Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

18 January, 2016

Aku tidak lemah



''eh , kau okey tak ni ?'
''aku . OKEY ! aku dah BIASA . don't worry !''.

deep inside , hanya Tuhan yang tahu .
semakin berjalan semakin rasa perih perih kehidupan ,
pernah,aku terjatuh,tersungkur.
aku lemah dan terdaya,kekadang terasa mahu minta simpati namun
bila teringat , maruah diri yang diutama.
kenapa perlu bergantung harap pada manusia ?
hakikatnya , harap pada manusia sangat, sangat menyakitkan.
Andai manusia merupakan sumber kekuatan aku yang utama,andai dia tolak aku,mungkin tak bermakna hidup ini .


Aku tahu . Aku pernah tersungkur ketanah kerana manusia,dan aku menyangka , aku berharap orang yang sama akan mengangkat aku kembali,meminpin aku dan mewarnai hari hari aku agar lebih indah,tapi aku silap.Ia cuma 'angan-angan' atau 'impian' yang mustahil atau sia-sia .
Bila aku buka mata,aku sedar.

Hidup aku .

Hidup aku ada Tuhan,
Hidup aku ada keluarga,
Hidup aku ada kawankawan.

Walau kadang yang kedua dan ketiga 
tiada tika aku jatuh,
aku masih ada yang satu itu .


Aku jahil.
Kejar yang tidak risaukan aku.
Aku bodoh.
cari yang tidak pedulikan aku.

padahal aku tahu Tuhan ada.

Setia . Selalu . Sentiasa . Untuk aku .


Bila aku ditimpa sesuatu yang mengecewakan aku ,
sesuatu yang aku tak inginkan berlaku dalam hidup aku ,
contohnya perpisahan (kematian , putus hubungan dan lost contact)..
Aku sedih , aku akan muram .
yang penting beberapa hari aku akan melalui hari yang suram.
hari yang mana tiada manusia dapat mendengar tawa aku.
hari yang mana tiada manusia dapat melihat aku tersenyum.
Aku akan melayan dunia aku .
Tika ini aku lemah,
Tika ni juga akan ada yang menghulur tangan agar aku meraih sinar kembali.
namun tika ini acap kali akan aku tolak.
kerana aku perlu waktu buat aku luang bersama diri aku.
Buat aku bermonolog dengan sang pencipta .


Bila diuji begini baru aku sedar.
ya . Tuhan yang sentiasa ada,selalu,setia,
yang penting di waktu sukarnya aku menjalani hari yang sukar,
tiada siapa tahu betapa hebatnya air mata aku mengalir ,
betapa kuatnya aku meratapi aku ,
sebelum aku tidur .
Aku menangis ,. menangis ,.
meski tiada siapa yang tahu .


Aku tak mahu kelihatan lemah ,
aku sudah penat . aku tak mahu ditindas lagi.
sudah.cukuplah.
Aku mahu bangkit . aku mahu buktikan aku langsung tidak sakit,.
aku tidak gentar , aku kuat dan aku boleh !

Akan aku hiasi hari hari dengan senyuman dan tawa di hadapan dunia.
Dunia tidak perlu tahu apa yang aku rasakan .
Cukup .
Meskipun perjalanan di waktu kesukaran keseorangan,
aku boleh belajar .
Berhati - hati dan beringat agar kesilapan yang sama tidak  berulang.

Mungkin kerana itu allah anugerahkan aku sepasang lesung pipit ?
Agar aku menghiasi hari hari aku dengan senyuman,
agar aku menyebarkan senyuman buat dunia .

aku tidak boleh kelihatan lemah meskipun keadaan memaksa.
aku perlu tersenyum.
aku perlu bangkit .
Aku tidak boleh jatuh lagi .



18/01/2016 (isnin : 10.40 )

No comments:

Post a Comment