Kehilangan, sebentar sahaja masa berlalu. Pejam mata bila diimbas balik, lebih 100 hari pemergian sepupuku, seminggu kemudian pemergian datukku, kemudian Tok saudara... 07/03/18 pemergian sepupuku pula.. Aku tidak tangisi pemergian bahkah bukan menentang takdir, aku cuba teringat & rindu kenangan bersama mereka, kenangan menghimpit . Mahu atau tidak aku redha, Allah yang miliki hati ini & Allah juga berhak atas tiap-tiap sesuatu..
Mula-Mula aku fikir aku redha & aku tidak mahu menangis. Bila tiba, aku tewas.. Aku menangis, aku rasa kehilangan apatah lagi mereka . YA, MATI ITU PASTI, aku sendiri lupa bahwa mati itu pasti..
Sedang aku asyik bergolak dengan perasaan & fikiran, Allah uji aku dengan kehilangan sepupu sepapat yang merupakan ahli keluarga aku..& semestinya Ujian kali ini tepat dihati aku yang lalai & lupa padaNya..
Dulu, aku pernah takut pada kehilangan sesuatu yang aku harap akan kekal.Contoh dalam perhubungan CINTA MONYET konon laaaa.. Kemudian, bila aku semakin dewasa, aku mulai sedar kehilangan orang yang tak mungkin kembali ialah kehilangan yang aku paling takutkan, dan ya aku perlu hadapinya.. How can i ?
KEBAL..
Entah macam mana, hati aku . Bolak Balik, buat masa sekarang aku tawar hati dalam banyak benda. Aku langsung tidak peduli pada bende bende yang selalu aku buat, aku hanya fokus diri aku, senyuman aku & apa yang buat aku lupa..
Dulu, aku pernah menunggu seseorang yang aku berharap akan jadi milik aku, seseorang yang pernah menabur janji & sangat jarang contact. Dan aku beri kepercayaan aku, kami jarang jumpe, dating apatah lagi, percintaan contact sebulan sekali kdg2 tak.. RinDU .? mungkin hanya aku yang rindu.
Dan akhirnya aku putus asa menunggu seseorang yang tidak memberi kata putus. Aku mulai menghilangkan diri, berdiam & langsung kebalkan hati aku. aku nekad, menangis buat kali terakhir.
Dan masa ni, dia mencari aku, menulis sepanjang kata yang boleh & merayu agar aku memberi kesempatan & peluang & berjanji tidak mengulanginya lagi & maaf..
Sudah Cukup Cukup Sudah..
Benar, manusia mulai menghargai apabila kehilangan..
Menyesal ? Tidak bahkan aku bersyukur ini pilihan yang aku pilih, lebih lama aku menghimpit perasaan yang aku tidak mampu luah pda sesiapa, let it go.. and bebas..
Ya, pada mulanya aku lemah , rebah & jatuh.
Tapi bila aku bangkit, aku mulai sedar, kau hanya seorang insan yang sangat lemah, dan orang yang aku sangka 'UTAMA" merupakan "nothing' dimataku..
Bila sudah hilang segala rasa dihati, meskipun aku terserempak dia , mata kami terpaut secara tak sengaja di market, aku hanya melirikkan mata ke arah lain, dia panggil nama aku, nama yang pernah dipanggil pada mula-mula perkenalan kami, & pandangan aku kosong.. "aku sibuk'' lalu berlalu pergi, aku pergi tanpa toleh belakang..
Kawan aku kata, Dia nampak , 'dia' menangis, tapi dia cover.. Ye. aku tahu. Banyak bende yang kau nak luah dekat aku, sebab kenapa, alasan untuk aku faham..Cumanya, everything is too late,
Tidak mungkin aku boleh katakan aku menyesal mengenali dia, sedangkan pengalaman ini yang membuat aku lebih matang..& di fasa ini fasa dimana aku lebih cekal.berhati hati & bersyukur. Allah pisahkan sebab Dia nak gantikan dengan yang lebih baik..insha allah..amin..
Dah dah throwback, yang berlalu biarkanlah..
yang penting enjoy every little things in life:)
No comments:
Post a Comment