Hi Assalamualaikum, rasanya sangat sangat lama tak update dekat sini. Actually bukan tak update, sebelum tidur aku kelapangan aku akan taip apa yang aku nak post tapi dekat tab aku, mslah tab aku x bleh pos direct so terpksa guna PC, makanya aku yg malas sangat nak buka Pc jadi tak terupdate la.huhu.
today is 07/08/2018. 5 hari berlalu my birthday untuk 2018. Paling mengejutkan bende yang tak pernah dijangka jangkakan tahun ni. Apa tidaknya meriah betul drp mereka. Alhamdullillah terima kasih. Semua tidak terduga. Terasa diri ini disayangi, huhu.
Bukan apa, tidak dapat dinafikan,bila masuk fasa dewasa, kawan pun boleh kira dengan jari,manusia datang dan pergi, ingat zaman sklah rendah meriah sambut, sekolah menengah paling meriah seingat aku 2016, bising dekat sekolah. huhu.
& tahun ni merupakan tahun yang paling aku tak jangka, aku ingat aku akan menjadi seperti ketika aku berumur 18 tahun, tahun yang paling aku benci sempena birthday aku sebab tiada siapa yang ingat,kelakar betul.& aku menangis, sejak tu aku tak berharap birthday aku apa-apa. lepas peristiwa tu, setiap tahun aku dapat suprised, macam wow, tak sangka huhu.
Tahun ni menjadi istimewa buat aku, sebab aku pernah angan-angan, aku dapat bunga & coklat mcm dalam drama-drama, so sweet,huhu,& aku dapat kejutan patung moscot yang comel, tapi aku tak pernah terfikir aku dapat serentak dalam tahun ni.terima kasih banyak banyak untuk tenaga ,wang dan usaha untuk aku, aku sangat gembira.Alhamdullillah.
Aku tengok balik hadiah bunga, bunga segar, & coklat. Wangi sangat, dan aku berharap bunga tu akan berada disisi aku sentiasa, bunga tu semakin layu dari hari ke hari, & aku akan simpannya,begitu juga manusia, ada yang kata mula mula jatuh cinta indah belaka,semua elok sahaja, lama kelamaan semakin luntur, layu dek arus waktu. sifat manusiakah yang bersifat bosan?
entahlah, sekurangnya bunga tu pernah mekar, harum & berguna untuk insan lain meskipun bunga tu akan layu. sekurangnya ianya pernah hadir sebagai pengukir senyuman,kan?
& Buat family tercinta, terima kasih menjadi keluarga yang sangat mengambil berat tentang si bongsu walaupun kadangkala perangai sibongsu yang entah apa apa ni, terima kasih.
No comments:
Post a Comment