Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

09 December, 2015

Hidup bermasyarakat

Bila aku terlalu mendongak ke langit aku lupa akan tanah yang aku pijaki .
Aku lupa . Sungguh manusia seperti aku yang mudah lupa dan angkuh dengan nikmat pinjaman ,
Apabila menilik diri , Allahu , betapa kerdilnya aku berbanding kebesaranMu ..


  Kita hidup dalam bermasyarakat , oleh itu kita perlu hidup dalam persekitaran yang saling hormat menghormati , tak kiralah dari segi idea , ilmu dan pengetahuan samada yang kita sedia tahu atau lain lain . Jangan pula kita hidup dalam bermasyarakat tapi kita bersifat aku je yang betul , aku bijak dan lain lain . Sebenarnya amat penting untuk kita saling hormat menghormati idea yang diberikan meskipun ianya agak bercanggah , ianya masih boleh diubah melalui musyawarah yang baik (perbincangan) . Ingat,kita hidup dalam bermasyarakat!

 Kadang kadang melalui perbincangan pun turut berlaku percanggahan yang kemudiannya berakhir dengan bermasam muka,.Situasi ini berlaku apabila kedua pihak tidak mahu mengalah atau istilah kasar mereka sendiri tidak menghormati istilah 'perbincangan'..Kadangkala,ada pihak yang terus mengalah meskipun dia tahu cadangan pihak sana bercanggah dan akan memberi kesan.Pihak ini mengalah bukan di sebabkan takut tapi , mungkin ada baiknya berdiam diri . Buat apa kalau menang dalam perbahasan tetapi menyakiti hati sebelah sana , buat apa meraih sokongan ramai kononnya kta yang betul tetapi memalukan dan mengaib pihak yang satu lagi .
KIta tak boleh bersikap kononnya kita je yang betul .

 Apabila aku sendiri meletakkan situasi aku , dalam  situasi 'musyawarah' aku sendiri tak boleh nafikan , kadang kadang aku jadi geram . Geram sebab perbahasan aku ditolak mentah mentah , geram sebab macam macam , tapi fikir balik , macam mana orang nak hormat aku kalau aku tak hormat mereka,okey . Aku pilih follow je , kalau last last apa yang aku suggestkan betul , aku diamkan . Malas nak argue , penat tau .

 Prinsip aku sekarang mudah je , bila aku bagi cadangan apa apa , bila orang tak nak terima . Ok , Aku ok je , aku tak mahu berburuk sangka , fikir orang tak suka aku la bla , bla . Come on , ini hidup bermasyarakat , ini hidup yang bukan kita saja yang betul , mungkin mereka juga ada betulnya , ye dok ? mungkin hari ini idea kita tak dapat digunakan mana tahu esok - esok ?

 berdiam diri atau mengalah dalam perbahasan tak bermakna kita kalah . Tetapi cukup kita 'menang' dengan diri kita dalam menahan rasa kecewa , pasrah dan lain lain . Kita dah menang di sisi kita tanpa menyinggungkan pihak sana , biarlah mereka nak buat kita . Ingat yang kita tak pernah kalah  , kita menang , kita berjaya hormati pihak sana , kita berjaya selamatkan keadaan menjadi huru hara .

Macam mana pun kita , kita cuba jaga hati sesiapa dengan ushanya , tetap ada yang tak suke kita , right ?

Our Prophet Muhammad s.a.w , The Prophet , how he would comfort other's hearts when his own was torn ?

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun terkenal dengan sifat peribadinya , akhlahnya yang terpuji .. masih ada yang membenci , masih ada pihak yang mahu menjatuhkan dia , sedangkan kita ? Allahu . Kita yang jauh dari kesempurnaan ni , siapa lah yang tak ada yang benci .

Bila aku rasa nak marah , aku mungkin dah lupa yang sifat amarah tu daripada iblis yang di rejam ,
Bila aku rasa nak marah kadang kadang hati ini rasa mengiris ,
Bila aku rasa nak marah aku boleh rasa keadaan suhu badan semakin meningkat ,
dan bila aku rasa nak marah aku tak boleh memandang,mendengar suara orang yang membuat aku marah .. dan aku pilih mengasingkan diri .

Bila aku asingkan diri , aku perlukan istirfar , aku perlu cari kekuatan aku balik . Aku perlu cari diri aku . Mungkin ini ujian Allah nak tahu tahap kesabaran aku . Aku tak mahu meletop , aku tak nak orang tengok wajah aku marah , tak nak ,. Pesan ustazah , akhlak ni sampai bila bila orang ingat , mungkin selama ini aku selalu sabar , tiba tiba one day aku meletop , orang dah tak ingat kesabaran aku , orang akan ingat apa yang buat aku meletup .

 Bila marah aku perlu ambil masa , aku akan diam dan tarbiah diri .
Aku fikirkan balik , Allah hantar dia sebab nak uji aku , ada sebab kenapa Allah hantar dia , mungkin allah nak bagitahu aku sesuatu , lepas rasa sejuk .
Lain hari aku dah boleh bergaul dengan dia macam sedia kala , meskipun rasa sakit masih tersisa , aku cuba buat agar aku dapat cari kebaikan dalam diri dia , aku dapat puji dia dan terima dia baik .

Serius , aku tak mahu rasa aku benci orang . sejahat mana , seteruk  mana dia layan aku , akan aku cuba mengisi hidup aku dengan cinta dan kasih sayang . Aku tak mahu ada musuh , aku tak mahu hati aku terdetik rasa benci . Aku tak mahu , aku nak jadi seorang yang pemaaf .

Aku tahu kadangkala aku sampai di satu tahap , aku rasa bodoh , aku rasa tak guna aku rebah , aku mengisak menangisi apa yang orang buat , aku hilang motivasi , aku hilang keyakinan diri . Masa ni aku hanya mahu rebah dan menangis . Masa ni masa yang paling sedih , masa yang aku mahu menyendiri dan aku tak mahu mempercayai sesiapa lagi ..Masa ni mengambil masa untuk aku memujuk diri aku . aku manusia . Aku adalah manusia . mungkin sekeliling lupa aku adalah manusia yang punya perasaan , aku ada hati . hati yang mudah terusik dan terguris .

Muka aku nampak polos , tenang dan matang dalam berbicara , nakal dalam bergurau . Siapa sangka hati ini pernah ditikam dirobek dengan dasyatnya ?

Entah . aku dah lama berhasrat nak buka buku baru , nak hidup dalam komuniti yang bersifat terbuka , komuniti yang layak di gelar komuniti , aku dah tak mahu ambil kisah hak remeh temeh , orang sentap dan lain lain sebabnya kita hidup dalam masyarakat , dah tak ada guna aku terlalu jaga hati orang lain sehingga aku lupa kehidupan aku untuk Tuhan atau Manusia ?

Mereka diberi pahala dua kali kerana kesabarannya dan mereka menolak kejahatan dengan membuat kebaikan , sedang mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka 

                                                                                                                   ( Al-Qashah:20:54)

God is the reason why i want to move forward -

No comments:

Post a Comment