Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

27 May, 2015

Wanita Acuan AlQuran

Aku Mahu Menjadi Wanita Acuan AlQuran
Wanita acuan AlQuran ialah wanita yang Beriman .
Wanita yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT .
Yang sentiasa haus dengan ilmu .
Yang sentiasa dahaga dengan pahala .
Yang solatnya adalah maruah dirinya .
Yang tidak pernah takut berkata benar .
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu.
Wanita Acuan AlQuran ialah yang menjaga tutur katanya .
Yang tidak megah dengan ilmu yang dimilikinya .
Yang tidak megah dengan harta dunia yang di carinya .
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sikapnya yang terlindung .Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang .
Wanita Acuan AlQuran ialah yang menghormati ibu bapanya .
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga .
Yang bakal memelihara keharmonian rumah tangga .Yang akan mendidik anak-anak dan membantu suami mendalami agama islam.
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta .
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan .
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat .
Wanita acuan AlQuran tidak pernah membazirkan masa .
Matanya kepenatan kerana kuat membaca .
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir.
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangun subuhnya dengan penuh kecerdasan .
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan .
Wanita Acuan AlQuran ialah wanita yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia .
kerana dia mengimoikan syurga.
Disitulah rumah impiannya .
Bersama lelaki acuan AlQuran .
Ganjaran Allah S.W, T .
Aku Mahu Menjadi Wanita Teristimewa ,
Bukan hanya di sisi Tuhan Yang Esa, bahkan teristimewa untuk semua makhluk ciptaan Tuhan ,dunia dan akhirat .Istimewa seorang wanita bukan di ukur pada nilai kemewahab yang di saluti ke atas dirinya , bukan juga kecantikkan rupa dan susuk tubuh yang menawan, bukan pula tutur katanya yang mengoda dan mencabar nafsu para ajnabi.Bahkan aku mahu menjadi wanita yang teristimewa ,yang perginya di tangisi, hilangnya di rasai, wujudnya di hangat dan kehadirannya di nanti nantikan.
Begitu juga tutur katanya yang menenangkan para pendengarnya , kata katanya di akui dan menjadi saksi tiap sesuatu, wajahnya menenagkan hati bahkan melembutkan jiwa yang memandang .Tawanya memecahkan segala permasalahan dan mampu menyumbangkan hujah bagi setiap permasalahannya .
Wanita yang teristimewa juga,
yang bijak menjaga diri dan maruah walau di mana dia berada, dekat atau jauh dengan orang-orang yang baik, dia tetap mampu memelihara kesucian kerana maruah diri itu terletak pada bijaknya dia menangani dan menyerah diri kepada Tuhannya .
Wanita yang teristimewa itu ,sering tersenyum .Walau kadangkala senyuman diikuti dengan tangisan .Apa yang mahu di ungkapkan tidak mampu di ungkap oleh kata-kata ,bahkan tangisannya mengatasi segala-galanya.
Wanita ini akan meluahkan segalanya kepada Kekasihnya , kerana dia tahu , Hanya dia dan kekasihnya yang Maha Mengetahui (RabbiNya) ♡

No comments:

Post a Comment