Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

25 June, 2015

Buat diri bergelar perempuan

Perempuan.. Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam
society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat
dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap
takkan lari daripada bicara soal hati.
Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua
lembut.
Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin
sahaja lagi mudah.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir
balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara
menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa
rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu
kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.
Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan
menyayangi itu biasa.
Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di
mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu
makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana
sakit menahan rindu.
Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-
saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-
kita dan jom-kahwin semata.
Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam
kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu
diberi fokus.
Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja
mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam
mengawal rasa suka.
Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia
bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.
Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi
seperti Rabi'ah el-Adawiyah.
Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya
berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan
Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di
dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke
dalam minyak yang panas semata-mata untuk
mempertahankan keimanan.
Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa
dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk
mempertahankan kalimah Ahad.
Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di
tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan
dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan
keyakinan akidah.
Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat
seperti srikandi-srikandi Islam.
Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang
persiapan diri layu.
Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana
yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar
mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya
keluarga sudah makin bertambah besar.
Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang
menanti.
Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas
mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik
anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam
mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan
apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk
duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa
lagi yang mahu berada di belakang menguatkan
perjalanan dakwah seorang suami.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam
menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan
apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh
menanti kelak.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam
mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan
membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga
yang bahagia.
Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat
tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia
membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.
Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar
jurusan di universiti sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya
asas dalam pelbagai cabang ilmu.
Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga
inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan
sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan
mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri
dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki
solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.
Belajarlah memasak. Biarlah potong bawang 3 hiris juga
sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk
belajar.
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan
perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang
produktif.
Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak
perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu
belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita
ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak
perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.
Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang
perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan
hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7
mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang
perempuan harus berperanan terutama dalam dunia
moden zaman kini.
Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana
kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab
atau melilit-lilit.
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan
nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu
membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.
Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.
Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri
maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan
kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan
datang melengkapkan kehidupan.
Hidup ini cukup mudah.
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah
melainkan segalanya baik-baik belaka.
Berbahagialah duhai yang bergelar perempuan

No comments:

Post a Comment