Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

15 November, 2015

Tomahan menghiris


Pernah hati ini terguris dengan fitnah dan tomahan menghiris , 
sehingga terasa diri ini hina kerana tiada siapa yang sudi membela , 
kutabahkan hatiku harungi  hidup biarpun tiada siapa yang menemani ,
 keseorang aku dilautan sepi , ditinggalkan mereka yang ku percayai ..
Namun ku tahu , ada hikmahnya di setiap segala yang menimpa diri ,
 ku serahkan segala padaMu Tuhan ....Kerna engkau Maha Mengetahui ..

 Tuhan , aku pernah mengatakan bahawa dunia ini tidak adil .. Sehingga engkau hantarkan seseorang dengan menjawab tomahan aku ..

''Dunia ini adil ,  kerana dunia ini tidak adil untuk semua manusia ''..

Aku merasakan bahawa nasib malang hanya padaku namun engkau menjawab bahawa setiap yang berlaku adalah sama cuma jalan yang diharungi itu agak berbeza yakni setiap orang diuji dengan sesuatu mengikut kadar kemampuan mereka ..

Tidakkah aku pernah membaca  bahawa Allah tidak akan membebani manusia dengan beban yang tidak mampu mereka pikulkan,Allah akan uji manusia sekadar kemampuan mereka ,

Ya .. semakin Allah sayang semakin diuji , Dia nak lihat kita kuat harungi hidup . Dia nak tatih kita jadi manusia yang kuat , kalau dia tak sayang kita , Dia biarkan kita dengan hanyut , dia bagi kita lalai lagi dan lagi .. sehingga ajal ?

um .. kali ini aku di uji dengan tomahan menghiris sehingga terasa diri ini hina kerana tiada siapa sudi membela ..

seorang si fulani telah mengata aku , kata-katanya Mashallah menusuk kalbu sehingga aku down, sedih , ia , ia berkait maruah .. Kata-katanya membuat aku sedih , kerna ia melibatkan maruah .. aku tahu dia sedang marah , aku tahu yang sedang bercakap adalah bukan dirinya tetapi lodakan api kemarahan .. Aku maafkan dia , cuma apa yang dikata bukan apa yang aku buat ..Dia hina aku , sedangkan disini aku sedaya upaya mengembangkan syariat islam , maksud aku , aku cuba kongsikan ilmu yang aku tahu , aku membina satu group kasih sayang sesama islam (muhrim) , tetapi si fulani tidak pernah tahu itu malahan dia memberi kata-kata tomahan yang menusuk kalbu dan membuat aku tertanya-tanya , ''BAGAIMANA AKU ?'' sehingga aku dikatakan begitu ?...

Aku menangis .. Aku bersedih . Aku kecewa ..Aku cuba berbuat baik dengan semua orang , terutama perempuan , aku cuba dan cuba bangkit .. tapi aku terduduk ..Aku kelemasan Allah , dugaan apa ini ..

Kemudian dalam kesedihan aku Allah hantarkan seseorang yang memberi ''nasihat '' buat  aku , yang menyedarkan aku bahawa aku bukan keseorangan , Dia peringatkan aku bahawa Aku masih ada Tuhan , yang setia mendengar , yang sedia Mencintai aku dengan sifat Ar-Rahman dan ar-Rahim .. Dia peringatkan aku tentang surah Alfatihah , surah yang mana ramai manusia sekadar baca tanpa menghayati makna dan mukjizat ayat tersebut .. Allahu ..

 
   Sepantas kilat .. masalah di selesaikan .. Si fulani meminta maaf dengan aku ,kata-katanya  semata mata yang dinyatakan sekadar fitnah ....

     Dengan serta merta aku memaafkan dia , kata orang tidak pantas di abuat begitu kerana begitu .. tapi siapa aku untuk menghukum dia ?Aku tuhan ?bukan . aku manusia ... melalui dia , aku belajar sesuatu yang baru .. aku belajar bahawa aku tidak boleh mudah jatuh , aku tidak boleh mudah putus asa , aku perlu teguh berdiri kerana , dimana jua kita berada pasti ada pihak yang akan cuba menjatuhkan kita ,, walau melalui fitnah .... Manusia + Fitnah .

Bila berlaku situasi ni juga menyedarkan aku bahawa , antara dua pihak yang bertelagah akan ada pihak ketiga yang menuangkan minyak ke dalam api , bukan iblis tetapi manusia lain ..yang cuba berpelaga-lagakan dan memperbesarkan lagi .. Kalau ujian ini diturunkan tanpa aku sedar sebab apa dan mengapa mungkin kami akan terus bertelagah dengan keegoaan yang memuncak dan maksimun.

Allah .. lidah manusia seperti pedang .. Tapi aku bila ada yang buat onar dengan aku , aku sedia maklum yang mulutnya jenis begitu , aku lebih rela give up .. bukan  , aku tahu betapa bahayanya peranan mulut ..Kalau boleh aku tak mahu jumpa dengan manusia yang sememangnya terkenal dengan 'mulutnya' sehingga orang takut untuk dekatinya ..namun dimana jua aku berada aku perlu menyedarkan hakikat bahawa  di mana jua aku berada aku tidak boleh lari dengan manusia yang bermulut puaka ..

 Buat diri ini yang cepat jatuh sakit , buat diri ini yang cepat down , buat diri ini yang selalu overthinking , aku harap aku akan lebih matang menghadapi hari hari yang mendatang ..

15/11/2015
11.35 p.m

No comments:

Post a Comment