Aku rindu …
Perjalananku yang semakin hari semakin mengajar aku
erti kehidupan .
Hakikatnya aku sendiri tidak pasti yang aku lalui merupakan
kehidupan yang sebenar
atau sekadar hidup dalam kepura-puraan ..
Sungguh .Aku
tak pasti ..
Hari demi hari aku lalui hidup ini dengan penuh rasa yang
aku sendiri tidak mengerti,
satu persatu ujian yang datang seolah-olah cuba
meneka siapa aku sebenarnya.
Kadang-kadang aku sendiri tidak mengerti siapa aku .
Bagaimana aku , jenis aku, prinsip aku ..
Yang
aku tahu aku agak berbeda dari yang dulu ..
Kadangkala aku rindu aku yang dulu, kadangkala aku mahu
menjadi aku yang dulu ..
Kadangkala aku gembira dengan siapa aku sekarang dan tidak
mahu menjadi aku yang dulu,
Kadangkala aku rasa aku akan kehilangan segalanya yang aku
ada,
andai aku seperti dulu .
Mengisahkan tentang aku yang dulu ,
Perempuan yang agak ‘’tertutup’’ dengan sifat malunya,
Perempuan yang agak ‘’garang’’ dalam menjaga ikhtilat,
Perempuan yang agak ‘’berani’’ berkata benar ,
Perempuan yang ‘’Tegas’’ mempertahankan Prinsip,
Perempuan yang ‘’hijabkan’’ lidahnya berkata sia-sia,
Perempuan yang ‘’Keras’’ dek pujian orang …
Dengan penuh rasa malu,rasa terlindung,selamat dan sangat
sangat menjaga batasan samada di reality dan alam maya kerna dia menyakini
Tuhanlah yang Maha Mengetahui setiap detik perkara yang dilakukan,
Tapi,itu dulu …
Kini , di tempat baru , suasana baru ,
Boleh dikatakan sebagai kejutan budaya ,
apabila dah mulai
ada yang rela hati nak jadi secret admire ,’
’kakak angkat’’ dan yang terpenting
lamar aku jadi awek .. huhu ..
Disini , apa yang berlaku .. Ya benar berlaku .. aku tidak
pasti .. mengapa ..
Disini aku ramai kenalan , aku dikenali ramai , aku dapat
merasa begitu banyak ‘’kasih sayang’’ disini terutama dari adik-adik perempuan
aku .. Aku dapat merasakan , salaman,ciuman dan pelukan mereka penuh dengan
kasih saying sebagai seorang adik dan kakak .. Sungguh . Aku gembira dengan
mereka .Aku juga menjadi pendengar setia dikala mereka kesedihan , apabila mereka memerlukan memerlukan
motivasi , kami juga saling bergurau senda ..Benda yang menyentuh hati lembut ku apabila ada yang berkata ''akak,tolong ajari saya membaca AlQuran'' . Allahu .. dengan usia mereka , mereka masih tidak pandai membaca Al-Quran .. Mashallah,Tuhan telah pertemukan aku dengan mereka ...
Di sini juga , aku
dah mulai mendapat perhatian mungkin ..
Dah mulai ada yang mengutus surat , berkirim salam dan menelefon yang pastinya
..Ada yang terang-terangan berterus terang .. aku jadi malu .. tapi alhamdullilah setakat ni dalam fikiran aku , segala pujian yang aku dapat , aku anggap ianya sekadar kata-kata
, Tujuan : ‘’Aku berlindung denganMu daripada sifat riak yang terkutuk’’ ..
Pada mulanya aku rasa
sangat asing dan berbeza dengan persekitaran aku yang dulu dan sekarang ..Aku
banyak ‘’mengasingkan diri’’ dan ‘’berdiam diri’’ dalam situasi percampuran
lelaki dan perempuan , aku merasakan aku tidak mahu bergaul , aku tidak mahu
mulakan walau satu perkenalan maksud aku dengan ajnabi ..*bukan muhrim* ,,
Suatu hari , aku
dilebel sebagai perempuan angkuh , sombong , takbur , oleh seseorang membuatkan
aku sedih dengan diri aku .. Ada yang memujuk , katanya ‘’Biarlah di gelar Sombong daripada digelar murah’’,aku gembira
dengan pujukan tersebut,namun hanya sementara . aku tak boleh menidakkan
sebagai manusia aku juga ada harinya rasa down , rasa lemah , rasa sedih tanpa
mengetahui kenapa ..
Kemudian , aku
berteleku , aku berfikir .. aku pernah terjumpa sebaris ayat ..Dalam ayat tersebut
ada tertulis ‘’Didiklah anakmu mengikut bersesuaian dengan zamanmu’’..Aku
berfikir ..Ia ..
Asalnya manusia datang dari satu pokok , kemudian pokok
tersebut di pecahkan kepada ranting-ranting , dari ranting berpecah kepada
ranting kecil kemudian dedaun …
Ia . Niat .
Sejak itu , aku mulai bergaul . dengan lelaki .. maksud aku
berkawan , dulunya , hanya bercakap perkara yang penting , sekarang , aku mulai
sedar , bukan muhrim suka mencari aku untuk luahkan masalah mereka,kata mereka
, mereka mahu mendengar sedikit nasihat , dari aku ..*secara berdepan dan bukan
berdua-duan yang pastinya*.. Kata mereka aku matang .. Matang dekat mana aku
tak pasti ?
Ok .. kemudian , aku
appreciate apa yang ada dalam hidup . aku banyak lemparkan lesung pipit aku
buat insan sekeliling ,. Ye lah psychology ada menyatakan,setiap senyuman yang
kita lemparkan buat orang lain , boleh menenangkan hati orang yang memandang ,
so kalau Nampak ada yang muka berserabut,cubalah senyum seikhlas hati , insha
allah dia akan sejuk .. dan , jangan pula senyum sinis pada masa yang tak
bersesuaian .. kelak bermusuhan lah pulak . hehe ..
Buat diri aku yang
sangat suka memendam , yang sangat suka membiarkan orang lain memijak ,mengata
dan menabur fitnah tentang aku .. aku
hanya mampu tersenyum tentang apa yang manusia buat pada aku .. Kadang-kadang
aku tahu apa yang orang mengata,mengutuk , menfitnah dan mengadakan cerita
tentang aku .. aku hanya mampu menangis seorang diri tanpa orang menegetahui
kemudian aku bangun dengan satu senyuman , sehingga orang label aku sebagai
seorang gadis periang . hakikatnya Allah yang Maha Mengetahui ..
Aku tak suka luahkan
masalah aku , bukan tak percayakan sesiapa , Cuma aku sedar , jatuh bangun pada
akhirnya tetap aku sendiri .. mereka yang mendengar pun bukan boleh buat apa melainkan memandang rendah dengan kelemahan kita , Kadangkala mereka
bertepuk tangan atas kejatuhan kita .. Boleh dikatakan Semua manusia yang aku
kenali ..
Dimana jua aku
berada,aku sedar satu perkara . Manusia lebih suka judge ‘’nilai’’ daripada
mengenal dulu siapa kita , bagaimana kita ..
Dulunya aku takut
mengenali dengan lelaki , walaupun berkawan kerana aku tak mahu mereka jatuh
hati dengan aku .. Bukan aku perasan tapi itu hakikatnya apabila kebanyakan
orang lelaki yang pernah berkawan dengan aku , mereka akan ‘’jatuh hati’’ pdada
aku , dan pengakhirannya kami tidak bercakap .. Sebabnya ? aku jadi malu nak
menghadap orang yang ada perasaan dekat aku walaupun aku tak ada perasaan dekat
dia .. entah …
Apa yang aku cuba mengetengahkan .. Aku rindu pada aku yang
dulu ..Dalam masa yang sama aku happy dengan life aku ..
Yang past aku harapkan yang terbaik dan doa dari orang
sekeliling agar mendoakan yang terbaik buat aku .insha allah ..
12.34 a.m
11/06/2015
No comments:
Post a Comment