang lain.
Allah itu tidak pernah tidur,
Disaat aku mempersoalkan ‘Kenapa ada manusia bersifat tidak baik pada-Ku?’
~mungkin ada kejahatan yang pernah aku lakukan pada orang lain suatu ketika dulu tanpa aku sedar atau tidak
~ Allah nak gantikan sesuatu yang terbaik untuk-Ku, dijauhkan aku daripada perkara yang tidak baik untuk-Ku.
Manusia itu sangatlah terbatas, untuk dapatkan jawapan Tuhan kadangkala perlukan masa mungkin sekejap,mungkin lama.
Berbaik sangat dengan Tuhan bahawa masam manis kehidupan itu ada baiknya untuk manusia.
Dalam meniti beribu kekurangan sebenarnya ada berjuta kelebihan yang Allah bagi.
Sedar atau tidak, syukur atau sebaliknya.
Alhamdullillah, segala Allah tentukan adalah bersebab.
Bukan saja saja Allah uji kita.
No comments:
Post a Comment