Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

25 June, 2015

Syurga seorang anak


''Siapa Ibu bapa kita ?''

''Sejauh mana kita kenal ibu bapa kita ?''

''sejauh mana kita cuba memahami ibu bapa kita ?''

''sejauh mana hubungan kita dengan ibu bapa kita ?''

''sejauh mana kita sanggup berkorban buat ibu bapa kita ?''

''sedalam mana kasih cinta kita terhadap ibu bapa kita ?''

''sesoleh mana kita sebagai anak kepada ibu bapa kita ?''

soalan-soalan ini sedang beratur menunggu jawapan dari kamu ..
Ya . Kamu yang bergelar anak .
Anak derhaka ? Anak soleh ?
tak perlu jawab . Allah tahu .

Ibu mana tak nak lihat anak mereka berjaya ?
Ibu mana yang tak nak tengok anak mereka soleh/solehah ?
Ibu mana yang mendoakan agar anak dia cepat-cepat meninggal dunia ?
Ibu mana yang mahu lihat anak dia dalam kesusahan ?

Awak pandang sesuatu terlalu negatif,
Hakikatnya, mereka sedang cuba yang terbaik untuk awak.
Mereka mahu yang terbaik untuk awak.
Macam mana awak nak hargai orang lain dalam hidup awak andai awak sendiri tak mampu hargai seorang ayah yang bersungguh buat awak dan ibu yang sanggup menyerah takdir kepada Ilahi bagi melahirkan awak ,sungguh ketika seorang ibu cuba melahirkan anak , dia tidak mengharapkan apa-apa melainkan bayi yang bakal di lahirkan selamat , dia telah menyerahkan diri pada Tuhan hidup dan matinya ...Macam mana mereka sanggup berkorban untuk seorang anak yang bakal di lahirkan sedangkan dia sendiri tidak tahu soleh atau tidak bayi tersebut apabila dewasa kelak , No ! mereka harapkan bayi mereka selamat , malahan ada ibu bapa yang bersyukur anak mereka selamat meskipun tidak cukup sifat (istimewa),mereka mahu yang terbaik buat diri kita ..

Sebenarnya,.kita tak boleh dan tidak akan hidup tenang tanpa keredhaan mereka .
Pasal ni aku tak mampu nak ceritakann detail melainkan kau perhatikan sendiri kehidupan mereka sekeliling dengan hubungan mereka dengan ibu bapa mereka ..

''awak untunglah selalu dapat bergurau dengan ibu awak ''

''awak untunglah ayah awak sporting ayah saya bla..bla...blaa''

''awak untunglah anak ke .... saya .... bla..bla .. bla ''

kerana apa begitu sayang ?
kerana kita tak pernah syukur dengan apa yang Tuhan bagi ,
Kita tak pernah nak berterima kkasih kepada allah dengan apa yang kita ada,
kita mengharapkan untuk dapatkan yang lebih baik dari apa yang kita ada sedangkan orang lain masih ramai yang bernasib malang dan berharap dapat hidup seperti awak ..

Meningkat dewasa,aku mulai tahu bahawasanya buat begitu salah,jika buat begitu pun tak elok ..

Segala-gala yang ibu kita  larang , bapa kita larang bersebab ..
Malahan ada yang berharap ibu bapa mereka dapat selalu tegur dia..

Aku suka tengok ma aku ketawa time aku buat lawak,kadang-kadang aku rasa terharu sebab mampu buat dia ketawa .*sejujurnya* aku pernah menangis setelah aku buat dia ketawa *tapi aku menangis dalam bilik lah tanpa pengetahuan sesiapa* aku menangis sebab aku takut aku kehilangan orang yang paling aku sayangi , aku takut aku dah tak dapat dengar suara dia .. *dah agak time tulis pun dah mulai berair biji mata ni haaa !*

Ayah aku time dia berleter , aku sorang-sorang anak yang suka menjawab,tapi aku tahu dia tak marahkan aku *orang kata biadap kalau orang tua bercakap kita menyampuk* tapi aku tengok keadaan lah , aku menjawab bukan menjawab kasar , aku menjawab dengan kata-kata lucu , so kalau aku tengoh wajah aku,kadang-kadang dia pun nak tergelak .. kadang-kadang dia balas balik dengan 'bahan' aku balik ..Aku takut aku dah tak dapat dengar suara seorang ayah,aku takut aku tak dapat dengar suara ayah berleter .. tu pasal sekarang,apabila ayah berleter even sesuatu yang dia cakap salah sebenarnya aku hanya diamkan diri,tapi aku tahu ibu tahu yang ayah cakap salah,apabila ibu tanya aku kenapa diam ,aku jawab ''hihi,biarlah ma,takut suatu hari nanti rindu dengar suara dia berleter'' ..

Sungguh aku takut kehilangan insan ini .
Pinjaman yang Maha hebat Allah beri ..
Dimata manusia lain siapa atau bagaimana tanggapan mereka,tak usah di risau sebabnya
kita kenal mereka,kita lebih rapat dengan mereka..

sedangkan di luar sana masih ramai yang berharap dapat bertemu dengan ibu bapa mereka yang tak pernah ketemu ,
mengharap ibu bapa mereka di hidupkan kembali,
mengingati pembunuhan ibu bapa mereka di depan mata mereka sendiri,

kepada mereka yang ketiadaan ibu bapa,
jangan bersedih sebabnya awak terselamat daripada terus menjadi anak yang derhaka,
semuanya berlaku ada hikmah ..

Jika ada yang ajak lepak kemudian kawan kita cakap :

''wuuuu ! anak mak .. '' 

''memanglah anak mak,kau tak pe lah , anak angkat ''..

-burung2 berkicauan -hehe

dah 1.12 a.m .. okey akak cerita dekat adik satu cerita ni ye lepastu  akak minta diri..

Tajuk : Pengabdian seorang pemuda terhadap dua ekor babi 

Nabi yang dapat berbicara dengan Allah secara langsung adalah Nabi Musa a.s .
Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah s.w.t 

''Ya Allah,siapakah orang yang akan menjadi jiranku di syurga kelak ?''
maka Allah s.w.t  memberitahu  Nabi Musa dan kemudiannya Nabi Musa a.s mencari pemuda tersebut sehinggalah sampai ke tempat berkenaan..Setelah di beri salam,Nabi Musa di persilakan masuk oleh pemuda tersebut ..Namun yang menghairankan Nabi Musa ialah pemuda tersebut tidak melayaninya malahan sibuk melakukan suatu pekerjaan di bilik .

Kemudian,pemuda tersebut keluar dengan mendukung seekor babi betina yang besar,dia kemudian memandikannya dengan penuh berhati hati ,mengelap dengan penuh kasih sayang dan menciumnya ,kemudiannya menghartar babi tersebut di biliknya..Tak lama kemudian dia mendukung pula seekor babi jantan yang lebih besar dan pemuda tersebut melakukan pekerjaan yang sama seperti yang dilakukan kepada babi betina yang tadi ..

   Nabi musa bertanya ''Apakah agamamu ?''
''Aku beragama Tauhid''
''Tapi mengapa kamu memelihara babi ?''

''Wahai Tuan Hamba,sebenarnya mereka itu adalah IBU BAPA aku.Allah telah menukarkan mereka sedemikian di sebabkan dosa yang pernah mereka lakukan . Soal dosa mereka dengan allah itu adalah urusan mereka berdua ,sedangkan aku sebagai seorang anak perlu melakukan kewajiban aku sebagai seorang anak dan berbakti kepada mereka.Setiap hari aku mendoakan agar Allah kembalikan rupa mereka seperti sediakala namun sehingga sekarang Allah masih belum mengabulkan ''

Allah kemudian menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s 
''Wahai Musa,inilah orang yang akan berjiran dengan Mu di syurga nanti,aku naikkan darjatnya sebagai anak yang soleh di sisi Ku di sebabkan pengabdian dia kepada orang tuanya meskipun orang tuanya telah bertukar menjadi babi ''.

Allah juga berfirman ''Justeru dia telah kami angkatkan darjatnya menjadi anak yang soleh di sisi kami ,maka kami angkatkan doanya,Pada mulanya orang tuanya kami tempatkan ke dalam neraka,tetapi di sebabkan doanya kami tempatkan mereka di dalam syurga ..

Adik yang sedang membaca kerana Allah pilih untuk adik baca entry akak kali ni ..
Apa pendapat adik ? Boleh bagi moral value tak ?

Bagaimana buruk sekalipun perangai kedua orang tua kita,itu bukan urusan kita,urusan kita menjaga mereka ddengan penuh kasih sayang .Walau sebanyak mana sekalipun dosa yang mereka lakukan ,itu juga bukan urusan kita.Urusan kita ialah memohon ampun kepada Allah..

Allah yang memberi rezeki kepada ibu bapa kita,
kemudiannya,kita membesar hasil titik peluh mereka,makan , tinggal dan hidup bersama mereka.
kemudiannya,kita duk mengata mereka,serba serbi tak kena,sedangkan mereka ? tak pernah berbangkit menyesal sebab besarkan kita kan ?
macam mana ni brother ? sister ?
tak berkat der . tak berkat ..

*tak guna menyesal kemudian hari sementara peluang masih terbentang *

#peringatan buat diri

Salamualaikum :)

No comments:

Post a Comment