Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

22 January, 2016

Tentang kehidupan



Adalah payah untuk melepaskan sesuatu jika kita pegang ia dengan erat .Puas kita menjaganya dengan sepenuh perhatian,namun ia berakhir dengan perkara yang tak kita jangka .


Inilah yang kita belajar dalam kehidupan .
Jatuh , tersungkur ,rebah dan penat .
Itu perkara biasa dalam roda-roda kehidupan .
Apa yang telah berlaku,biarkan ia berlaku.
Redha , terima dan pasrah.
Mungkin itu suratan kehidupan kita .


ya . Pada mulanya sukar untuk kita terima,namun percayalah apa yang berlaku 
merupakan bawah kawalan Tuhan .
Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita .
Mungkin hari ini kita payah menerima hakikat,percayalah pada Tuhan
bahawa Dia sebaik-baik perancang.
Ya.
Kita hanya mampu merancang,Penentu sebenar adalah Dia .


Suatu hari nanti,walaupun ia mungkin ambil masa, 
percayalah kita akan berterima kasih pada Tuhan atas apa yang berlaku.
Bila sesuatu perkara yang kita tak mahu berlaku tetapi ia tetap berlaku,
Jangan putus harapan,ingat bahawa pelangi akan muncul selepas hujan.

semoga suatu hari ada sinar sang suria menerangi,
tiada guna ku tangis meratapi perpisahan,yang berlalu biarkanlah ,
kerana aku percaya disebalik kelukaan , ada bahagia .

Ayat ni sesuai untuk yang orang yang putus cinta.Muehehe .

Ok . Back to the main point .
Dalam hidup ni , disebalik ujian sebenarnya Tuhan nak uji kita tentang banyak perkara,
Ia bukan sekadar ujian tetapi Allah juga nak kita belajar sesuatu .
Semua yang berlaku adalah di bawah kekuasaanNya dan apa yang Dia rancang mesti bersebab.

Tugas kita hanya melayari kehidupan,.menjadi hambaNya, belajar dan belajar dalam liku liku kehidupan.
Dalam perjalanan ini , Allah juga akan hantarkan pelbagai ragam manusia , 
ada yang ngam dengan kita ada yang entah apa-apa .
Jangan cepat melenting,Allah juga hantar mereka bersebab.
bayangkan semua manusia ni baik je , buat apa wujudnya Neraka ?hehe.
Bayangkan semua manusia ni jahat . Allahu , masih wujudkan kehidupan bermasyarakat ?
Aku nak duk bersahaja pun tak boleh agaknya . Huhu .
Tak semua manusia jahat dan tak semua manusia tu baik . Got it ?


Allah ciptakan sesuatu bersebab.
Hari ni , Allah hantarkan seseorang yang menyakiti hati kita,anayai kita,menguji kesabaran kita.
Allah nak uji kita,sejauh mana tahap kesabaran kita dengan seseorang , atau bagaimana kita menangani masalah tersebut .


Siapa manusia yang tak di landa masalah ?
ya.mungkin hari ni engkau boleh katakan engkau ok,
esok esok bagaimana ?


Dalam hidup ni , kita tak boleh cepat menuding jari kepada orang lain .
Firstly, kita perlu salahkan diri kita dulu .
Dengan cara ni kita belajar , redha , sabar dan ikhlas .
Bayangkan bila wujudnya permasalahan,kita saling menyalahi satu sama lain.
agak-agak selesai tak pertikaian ?Akhirnya berakhir dengan bermasam muka dan tak bertegur sapa.
Selesai ?
Tidak !

Dulu , aku selalu rasa nak marahkan orang lain apabila sesuatu permasalahan timbul.Hubungan aku dengan orang sekeliling pun tak berapa nak okey sbb aku nak orang hormat aku atau istilah lain aku ni SANGAT EGO ! 

Sekarang aku fikir , sbb sifat yang salahkan orang lainlah sifat yang tak patut dan tak perlu ada dalam diri aku .Aku mulai belajar salahkan diri aku biarpun apa yang berlaku terang terangan aku tak bersalah.Dengan cara ni aku sedar yang aku pun manusia,dia manusia ada kesilapan dan cacat celanya.Seperti mana aku mengharapkan orang lain memaafkan aku andai aku ada buat salah,seperti itu aku mahu maafkan orang lain.

Tugas aku meminta maaf walau bukan kesalahan aku,
Aku akan memaafkan mereka dan hidup seperti biasa.
Aku lupakan apa yang pernah berlaku.,

Andai dia tak memaafkan aku.
Dia mengungkit dan menjaja aib aku,
Membuat cerita tentang aku .
Dia  memulau aku.

Aku dah tak kisah .
Cerita ini cukup antara Kita (kau,aku dan Tuhan).
Sbb aku yakin Dia , Maha Mengetahui malahan
 semua yang berlaku di bawah KekuasaanNya.

Siapa aku untuk memaksa dia memaafkan aku ?
Siapa aku nak suruh dia terima aku ?
Siapa aku nak balas perkara buruk yang dia buat untuk aku ?

kerana aku yakin Allah yang sebaik baik Pembalas.
What u give u get back .

tapi aku tak nak benda buruk yang berlaku pada aku turut berlaku pada kau,
walaupun kau layan aku buruk.
Sbb aku tak nak kau rasa sakit seperti yang aku rasa.
Aku tak nak kau lalui payah apa yang aku rasakan.
dan aku harap ia tak berlaku pada kau.

Sudahlah.Sampai bila api dendam syaitan nak menguasai ?
Belajarlah terima,redha,ikhlas dan sabar .
Aku harap aku istiqomah dalam kesabaran ini 
aku tak mahu pertatihan ini hanya sekerat jalan.
Moga moga aku mampu bersabar dan terus bersabar.

*Aku bahasakan 'kau' kepada umum bukan dituju kpd sesiapa*


hmm.apa lagi yang nak dibebel ?
Percayalah , lepas kau sabar dan ikhlas.Sebenar benar ikhlas,
Kau akan mampu jalani kehidupan dengan lebih bermakna 
dan kau pasti akan bangga dengan diri kau suatu hari nanti .
percayalah :)

Dalam perjalanan ini ya, kita dihantar ramai manusia,
namun suatu hari nanti kita akan sedar bahawa jatuh , bangun kita,
Kita yang akan bangkit sendiri . Bukan mereka .
Belajarlah hidup menyesuaikan diri dengan sekeliling,
agar suatu hari nanti,bila kita di campak kelaut,
kita masih boleh berenang untuk hidup .


Sekian , penulisan kali ini .
22/01/2016 (Jumaat : 11.06 p.m)




No comments:

Post a Comment