Attention :)
''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' .
( Al-najm: 32) ..
, ' ,
01 June, 2015
fitnah media vs fitnah agama ?
Pernah tak kau berada dalam situasi di mana kau nak bercakap tapi bibir kau bagai terkunci .
Kau nak luahkan apa yang ada dalam dada tapi seolah-olah akal tak cukup membantu dalam mengeluarkan hujah tersebut .. Aku pernah .
Pernah tak kau rasa kau nak terangkan semahunya agar orang faham apa yang sedang berlaku tapi kau diamkan sebab kau tak nak benda-benda remeh tu kelak bikin masalah ? Aku pernah .
Pernah tak kau rasa kata-kata kau bagai tersekat di korongkong dan kau cuba ideakan agar dapat keluarkan tapi demi menjaga perasaan segelintir pihak kau pendamkan sahaja ...
Dalam apa yang aku cakap Aku Pernah dekat atas ni , sebenarnya dah berbagai situasi yang aku pernah lalu .. Last last aku pilih diamkan diri , sometimes , fikirkan balik tak patut sebabnya aku telah ''membiarkan'' segelinitr pihak terus dengan ''tanggapan salah '' mereka .. *Hal ini tak bermakna semua yang aku diamkan , aku betul * Tidak . Cuma kadang-kadang rasa selfish juga sebab aku ignored sebabnya malas nak berbahas ..
Sebelum nak salahkan aku kenapa malas nak berbahas .. Macam kau orang tahu , manusia ni berbagai ragam , karenah yang kadang-kadang buat kita naik pusing .. Nak contoh tak ? Hehe ..
Ada manusia yang cepat melenting apabila di tegur , ada yang cepat sentap , ada yang cepat marah dan terus tunding jari ''Kau Tu Dah Sempurna Ke ?'' , ada yang bidas balik dengan kata-kata yang menyakitkan hulu hati .. HIhi .. Yang paling teruk , jenis tak cakap banyak "'Paaanggg !'' hinggap penampar dekat muka . KAh ! masa tu tak tau boleh buat apa .. *Contoh sahaja , dan mungkin ada dalam masyarakat kita* ...
Macam ni , dalam era serba moden ni . 90% smart phone yang kau orang pakai ada whatup . Makhluk apa tu ? Ala whatup tu , yang colour hijau tu , hehe . Agak tidak logik la kalau ada whatup tapi tak ada group , tak kisahlah group tu group rakan kerja ke , group friends lama ke , group lepak , group rempit , group usrah , dan group bisness .. Hehe ... Ada group bermakna adalah ahlinya , ye tak .. Ahlinya mestilah manusia yang punya hati dan perasaan pastinya ...
Dalam ahlinya mesti ada ragam yang kita sendiri naik pening kadang-kadang . Nak left group takut terasa hati , nak jaga hati terpaksa korbankan berat phone , sabar padam gambar dekat gallery , voice ... Kadang-kadang buka je Wifi or mobile data ,Phone dah kene strok sebabnya notification yang maha berat . Kah . *istirfar je la apabila buka noti , satupun tak ada input *
Ok . nak cakap pasal Copy Paste sebenarnya .. Dalam group whatup ke , wechat ke , dan lain-lain mesti ada yang jenis keturunan wartawan or reporter , tak kisah lah pasal retis ke , pasal artikal jumpa bayi ke , buang bayi ke , pembunuhan ke , hina pemimpin ke dan lain - lain terus di copy dan di paste dalam group yang berahli tu , kemudian ahli group tu copy paste dekat group yang lain , kemudian ahli group tu copy paste dekat group yang lain , soheh ke tidak , depa tak kisah yang penting dalam hati ni dah membuak-buak nak share dkat yang lain ..
Mashallah brother ! Mashallah Sister ! ..
Aku dah lama mendiamkan pasal benda ni , tapi hari ini aku rasa nak bersuara . Sebabnya bersebab.Aku nak katakan takut terasa hati , takut hujah aku di tentang habis-habisan . Kau nak kata kenapa takut ?sebab Aku tak nak ada musuh .. Aku tak nak buat musuh . Aku doakan je agar kau sedar kelak , aku nak tegur tak mampu .. Aku pernah tegur , endingnya tak baik apabila dia mengakhiri dengan ''Left Group'' .. Tu aku tak boleh nak kata apa . Aku baca je group apa-apa , aku tahu salah dengan ilmu yang aku tahu serba sedikit tapi aku terpaksa diamkan , aku tak nak rasa aku ni ''Bajet bagus'' , ''aku berpengetahuan'' or ''Tunjuk Hebat'' . No . No . Biarlah aku diam , doa agar ada hero/heroin yang dapat artikal soheh dan munasabah then paste dekat group tu ..
Panjang berjela aku hurai , point aku tak tulis lagi ..
Masyarakat kita tak lari dengan sifat iri hati aku simpulkan .. Kemudian ada segelintir pihak yang sanggup mengarang panjang berhela dengan hujah yang menggelikan dan tidak logik .. Lebih menyakitkan hati apabila ada pihak yang tidak bertanggunggjawab , menfitnah Syarikat-Syarikat tertentu contohnya mengandungi DNA Khinzir yang mana menaikkan rasa jijik oleh Muslim untuk mendekati produk tersebut ... Gambar-gambar di sebabkan , menyebabkan muslim boikot produk tersebut (makanan terutamanya) . Kilang terpaksa di Sita dan di kaji semula . Ok , itu adalah perbuatan yang baik sekurangnya kita dapat tahu , kan ? Tapi berita yang tak soheh itu yang menyakitkan hati ... Benda macam ni kalau dah melibatkan halal haram , bahaya . Lagi-lagi makanan yang nak jadi darah daging ..
Contohnya , milo . Kononya di perbuat daripada cacing . Roti jagung daripada DNA babi ..
Dik , syarikat mana yang nak p korek tanah nak blande cacing ? Roti jagung yang terpapar Halal macam mana boleh taruk khinzir dalam tu ? nanti aku fikir balik ..nak fitnah tu agak-agak la ..
Paling kecil hati , tersebar luas , sehingga aku nak makan jadi was-was ..Penangan media ..MEmang la bagus berhati-hati , tapi tu hanya dua yang aku sebutkan sebenarnya banyak sangat gambar-gambar yang di sebabkan mengandungi DNA khinzir . Bila dibuat analysis , Taraa ! BERSIH ! .. Sehingga ada pihak yang mengambil langkah boikot terus sebab takut pihak tersebut rasuah kerajaan kemudian perniagaan mereka boleh berjalan . Maklumlah , kegiatan rahsua masih tidak bersih di bumi ini ..
Disebabkan ada hamba Allah ni sebar-sebar . Apabila di tanya , betul ke ? Selamba dia jawab ''Tak tahu'' . Aku nak cakap sikit je , kalau berita tak soheh , baik diam atau copy paste dekat group tanya balik ''ni betul ke pasal ni ?'' barulah orang tak ambik benda tu bulat-bulat , tak sebar sebabnya masih was-was ..Aku nak tulis pasal Hadis nabi , tapi aku tak ingat . So aku tak jadi tulis . Nanti kalau aku jumpa dan soheh kesahihannya , aku paste dekat sini ,
Aku pernah tegur ''Maafkan saya , kalau boleh jangan main copy paste je something yang tak sahih betul ke tidak , saya khuatir menjadi fitnah kepada agama dengan berita palsu,mungkin ni fitnah media '' .. Tahu tak dia bidas aku apa?
''Awak jangan nak halang , macam mana kalau berita tu betul.Awak pula yang jadi fitnah orang lain nanti ? '' Aku jawab ''maksud saya , kalau kita sendiri tak soheh , baik jangan forward'' .. Dia bidas balik ''Jangan Sekongkong'' .. Aku diam .. Ayat yang dia gunakan bukan sekongkong tapi aku lupa , maksud dia lebih kurang aku menyokonglah produk-produk tersebut ..Niat aku , aku tak nak fitnah meresap dalam masyarakat hari ini , langsung aku terlintas dekat cousin aku yang kecil dah ada whatup , fitnah sosial . Dia(cousin aku yang kecil) pun suka hantar juga artikal mengarut yang soheh-soheh boleh di tolak mentah-mentah .. Aku cuma tak mahu fitnah menular , bukan aku menyokong produk tersebut ... Aku diam.Terasa ? Ada juga sebenarnya masa tu .. Biarlah ..
Tinggalkanlah Debat meskipun dia yang benar ..
''Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah Ta'ala adalah orang yang suka berdebat''.
(Bukhari 12277) dan Muslim (4821)
Aku jumpa gambar pasal ni , aku share dalam group tu . Kemudian dia left group ..
Aku diam lagi ..Mungkin aku salah .. Aku patut diam dan tak bersuara , kalau aku bersuara , orang akan jadi musuh aku . Orang akan benci aku .. Tu pasal , silent is golden .
Alang-alang tak masuk group , sekali masuk buat orang tersinggung , lepas ni memang nak diam terus lah .. Tak reti juga aku nak jaga hati manusia ni , hati aku sendiri aku tak faham kadang-kadang , baik aku menyendiri sebab satu-satu orang yang boleh mengubati hati ini adalah diri sendiri .
Orang yang baru kenal aku , baru buat group whatup add aku tertanya-tanya kenapa aku senyap ja , sebabnya aku tak tahu nak sembang apa , aku tak nak musuh . Aku tak nak ada yang kecil hati dengan aku kelak ..shhh ..
Kisah aku ni , masih ingat tak kisah ular dengan gergaji yang aku pernah story mory dulu ? hehe .
Seekor ular sedang berjalan-jalan , dia ternampak gergaji seolah-olah sedang menyindir dia dengan sengeh-sengeh dekat dia , padahal ular tu tak tahu memang gergaji bergigi begitu . Hehehe *perumpamaan aku tak logik* , kemudian ular berjalan lagi , badannya terkena dekat gergaji , dia menyangka gergaji cuba menjatuhkannya , lalu dia membelit gergaji tersebut , badan ular itu mulai keluar darah , dia mulai rasa kesakitan akibat gergaji itu , ular itu semakin membelit gergaji dengan harapan gergaji tidak menyakiti dia lagi , semakin di belit semakin sakit .. Akhirnya ular itu mati ... The End .Sama juga dengan kisah aku coretkan , aku tak mahu , kelak ada pihak yang tengok aku macam gergaji , kemudian datang belit aku , aku harap aku ni jenis gergaji yang diam je tak bergerak ,aku khuatir aku bertukar menjadi gergaji hidup , tak pasal-pasal sebelum ular tu datang nak belit aku , badan ular tu dah terpotong 10 . HiHihi..
Amboi , baru sedar panjang lebar karangan Cik Kiah .. eh . Cik jieha ..
Semoga dari kisah ular dengan gergaji ni dapat dijadikan iktibar aku tak jadi ular . *pesanan buat diri juga*. Kesimpulannya , jom jadi gergaji mati . Jangan jadi gergaji hidup . Hehehe .
Sekian . terima kasih .
Harap mesej yang aku cuba sampaikan tu masuk dekat lubuk hati yang paling dalam ..
Ameen ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment