kerna tiada siapa sudi membela,kutabahkan hatiku, harungi hidup, biarpun tiada siapa yang menemani,
keseorang aku dilautan sepi, ditinggalkan mereka yang ku percayai..
namunku, tahu.. Ada hikmahnya, disetiap segala menimpa diri,
Ku serahkan segala, padaMu Tuhan yang berkuasa jua menCipta,
kerna Engkau Maha Mengetahui, segala apa yang terbuku di hati..
....................
Memang sudah tertulis, apa jua yang berlaku dalam hidup aku, adalah disbbkan diriku, bukan orang lain..
Aku tidak boleh menjadi seorang yang selfish dengan menyalahkan takdir atau orang lain atas apa jua yang berlaku,
Yang paling bermanfaat ialah,mengambil ikhtibar atas kesilapan yang pernah terjadi & memaafkan kerna itu lebih baik..
Mungkin juga, setiap apa yang berlaku, Allah sudah susun cantik cantik perjalanan hidup ini,
Kadangkala Allah beri aku rasa tawa, sehingga aku leka,
Walham Allah beri aku rasa tawa agar aku bersyukur yang aku masih boleh ketawa, bergurau.
Namun aku leka, lalu Allah beri ujian dengan kesedihan,
Benar..Fitrah manusia yang mengingati Tuhannya ketika ditimpa kesusahan,kesedihan & kesulitan..
Terima Kasih Tuhan, sebab tanda tanda Allah sayangkan hambanya ialah Dia titipkan Ujian buat hamba-hambaNya..
Emosi 2 hari ni, aku lebih banyak berdiam diri drp berkata kata, banyak termenung,juga menangis, aku fikir mungkin emosi seorang perempuan..
Ibu saudara aku juga perasan dengan perubahan aku, tapi aku cepat cepat sorokkan dengan ketawa,buat lawak & dengar cerita mereka..Fikiran aku melayang..
Aku whatpp ibuku, aku menangis..
Aku sedih sangat, aku rasa sangat rindu, & aku ras aku nak menangis dibahu mereka,luahkan segala yang aku pendamkan didada,
Dan aku beritahu ibuku, "saya sedia untuk sambung belajar atau pergi mana-mana sahaja", Kata ibuku, "maa,selalu sokong apa sahaja yang jieha buat dari dulu, jieha xnak sambung, maa ikutkan, jieha nak ikut long, maa ikutkan, sbb maa yakin, jieha kuat orangnya & boleh buat..""..
Kata kata ibuku buat air mata aku mengalir dengan laju,
Yaa. Dari dulu sampai sekarang, aku ada seorang ibu juga keluarga yang sangt kuat menyokong walaupun kadangkala ada yang berpendapat A & B.semuanya berbincang dengan cara yang baik..
Maa, mungkin dulu saya selalu banggakan keluarga dengan keputusan peperikssan straight A, saya banyak menunjukkan kearah masa depan yang cerah, tapi buat masa sekarang, saya betul betul down, sehingga saya nampak masa depan saya kabur,maa sendiri tahu bahawa saya tidak mahu menyambung pengajian tapi for last , saya setuju..
Saya bercita cita nak jadi seorang nurse, sbb minat saya dalam bidang sains& rawatan..
Sekarang saya menceburi bidang takaful & saya cuba paksa untuk Cinta bidang ni,
Moga moga dipermudahkan segala urusan ;)
No comments:
Post a Comment