''Awak , saya nak tanya sikit boleh ? Tapi kalau boleh jangan terasa ye ?'' Aku cuba menanya dengan nada perlahan dan teratur ..
'' Ye ? Apa dia ? Tanyalah ,'' Jawab dia , seorang perempuan berjilbab labuh , seorang yang agak rapat dengan aku ...
''Kenapa awak berjilbab labuh , berhijrah , dan nak sangat jadi solehah ?'' Berdasarkan soalan aku , semua orang boleh agak yang dia sedang berhijrah ..
'' Awak , kita semua tahu . Nak pasangan baik , kita kene jadi baik ..if You want a good one , be a good one .. dalam surah Annisa kan ada menyatakan , Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik , Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , awak lupe ke ?'' Jawab dia dengan penuh semangat ..
''Owh ,. saje tanye . hehe .. thanks ! ''
Aku memang jenis suka perhatikan orang samada ketika mereka sedar atau sebaliknya .. Otak aku akan ligat persoalkan ''kenapa ?' , ''mengapa'' , ''bila'' ,''bagaimana'' . That's y banyak yang ingin aku persoalkan tentang segalanya tapi kebanyakannya hanya tersekat di kerongkong , jadi biasanya aku akan soal seseorang yang aku rasa rapat (kadang-kadang ada juga tak tak seberapa rapat aku tetap soal soalan . Ini bermakna aku benar-benar nak tahu ).
Point asal ... Aku memang ingat pasal Surah Annisa , muda mudi harini pun mungkin ramai yang ingat pasal ayat ni , apa tidaknya , status famous sekarang jadi trending pasal ayat ni .,..
Tapi , pada pendapat kau . Berubah sebab nak dapat pasangan yang soleh/solehah ? hmm .
Aku mulai teringat dekat apa yang aku belajar dalam subjek Pendidikan AlQuran dan Alsunnah semasa di tingkatan 5 , konsep niat bab pengajian Hadis . Ada sebab nuzul ayat yang aku hafal dalam masa yag sama membuat aku terfikir apa yang aku sedang belajar ..
''Dari Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin Al-khattab r.a beliau berkata , ''Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;''Sesungguhnya semua amalan bergantung pada niat,dan sesungguhnya setiap orang dinilai berdasarkan niatnya.Sesiapa berhijrah semata-mata kerana allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa berhijrah kerana mencari keduniaan,atau seorang perempuan untuk dikahwininya,maka hijrahnya mengikut apa yang diniatnya''.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebab nuzul ayat ni .. Aku hafal .
''Para ulama menceritakan bahawa semasa Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah,terdapat seorang wanita cantik yang dikenali sebagai UmmuQais turut serta berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. Pada masa yang sama terdapat seorang sahabat yang Cintakan Ummu Qais . Pada mulanya sahabat berkenaan itu tidak bercadang untuk berhijrah bersama Rasulullah , tetapi apabila Ummu Qais mensyaratkan kepadanya supaya berhijrah,jika ingin mengahwininya maka ia pun turut sama berhijrah .Ekoran daripada inilah sahabat tersebbut dikenali sebagai ''Muhajirin Ummu Qais'' yang bermaksud orang yang berhijrah kerana Ummu Qais .
Taaara .. Selepas baca ni . Apa pendapat korang ?
Andai kita berhijrah kerana mengharapkan pasangan yang soleh / solehah ?
Sama macam , '
''kenapa awak solat ?''
''saya solat sebab saya nak masuk syurga''.
''Jadi awak niat solat macam ni ke ' sahaja aku sembahyang fardu zohor 4 rakaat kerana nak masuk syurga ? ''
*sengeh*
Aku tak rasa kalau kita hijrah sebab mengharapkan nak dapat pasangan baik itu adalah idea yang bagus . Aku tak nampak manisnya penghijrahan seandainya begitu yang aku harapkan dari Tuhan .
Aku sendiri bukan baik . jauh sekali seorang yang solehah . Tidak . Aku gadis biasa , gadis yang dambakan ilmu dan dalam proses mengenal Pencipta yang pastinya .
Aku suka seseorang yang jadi diri sendiri dalam apa jua keadaan . Aku sangat respect mereka.Semasa di tingkatan 4 , aku pernah di tanya oleh seorang lelaki ,
''Kenapa jieha , apa kurangnya aku ?'' Aku tahu dia anak orang berada , anugerah pula apabila dia berupa , tapi demi Allah langsung tidak menarik perhatian aku malahan semakin membuat aku meluat . Mungkin dia rasa dia akan dapatkan semua perempuan yang dia nak dengan bagi ayat cair meleleh macam yang dia pernah bagi dekat gadis lain mungkin . Tapi sesungguhnya , aku hilang rasa hormat pada dia .Dengan mata yang liar melihat perempuan . puja puji wajah perempuan itu seolah satu mainan bagi dia . Aku paling benci kalau dia menatap wajah aku , seolah-olah .... Eeeei . Hanya Allah yang tahu !
. Di satu sudut yang lain , ada seorang lelaki yang aku kagumi , dia seorang yang kelihatan tenang , biasa dan memang berbeza dengan ''playboy' tersebut .. someone pernah tanya , andai dunia ini hanya ada Aku dan dua lelaki ini , yang mana akan aku pilih . Jawapan aku lelaki kedua . Kawan aku boleh cakap
''eh , agak-agaklah . Baik ambil yang berupa sikit '' .
''Awak ambik dekat awak lah.No 2 lebih baik ..
'Tapi lelaki ini cukup sekadar aku kagumi sebabnya aku cukup hormat dia dan tak mahu memasang angan-angan untuk menjalani hubungan lebih serius . Bagi aku , jodoh ni suatu masa nanti akan hadir dan bukan masa sekarang yang pastinya ,Mungkin sekadar kisah aku , aku hanya kagumi dia tetapi mungkin telah tertulis aku dengan yang lain ..
Tiba-tiba aku rasa nak bercerita pula :
Pada sebuah pokok Epal terdapat banyak buah epal . Epal - epal tersebut merah dan ranum dan semestinya menggiurkan manusia yang melihatnya . Epal ini berada di satu pohon tetapi kedudukan epal ini berbeza , ada yang tinggi , ada yang rendah .. Epal-epal ini amat berharap ada yang datang memetiknya ,*kononnya nak berbaktilah* . Pelbagai cara yang di lakukan epal ini , ada yang menjatuhkan diri ke tanah , lantas di pungut oleh manusia sebabnya terlampau mudahkan ? ambil je dari tanah tak perlu panjat bagai . Semakin lama semakin banyak epal yang menjatuhkan diri mereka ke tanah agar manusia mengambilnya . Dalam banyak banyak epal tersebut , ada sebuah epal yang agak risau dengan dirinya , apa tidaknya 'kawan-kawan' yang lain dah 'merendahkan ' diri mereka dengan jatuhkan diri ketanah dan di ambil orang .. Suatu hari , ada seorang pemuda yang cermat orangnya haa . Dia suka sesuatu yang bersih dan terjaga rapi . Dia ternampak satu satunya Epal yang gigih tergantung di atas sana , lantas dia berasa kagum dan bangga andai dia dapat miliki epal tersebut sehingga dia nak baling sesuatu agar epal tersebut jatuh ke tangan dia pun dia rasa sayang , lantas dia nekadkan diri nak petik epal tersebut dengan cara yang baik .. Dengan pelbagai usaha , akhirnya dia dapat memetik epal tersebut dengan cara yang sepatutnya .. * The End* . Ini cerita aku ,faham ke tidak mesej yang hendak di sampaikan lain kira , yang penting aku faham jalan cerita aku . hahaha ! *jahat *
Astarfirullahalazim *meraut wajah sendiri* dah melalut ya .
Don't ever ever be 'gedik yang solehah ya'!
Topik asal . sebab apa berhijrah . memang betul ,setiap sesuatu bergantung pada niat . Macam kita belajar , kita belajar sebab apa ? Belajar sebab nak ilmu atau sekadar biar boleh jawab exam ?Haa . Nak lulus exam sebab apa ? Soalan -soalan ini mengagih soalan dari kamu ,
Aku sendiri ? hehe .
Orang pernah kata aku ni antisosial .
Aku bukan antisosial . bukan ,. Aku dah bosan zaman tu .
*terbatuk* .
Aku pernah melalui zaman di mana aku punya likers berlambak di facebook ,
Aku pernah melalui zaman aku update satus setiap masa di facebook .
Aku pernah melalui zaman di mana aku upload gambar di facebook .
Aku pernah melalui zaman orang memuji , usha .
Apabila orang tegur , aku anggap mereka seolah-olah 'cemburu' dengan aku .
Bersyukur pada Ilahi sebab selamatkan aku dari tipudaya kononnya kejar publisity , popularity .
Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku kekuatan nak deactive terus facebook dari hidup aku ,dengantak ada rasa menyesal langsung .
Bagaimana aku boleh nekad nak buang perkara yang orang zaman sekarang sibuk buat ?
Aku nekad apabila aku tak suka tengok segelintir pihak upload , caption yang aku rasa geli .
Kemudian , aku terfikir .
''Aku pula , macam mana ?''
''aku suka orang puji gambar aku ''
''aku riak apabila ramai likers aku''..
Kemudian , aku ambil langkah membuang gambar-gambar . Delete status-status aku .sehingga one day , aku rasa baik aku buang terus . Biar orang tak jumpa aku terus .
Aku ada instgram , aku tak suka kalau orang komen , ''do likes my photo back:)'',
Silap tu adik , aku tak suka begitu , seolah-olah dia like gambar sebab harapkan ganjaran , likers tu buat apa ?Apabila fikir balik , sebenarnya semua orang berpeluang menjadi famous or istilah hotstuf, memang sangat mudah . sangat-sangat mudah . Nak bagi tips rasa keterlaluan sangat ..
So , aku just nak cakap , aku langsung tak hairan , kau tu famous macam mana , sebab benda macam tu mudah je sebenarnya , nak dengan tak nak je .
Today , aku suka hidup aku . Aku post apa yang aku suka , tak ada orang like pun aku tak kisah . Aku tak nak harapkan like atau pujian . Aku khuatir ada rasa ujub , riak . Kemudian bertukar menjadi angkuh dan takbur .
Aku tak yakin orang yang di tatap wajahnya,di puja dan dipuji 'kalis pujian dan godaan' . Aku tak yakin la .. Entah tak berani nak kritik panjang , aku pun bukan baik pun .*tersedak garpu* hehehe .
"Seseorang yang dirinya memandang lebih baik dari orang lain, memandang orang lain lebih rendah darinya, itulah sombong. Dan menghina orang lain adalah salah satu dari sifat takabbur.
Takabbur asalnya adalah dari sifat 'ujub iaitu merasakan kagum dengan dirinya sendiri. Dia mula 'syok' sendiri.
Dan wujudnya takabbur apabila dia mula membanding-bandingkan dirinya, membandingkan kekayaannya, kemewahannya, kelebihannya dengan orang lain, dia mula meninggikan dirinya dan merendahkan kepada makhluk lain walaupun pada anjing yang kurap.
Kata Ulama "Tanda seseorang itu meningkat kejahilannya kebodohannya adalah apabila dia merasakan dirinya lebih baik dari orang lain".
-Guru Mulia Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari, Pemimpin Majlis Taklim
Darul Mujtaba-
✳minta di jauhkan
No comments:
Post a Comment