Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

15 June, 2015

pakaian dan takwa

Hari ni rasa membuak-buak nak bercakap maklumlah dah lama my lappy kene ‘’spa’’ disebabkan masalah teknikal .

Beberapa hari ni berlaku beberapa incident yang agak menguji jiwa , biarlah pasal incident tu Cuma dekat sini just nak bagi pandangan je . Tak marahpun andai pembaca mahu menolak mentah-mentah apa yang bakal aku luahkan , disini sekadar pandangan aku  dan apa yang aku rasa dalam hati je , kalau ada yang tak suka aku tak kisah sebabnya bagi aku hidup dalam bermasyarakat ni sukar untuk mencari group yang sehaluan mesti ada sahaja yang bercanggah pendapat atau tak sehaluan .

Dalam islam,kita semua sebenarnya ibarat datang dari satu pokok,kemudian dari satu pokok itu keluarlah cabang-cabang,kemudian ratin-ratin kecil . Kita datang hanya dari satu kitab , kemudian dipecahkan oleh mazhab tapi kita tetap datangnya dari satu pokok .

Okey . dah mulai melalut .
Sebenarnya aku nak cerita sedikit tentang aku .Sedikit sahaja , sejak aku belajar dekat sini , aku mulai teringat alam sekolah menengah aku suatu ketika dahulu . Aku dulu budak sekolah Agama ..Cop ! Cop! Cop ! mesti kau dah terbayang seorang gadis bertudung labuh , baju longgar , berstokin atau seorang berjilbab labuh berjubah … Sila buangkan bayangan anda ,.


Tidak ! Tu bukan aku .  Yes . Aku  budak sekolah agama , tapi sejujurnya aku masih bukan gadis muslimah seperti yang di bayangkan .. Mula-mula aku rasa berat , apa tidaknya dengan ilmu agama yang secebis ,aku mendapat tawaran ke sekolah agama,dekat sekolah aku ni , just ambil yang dapat result 5.A dalam UPSR . Masa tu banggalah juga dapat masuk sekolah tu , sekolah yang orang duk kagum sangat .Hehe .Nak cakap menyesal sekolah dekat tu , langsung tak .

Cuma hari ini aku rasa terpanggil menceritakan kisah aku .Seperti yang aku cakap tadi , aku seorang yang rocker ! haha,just bergurau . Aku bukan gadis muslimah . Tu je .Mula-mula aku masuk sekolah tu , aku perlu pakai jilbab labuh,baju longgar (standart peraturan budak sekolah agama).Mulai-mulai agak rasa mencabar ,apa tidaknya tudung meleret ,lengan tertutup dan apa yang paling aku memberontak dulu,aku beberapa kali dipanggil oleh pihak terlibat  sebabnya tudung aku masih tidak memenuhi syarat kelabuhan yang sekolah nak . So , my ma beberapa kali kene baiki tudung sekolah aku ,part yang lucu aku takut nak ke sekolah sebab  tudung masih tak siap.Biasalah  masa tu masih budak sivik .Dan pakaian ‘muslimah’ aku hanya berkuat kuasa di sekolah,dirumah aku masih aku(seperti aku sekolah rendah).


Kemudiannya,hari demi hari . Aku mulai suka sekolah tu .Aku respect gila-gila lah yang pemakai jilbab labuh yang follow betul-betul peraturan sekolah tu da nada yang aku terserempak  dekat luar sekolah still memakai jilbab labuh . Masa tu aku jenis redah je , and beberapa kali tudung aku di tegur oleh pengawas sekolah . *aku syak pengawas tu yang tak puas hati dengan aku sebabnya pengawas yang sama* aku Tanya pengawas lain dia cakap labuh tudung aku dah ok .Biarlah dia.Nama dah dia .

$###%@^%*


Pernah sekali , aku nak siapkan homework aku dekat rumah ketika itu,and masa ni aku di tingkatan 1.Kemudian aku teringat yang aku perlu beli something dekat kedai , so aku cari tudung aku (tudung yang aku biasa guna harian) sebab nak ke kedai tapi tak jumpa ,sebab kejar masa aku ambil tudung sekolah aku colour hitam and aku pakai .(maknanya aku pakai jilbab labuh warna hitam),aku ke kedai runcit berdekatan rumah aku . Sampai je dekat kedai tu , ada ramai orang , aku jadi bahan orang dekat situ (terutama perempuan)

‘’nak pergi mana pakai jilbab labuh tu ? hahaha . ‘’

‘’tadi nak cepat terus ambil tudung ni,hehe’’.aku balas

‘’ce tengok najihah pakai jilbab tu , adui .. ustazah dah ke ? haha’’ sambung dia lagi.

Aku hanya sengeh . Selesai membeli ,aku terus balik rumah ,.Dalam hati
 ‘’pelik ke aku pakai jilbab dekat luar sekolah ..hmm . whatever!’’.

&*^^%^%$$

Hari demi hari , aku respect dengan jilbab labuh walaupun aku masih bukan si pemakai jilbab labuh mahupun berpudah , maaf masih bukan aku .
Aku dulunya respect sangat.Sangat sangat aku respect pada si pemakai jilbab labuh,bagi aku mereka umpama mawar agama,mereka sanggup berjihad memakai  jilbab labuh.Mereka istiqomah mempertahankan pakaian itu . Mereka mawar  berduri.Mereka mutiara yang tersimpan rapi .Aku mulai mendekati diri aku dengan mereka,aku mahu belajar mengetahui bagaimana ,apa rasanya menjadi muslimah islam .

Tapi , semakin hari , hati aku bagai diremuk . Aku kecewa . Kecewa aku bukan sedikit tapi sangat kecewa.Satu persatu si pemakai jilbab labuh aku lihat tewas .

Ya . Dia si jilbab labuh , tapi selalu  dating dengan si buah hati .

Ya.Dia si jilbab labuh , bergayut (otp) dengan buah hati dekat hostel .

Ya.Dia si jilbab labuh,ikhtilat entah ke mana .

Ya.Dia si jilbab labuh , pengumpat insan lain .

Ya .Dia si jilbab labuh , mengata orang lain .

Ya.Dia si jilbab labuh,lidah tajam seperti pedang .

Andai ini yang berlaku pada si jilbab labuh , sebenarnya , jilbab itu untuk apa ?Adakah sekadar menutupi aib yang maha besar ?

‘’ahhh ! kenapa nak salahkan pakaian !? ana juga manusia , ana pakai jilbab labuh ana bukan pakai sayap malaikat yang tak pernah melakukan dosa dan kesilapan’’ .

Jawapan ini yang aku pernah terbaca apabila  ada yang cuba menegur si jilbab labuh  . Aku terdiam lagi ., Aku binggung dalam dunia yang aku sendiri tidak mengerti . Aku menanya diri .

‘’bukannya memakai jilbab labuh untuk menjaga diri ?’’

‘’bukannya memakai jilbab labuh agar tidak di ganggu ?’’.

Entah . Aku tak pasti .Kemudian aku tertunduk . Betul . Aku tak boleh nak salahkan tudung . Tegur akhlak dia,bukan pakaian dia . Betul ?

Tapi bagi aku , si pemakai jilbab labuh adalah suci.Mereka mawar agama.Mereka seolah mutiara yang tersimpan rapi , jadi apabila memakai jilbab yang suci itu , aku harap akhlak dan tatacara seiring dengan pakaian .Maksud aku,apabila seseorang yang berani mengenakan jilbab labuh , dia seolah-olah sudah bersedia menerima apa jua kritikan,dia juga bersedia menjadi contoh kepada yang lain .Aku sendiri  merasakan mereka yang berjilbab labuh itu tinggi ilmunya .Mereka tidak goyah imannya walau di usha di hina sekalipun .

 Tapi,pemakai jilbab labuh hari ini,entah.Tak berani aku nak tegur atau complain .
Aku pernah Tanya diri aku 
‘’sampai bila atau  bila aku nak mengenakan jilbab labuh?’
’.Hati kecil aku menjawab’’buat apa kenakan jilbab labuh andai akhlak masih tak seberapa’’ deep !

 ‘’ingat jieha,kau pakai jilbab labuh,kau dah sedia ke jadi contoh kpd yg lain ?andai kalau orang dah mulai respect dan ikutkan cara kau berdakwah even hanya  melalui pakaian,andai one day kau tersilap,contohnya lah kau di uji dengan aib,mereka yang dulunya respect kau akan mulai memandang serong kpd kau,akhirnya  kau sendiri di cerca mereka.Kau sanggup ke jieha ?’’

Tak nak aku ! .  Tak sanggup aku ambil risiko .

‘’so,apa kata kau tutup aurat . Tutup aurat tak semestinya si pemakai jilbab labuh , cukup labuhkan sehingga bawah dada,jangan pakai ketat-ketat and lindung kaki tu.Tu je.islam tu simple.Kenapa nak tunggu jilbab labuh baru nak sebut sebagai ‘nak jadi baik’ or ‘hijrah’.In the same time,masa kau tengah bertatih ni la kau baiki hubungan kau dengan manusia , kau berusaha lah apa yang patut..selepas lama-lama(istiqomah),haa.masa tu kau nak kenekan jilbab ke langsir ke ,lantaklah.at least iman kau dah mantap..Betul dok ?’’

‘’abstly rght ! ni jwpan yg aku cari .  nak jadi baik tak semestinya untuk pemakai jilbab labuh,pemakai tudung bawal or arini mcm aku pun bleh,.Betulkan akhlak tu dulu..’’Pergelutan aku dengan akal fikiran aku memberi noktah . Itu apa yang aku fikir ,lagipun andai pakaian menjadi ukuran dalam keimanan dan ketakwaan seseorang , aku tak rasa itu bagus , aku rasa hambar . ekeke .


Begitu juga bagi seorang lelaki . Andai  berkopiah atau berserban di gelar alim ‘ustaz’  baru boleh di kategerikan sebagai ‘soleh’,aku tak rasa itu adil . Ramai di luar sana,memakai kopiah,songkok bagi menutupi kejahatan mereka *bukan semua* ,dan satu persatu aib yang Tuhan pertontonkan.Kesimpulan yang aku sendiri simpulkan,bagi aku , aku tak mahu simpulkan seseorang melalui pakaian .Aurat lelaki dari pusat sehingga lutut,dan lelaki tu memakai seluar pendek sehingga bawah lutut kemudian baju tshirt(dia sudahpun memenuhi menutupi aurat menurut islam),tak bermakna dia cetek ilmu pengetahuan(ilmu agama)kan ?


Come on babe , buka minda sikit , Pakaian tu Cuma pakaian.Iman dan takwa tu bukan di ukur dengan pakaian.Manalah tahu menutupi aurat sekadar memenuhi kehendak fesyen . siapa tahu ? Haaa .*tak baik begitu . tak baik . buruk sangka*..

One more thing, lelaki sibuk je buat status dakwah tapi 90% apa yang seorang lelaki dakwahkan pasal aurat wanita.Apa tidak ada isu lain ? Dan bagi seorang pendakwah wanita 85%  yang aku temui di laman social , duk meroyan rindu ‘bakal imam’ , Aku bukan nak mengata , tapi biasanya Pak Imam ni , ramai makmun dekat belakang . Hahaha . *gurau je * .Jangan kak , jangan dik , jangan jadi gedik yang solehah .

Aku tak kisah kalau orang marah penulisan aku,sebab macam aku cakap tadi , kita datangnya dari satu pokok kemudian bercabang-cabang.Islam itu sebenarnya mudah,manusia yang susahkan .

‘’Dan aku tidak mengaku diriku suci dari kesalahan kerana  nafsu itu menyuruh berbuat kejahatan kecuali siapa yang disayangi Tuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang’’
                                                                                              (Surah Yusuf : 12:53)


No comments:

Post a Comment