Selamat Menyambut Ramadhan
Beberapa hari sebelum menyambut ramadhan agak sedikit kesibukan dengan beberapa aktiviti, yang aneh bin ajaibnya time aku kelapangan takde pulak yang cari aku, time aku sibuk kawan situ call,kawan sini call.
Tup Tup dah Ramadhan.. Rutin pun aku paksa juga ubah,insha allah moga istiqomah sehingga bila-bila.. Bila takde kerje nk buat biasanya aku tidurlah tapi ni ada atau takde kerje aku paksa buat juga something..Not Bad .
Semalam, waktu sahur,aku lantunkan ayat-ayat suci al-quran, aku doa pada Dia Maha Pencipta dengan penuh ikhlas yang berada deep inside my heart, aku rasa Allah itu Sentiasa Ada,SETIA.SELALU.SENTIASA dengan aku.. Aku menangis betapa aku rindu perasaan ini, perasaan dimana aku menghidupkan malam malam yang suci dengan bercerita dan mengadu pada Dia Pemilik Diri ini.
Aku gembira kerana aku masih mampu menangis, hati aku belum keras sbb kata ustazah dulu kalau susah sangat nak menangis pada Allah tanda hati keras dan perlu betul-betul korek & panggil. Allah tak pernah tinggalkan kita, tapi Kita yang Menjauhkan dariNya..Allahu..
Aku bukan si alim yang tahu banyak ilmu agama, bukan juga si alim yang menjaga aurat.Aku insan jahil yang sentiasa lupa Tujuan aku Diciptakan, yang haus akan dunia & Isinya. Aku Si jahil yang selalu tersesat & lalai. Betapa biasa-biasanya aku. Betapa aku akui betapa kerdil & Hinanya aku dimuka Bumi berbanding kebesaranMu Tuhan..
Pakaian aku juga biasa-biasa, aku bukan tak mahu, aku suka melihat orang berjilbab labuh, tapi bagi aku , aku mahu mengubah yang dalaman aku, percakapan aku, bagi aku, apa guna berjilbab labuh tapi mulut sibuk mencaca,mengaib orang lain dengan kejamnya?
Biarlah aku dengan cara aku dulu.. Maafkan aku tidak dapat menjadi orang lain dalam proses ni.
Aku cuma mahu bersendirian & meluang masa dengan diri sendiri untuk mengenali siapa diri aku & apa yang aku mahukan. Insha allah.
Bulan ramadhan kali ini, insha allah ramadhan yang penuh dengan apa yang aku ingin lakukan.persoalan aku, adakah ini ramadhan aku yang terakhir? Wahualam.
No comments:
Post a Comment