Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

28 March, 2018

hakikat kehidupan

Kehidupan fantasy & reality merupakan dua perkara yang berbeza..
Tanya sesiapa sahaja rata rata pasti akan memilih bahagia berbanding derita,
Akan memilih tawa berbanding ratapi,
Sesiapa sahaja mesti mahukan yang indah...

Kata kata mak sedara aku sedikit sebanyak menyedarkan aku,bahawa aku perlu bangun daripada angan angan yang entah dimana kesudahan, usah bermimpi mahu kejayaan tanpa usaha, dan bahagia selamanya tanpa berbuat apa apa.. Lagi parah kalau meletakkan kebahagiaan atas diri orang lain..

Perkara pertama yang mak sedara aku goncangkan pada aku & sedarkan aku..
Berhenti bermimpi, aku perlu mendengar & menghormati orang yg lebih byk asam garam dalam kehidupan..

Katanya lagi, dulu dia sangka perkahwinan merupakan permulaan pertama dalam kehidupan dalam mengecapi kebahagiaan, lebih mudah dia ke mana kemari segalanya suami yang hantar, disbbkan segala kelengkapan hidup & sempurna kehidupannya..
Hakikatnya tidak, perkahwinan tidak seindah yang disangka, segala galanya atas usaha sendiri..ya, jodoh dia tak panjang bersama bekas suaminya dan dia pesan agar memilih yang benar benar layak atau istilahblain tak payah fikir lagi.. Katanya menyesal tak ada guna kerana nasi sudah menjadi bubur..
Apa yang paling bermanfaat ialah mengumpul kembali serpihan yang berantakkan ..

Takut pula bila memikirkan pada masa yang akan mendatang..
Macam macam ..
Ayat mak sedara yang paling terkesan dihati ialah "awak perlu usaha & berjaya tanpa mengharapkan sesiapa sbb manusia itu bersikap tidak adil, mereka akan mengambil kesempatan atas kedaifan awak , menindas awak bila awak tak punya apa apa dan memuja awak bila awak diatas"..

#deep 

Kehidupan ini tidak adil , sebenarnya kehidupan ini sangat adil sbb kehidupan ini tidak adil untuk semua orang dan siapa usaha dia berjaya, man jadda wa jadda ... 


No comments:

Post a Comment