Hi ! Assalamualaikum , rasanya dah lama tak membebel dekat sini .
Bila aku tulis yang baik baik dekat sini orang sangka aku nak berdakwah dekat sini . Alamak , tidak aku tidak berdakwah tau . Aku just luah isi hati aku , pendaoat aku dan apa yang aku fikir .
Ya . Ya .
Apa yang aku fikir tak semestinya betul , dan tak semestinya salah kan ?
Macam ni , manusia berbeza beza akal , so ni cara aku olah apa yang aku rasa . Salah ?
Ok . Deal tak salah .
Actually aku ni pemerhati . Aku suka memerhati sekeliling dan aku decribe it dalam pemulisan aku , tak kisahlah aku catat dalam diari atau aku buat cerpen . Uhuk ! Uhuk ! terkantoi ..
Nak cakap pasal ''Ikhlas'' ,
Kata kata aku pernah terbaca bahawa Keikhlasan diibaratkan smut hitam yang berada di atas batu pada waktu malam .Halus . Tak nampak .Mungkin tak rasa langsung kehadiran semut tu tapi cuba duduk aha ! Mungkin tergigit You ! Hehe ..
*Alamak kenapa ni tiba tiba rasa sebak * * Rasa nak menulis dengan tangisan je malam ni*
My ma cakap , ''if you don't like to do something that force you to do , force yourself to fall in love with it , it will help you to do it more properly '' .
aku fikir , fikir fikir , apa yang cuba my ma cakapkan ?
Akhirnya aku dapat jawapan yang dia cuba cakapkan ,
''Jika kamu tak suka buat perkara yang memang terpaksa kamu buat , paksa diri untuk suka/cinta perkara tersebut,ia akan membantu awak untuk melakukan sesuatu itu dengan lebih baik''.
Betul.Betul .Betul .
Aku pernah cuba tips ni and ia memang berkesan .
Tapi aku tak boleh nafi ''tak semua benda aku boleh paksa untuk aku suka/cinta''
Jadi ada bendanya aku buat jadi tak ikhlas , maka bertunggang langgang la sesuatu tu .
Aku rasa nak story Mory pulak ,
Aku pernah mengalami situasi ni , bila dibahagikan satu assignment yang perlu dibuat secara berkumpulan , aku akui kadang kadang aku jenis aggresif dalam sesuatu perkara , aku jenis suka sesuatu kalau boleh benar benar buat , kadang kadang boleh mengamuk kalau kerja tak seperti yang aku nak *mengamuk aku bukan mengamuk gila , tapi hati aku meraung seorang diri* kahkahkah . ketawakan aku yang kelakar ni ..
Kemudian , aku nak cakap , at the end , orang akan serah kerja bulat bulat dekat aku . and okey i will! Bila everything settle , woaah . Perfect ! dapat pujian lah group ni and aku pun happy .
Sampai satu masa , rasa geram . Kenapa aku yang kerja sungguh sungguh mereka relex je ? aku je yang bersengkang mata ? Aku je yang beria ria ?
Haa ! Pernah alami tak ?
Bila fikir fikir balik . Teruk betul perangai macam ni ? Aku lah ni , dulu dulu lha .
Bila ambil masa aku tarbiah balik . Rupanya aku tak ikhlas kot . Kalau ikhlas mustahil aku akan jadi begini kan ? Macam mana aku boleh simpulkan yang aku tak ikhlas ?
Meh slow slow kita slowtalk .
Korang pernah tak bagi sesuatu dekat orang lain dengan berat hati ? Dengan rasa biasa biasa je ?
Pernah kan ? Korang teringat ingat kan akan barangan korang ? Sampai satu tahap korang mengungkit ! Haa ! yang mengungkit ni aku paling paling benci dalam hidup aku ,
Aku pernah jumpa satu ayat ,.
Seseorang mukmin merupakan cerminan buat mukmin yang lain ''
Aku baca punya baca ayat ni , baru aku sedar .
Aku tak suka orang mengungkit ungkit pemberian yang mereka beri , aku acapkali dipertemukan dengan orang begini . Dalam hati aku '' Aku tak suka perangai dia sbb dia suka mengungkit'' . Aku kemudian istirfar , kadang kadang sampai lupa yang Allah hantar manusia yang suka mengungkit ni sbb nak sedarkan aku , Dia nak tegur aku . MashaAllah sayang sungguh Allah dekat HambaNya yang seringkali lalai ni .
Rupanya aku dapat jawapan .
Yang aku tak suka tu 'cermin' diri aku .
Maknanya sifat tu yang aku tak suka juga ada dalam diri aku .
So , apa aku boleh buat ?
Bersangka baik . Macam mana aku nak expect orang yang baik baik dalam hidup aku andai aku sendiri 'tercemar' dengan sifat buruk .
Aku tak suka tau , bila tengok orang jahil , aku letakkan diri aku tahap yang rasa diri aku ''suci'' . No ! No ! Malahan aku rasa , mungkinkah aku juga akan berada tempat tu ?
''Sebaik mana pun kita hari ni , kita belum tahu macam mana , bagaimana pengakhiran hidup kita suatu hari nanti'' .
dan
''Seburuk mana pun perangai seseorang hari ni , mana tahu pengakhiran hidup mereka jauh lebih baik , huh ?''
Kesimpulannya , dalam hidup ni sebenarnya banyak benda yang boleh diambil pengajaran , tauladan , nilai murni dan pengajaran . Segalanya bergantung pada diri kita , macam mana kita nak nilai , nak pandang sesuatu perkara di hadapan kita ,.
Ya . Bercakap memang senang , lebih senang daripada buat . Hehe ! but aku berbercakap apa yang aku rasai dan lalui . Kesimpulan kecil yang aku dapat , so aku saje nak share .
Apa yang korang dapat lepas baca ni ?
Insha allah dapat sesuatu deh walaupun sikit . Kalau tak faham apa yang aku cuba sampaikan ,
Cuba baca lagi dan lagi . hehe !
Selamat malam :)
23/12/15
12:13 a.m .
No comments:
Post a Comment