Telah berdiri seorang lelaki ,
Hidup berbekal kecekalan diri ,
Walau menghadapi sejuta cabaran ,
Terus berpaut pada kebenaran ,
Berkurung sudah kau merintis jalan ,
Bertahun sudah hasrat mu terhalang ,
Tetap bersemarak api keazaman ,
Pada keazaman doa dan harapan ...
Kau melangkah bermula dari lembah ,
Kau mendaki setangga ke setangga ,
Semakin hampir menjejaki puncak ,
Semakin sering kau di tikam onak ,
Namun kerana kau lelaki ,
Derita dapat di selindungi ,
Tangisanmu ,
Rahsia di hati ,,
Kesepianlah Oh Teman nan yang sejati ,
Di dalam nya kau mengenal diri ,
Tenangnya wajah ,
Matangnya Bicara ,
kerana kau menyakini Tuhanlah Yang Maha Esa ..
Ikon rakyat Kelantan Arwah Dato Tok Guru Nik Aziz
Duhai bumi yang selalu membuat hatiku terpaut tentang indahnya dunia,
Duhai bumi yang memberi aku makna dari sehari ke sahari,yang tidak pernah lelah mengajar aku tentang kehidupan ,
Wahai Tanah yang sering aku pijaki ,
Dari situ jua asal usul kejadian aku,
Ke situ jua aku bertemankan kemudian hari ,
Tanah ..
Bumi Kelantan yang aku kagumi ,
Terlahirnya muda mudi yang cantik wajah dan akhlaknya,
Terlahir jua masyarakat yang sungguh sopan dan penuh dengan budi bicara ..
Adakah bumi Kelantan masih mampu mengekalkan kedamaian dan keindahan ini ?
Tika jari jemari pantas menari menaip setiap patah kata yang terkeluar di benak ,
tika ini hati di himpit rasa hiba , Otak ligat memikirkan jalan penyelesaian ..
Tuhan , aku tidak tahu apa yang cuba aku nyatakan melainkan rasa takut .
Rasa takut yang tidak mungkin sesiapa fahami ,
Perasaan yang aku pendami dari sehari ke sehari ,
perasaan yang membuat aku risau,khuatir dan sedih ..
Aku memerhati sekeliling ,
Aku lihat muda mudi hari ini,
Masyarakat hari ini ,
Rosak akidahnya,
Tahukah kalian jumlah kes jenayah di bumi Kelantan telah meningkat ?
Tahukah kalian jumlah kes dadah yang berjaya di bawa masuk dari Thailand di bumi Kelantan telah meningkat ?
Tahukah anda aktiviti penyeludupan manusia di Bumi ini jua meningkat ?
Membaca,Menonton dan mengetahui sesuatu perkara kadang-kadang menyakitkan ,
Tapi inilah hakikat,hakikat yang menyakitkan ,,
Aku takut di bumi aku hidup ,
Aku tidak pasti ada masih adakah manusia fikir apa yang sedang membelenggu aku .
Tapi aku takut,sungguh aku takut ..
Mereka yang berkulit hitam (warga asing) berkeliaran di bumi ini,
Agama yang aku tidak pasti apa yang mereka anuti,
Bangladesh,Mynmar,Indonesia dan Indonesia.
Aku semakin takut,di fikiran aku,
Jika mereka datang tanpa izin,jika mereka melakukan jenayah
adakah mereka dapat meninggalkan kesan ?
aku takut .
para muda mudi yang sememangnya bakal menerajui negara yang
aku lihat puratanya rebah dek kes jenayah,dadah,zina dan pecah rumah ,..
Aku dihimpit kecewa..
''Alah , mereka yang buat,mereka lah yang tanggung . Mereka yang rosakkan diri mereka sendiri .''
Itu kata kamu , tapi tidak bagi aku ,
Aku seorang perempuan,tapi aku rasa seolah aku terbantut untuk melakukan banyak perkara,
Aku berharap segala apa yang sedang berlaku di sekeliling mampu aku hentikan , tapi siapa aku ?
Melainkan seorang perempuan yang hanya mampu berbicara di dalam hati,
yang hanya mampu meluahkan apa yang aku pendamkan ..
Mengecewakan aku,apabila purata yang terlibat adalah Umat Muhammad s,a.w,
Saudara seislam aku sendiri ..
Kadang-kadang aku takut dengan dunia ini ,
lelaki dengan kegiatan mereka,
Wanita dengan kegiatan mereka..
Lelaki terlucut dengan tanggunggjawab,
Wanita terlucut rasa malu ..
Kadang-kadang aku mahu bersuara,
mengajak dan bersilaturahim agar sekurangnya aku mampu mengeluarkan bakti ,
tapi anganku,cita-citaku tergendala apabila aku tidak menemui manusia yang ''sejalan'' dengan aku,
manusia yang memahami cita-cita aku dan apa ada dalam hati ini ..
yang aku kenali manusia yang
''Cukup jaga diri kau sendiri,before kau berangan nak selamatkan masyarakat''..
Ada benarnya apa yang di kata , cuma aku tidak mahu segala permasalahan ini menular sehingga aku rasa memang benar-benar terlambat ..
Aku perhatikan,aku simpulkan,
Mustahil mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut tidak tinggalkan solat,
MUSTAHIL ! .
Ya , solat . Solat . Solat ..
Yang solat fardhu cukup 5 waktu masih ada yang perangai tak seberapa ,
apatah lagi yang tak solat ..
Allahu ..
Aku berborak dengan seorang janda yang mempunyai anak 4 orang dan kesemuanya lelaki,
Dia menceritakan kisah yang aku sendiri meremang apabila mendengar,perit,seksa dan sungguh menyakitkan hati apabila anak-anaknya terlibat dengan penyalahgunaan dadah,dia turut menceritakan pengalaman,tindakan dan trauma yang dihadapi dia .. Allah ..
kemudiannya,aku terfikir kata-kata dia yang terakhir ''Mak cik tak mampu nak kata apa,sebab Mak Cik pun belum tentu pengakhiran hidup Mak Cik macam mana,mana tahu anak yang di sangka menyusahkan tu pengakhiran hidupnya lebih elok'' ..
See ? Aku simpulkan dan aku dapat jawapan,mengapa Allah hantarkan Ujian yang besar dalam hidup Mak Cik tu .. Sebab Allah tahu dia hebat,dia wanita kuat ..
Dia turut menceritakan pada aku salah seorang anaknya pernah di tangkap polis dan perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal iaitu penjara 6 bulan , Mak Cik tu cakap dia akur sebab dia memang tak ada duit , lepas tu dia pernah pergi melawat anak dia di penjara tersebut,tapi sebagai seorang ibu,mendengar anaknya menangis-nangis agar di bebaskan,hati tetap tersentuh..Dia berhutang sana sini bagi membebaskan anaknya .. Akhirnya anaknya keluar dari penjara ,Berminggu kemudian kelihatan perubahan yang positif pada anaknya namun hanya bertahan beberapa minggu apabila kembali menagih..Kegiatan jenayah,mencuri,menengkingnya usah di ceritakan lagi..''
cc: *Mak Cik yang aku kenali ketika aku berada di Hospital *
Hati aku berdebar .. Allah ,. Takutnya ..
Usah di ceritakan berlaku di bumi Kelantan,di negeri lain aku pasti turut ada yang berlaku gejala yang tidak sihat ini ,
Ini cerita yang aku tahu,yang aku tidak tahu bagaimana agak-agak?
menurut mak cik tu,anaknya kalau di lihat dari segi rupa,dan pertuturan dengan orang lain,memang tak akan dapat baca seorang penagih sebab dia pandai bercakap dan berlakon ..
Astarfirullahalazim. Aku melemparkan senyuman kelat ..
Mak Cik tersebut sudi menceritakan serba sedikit tentang ragam manusia kpd aku and pesan yang aku ingat
''Mak cik cerita ni sbb mak cik nak anak hati-hati , mak cik tak ada anak perempuan,kalau mak cik ada anak perempuan pun,mak cik akan pesan macam ni '' ..
Sebelum ni aku pernah katakan , hidup ini penuh dengan misteri dan sesuatu yang di luar jangkaan ..
Ada betulnya ..
Sesuatu yang kedengaran asing pada masa ini seolah-olah sesuatu yang terbiasa,
dan sesuatu yang sepatutnya terbiasa kini telah kedengaran asing ..
Contohnya : Kalau dulunya buat maksiat , sesuatu yang asing dan merupakan suatu aib dalam masyarakat kita,sekarang maksiat depan mata pun dah terbiasa dan ada yang ambil langkah
''Tak Mahu Jaga Tepi Kain Orang ''
Contohnya : Kalau dulu , agama islam tersebar meluas sehingga serata dunia,dengan amalannya , kini siapa yang mengamalkan ajaran islam di gelar sesat ! Ketinggalan Zaman ! Syirik dan Munafik ! ..
Allahu ..
Bumi Kelantan yang aku kagumi ,
Telah di cemari dengan manusia yang berjiwa kotor ..
Apatah lagi Bumi lain yang aku baca,dengar dan lihat sendiri ..
Allah ..
Aku hanya diam di sini ,
merisaukan keadaan yang akan datang ,
menulis serba sedikit kegusaran hati ,
Ya . Itu aku ,
Sedangkan berapa puluh juta lagi
Entah di fikirkan entah tidak ?
sedang asyik di ulit kebebasan .
Coretan secebis kegusaran aku .
Bukan Politik ,.
Cuma kegusaran hati ..
No comments:
Post a Comment