''Akan ada suatu masa dalam hidup awak, awak mulai berjalan keluar daripada semua drama dan manusia yang memulakan drama tersebut . Awak mulai bergaul dengan manusia yang membuat awak ketawa.Awak mulai melupakan tentang perkara buruk,dan mulai fokos pada yang baik.Awak menyanyangi orang yang melayani awak dengan baik dan awak berdoa buat mereka yang melayani awak dengan buruk.Kehidupan terlalu singkat untuk menjadi sesuatu tetapi gembira.Jatuh adalah sebahagian daripada kehidupan , bangkit merupakan kehidupan yang sebenar''.
''Saya mulai tidak kisah tentang kehilangan manusia yang tidak mahu berada dalam kehidupan saya.Saya pernah kehilangan manusia yang saya anggap dunia saya dan saya masih dalam keadaan baik sekarang''.
''sampai satu tahap , saya dah tak nak berlari mengejar sesuatu yang saya rasa saya tak akan dapat.Saya hanya berjalan dan mahu menghargai apa yang sekeliling saya''.
Manusia tidak boleh lari daripada perasaan yang kadang kadang membawa mereka kepada rasa down,confident tak ada dan putus asa . Begitu juga dengan aku .
Orang akan mentafsir aku dengan pelbagai sifat .
Tapi hanya yang sebenarnya akan betul betul kenal aku .
yang betul betul hebat .
That'y aku boleh katakan yang ada di sisi aku ialah manusia yang cukup memahami aku dengan jayanya .
aku unik .
ya . kadang-kadang aku jatuh hati dengan diri aku .
Aku bukan cuba memuji diri sendiri tetapi kadang-kadang aku sendiri kagum dengan apa yang aku dah buat . maksud aku , bila aku betul betul nekad , aku rela tahan diri dan akhirnya aku berjaya.suatu masa aku akan puji dengan usaha aku .
Walaupun aku puji diri aku tak bermakna aku riak dan sebagainya .
Ok . Meh slowtalk .
Aku cepat rasa down , cepat rasa less confident and selalu salahkan diri aku.
Hakikatnya aku akan menyendiri untuk pulihkan diri aku.
Kemudian aku akan kembalikan senyuman aku seperti sediakala.
Aku susah nak tunjuk dekat orang lain yang aku tengah sedih,aku nak mereka happy disisi aku.
tetapi bila aku sedih,nangis . aku betul betul maksudkan aku yang tengah sedih dan aku tak dapat membendungnya sebenar-benarnya .
Aku unik .
Sangat unik .
Aku tak pandai nak marah orang.
kalau aku marah orang , aku mudah menangis sebenarnya. haha .kelakar betul .
Kalau aku marah orang , kemudian orang akan ingat aku betul betul marah padahal aku nak tahan gelak .
Tu la pasal kalau aku rasa nak marah ,
baik aku diam .
aku tak nak cakap banyak .
Malas nak layan sangat .
Pendam . Pendam . Pendam .
Air muka aku .
Orang cakap bukan aku yang cakap .
Aku nak ulang apa yang orang cakap .
hahaha ,.
Orang cakap ,
manis , lembut , ayu , comel , cantik .
hahaha . eh ni bukan aku yang cakap . orang yang cakap .
Bila ada orang puji aku , aku akan teringat satu perkara yang ma pesan
''Jangan perasan kalau ade orang puji tu . Manusia ni memang mulut manis ''.
alright . and setiap kali orang nyatakan perkara seperti yang diperkatakan di atas, aku akan teringat pesan ibu terpahat di hati . Jujur aku katakan . Aku memang cantik . hahahaha . okey , aku suka melawak .
Jujur aku mahu katakan bahawa ,
aku tak rasa pun aku cantik , aku rasa aku biasa-biasa,
kadang kadang aku rasa aku tak layak untuk sesiapa sebab aku biasa je ,
ramai lagi yang cantik , dekat luar sana .
Tapi , kawan baik aku selalu cakap macam ni kalau aku luah dekat dia
''Aishh , awak tak perlu risau pasal rupa,awak memang tak ada masalah pasal ni.hmm,siapa yang tak nak dekat awak ? '' . Dengan nada dan wajah serius . Kawan baik aku ni selalu menggila dengan aku tetapi dalam hal serius , dia betul betul serius . aku gembira sbb Allah hadiahkan dia buat aku .
Aku memang suka senyum , ketawa , manja ,
ada masa aku marah , aku marah .
aku hairan dengan manusia yang bersifat dendam.
macam mana boleh simpan dendam ?
aku kalau marah orang kejap je ,
lepas tu aku maafkan dan buat buat macam biasa,
kalau keadaan yang buat aku masih 'kecewa',aku maafkan dia
cuma layanan aku mungkin dah tak sama seperti dulu lagi .
tapi percayalah langsung tidak wujud bait-bait dendam.
Pasal aku yang unik ni ,
aku manja .sangat manja .
aku tak kisah , kalau manusia lihat aku berdasarkan luaran aku,
mereka ingat aku ni perempuan sombong , angkuh , berlagak dan serius ,
Tak kenal maka tak cinta .
Bila dah kenal , mesti korang akan ajak aku bercinta .
hahaha . melawak lagi .
Be serius .
ya .
Aku ni jenis gila gila sebenarnya terutama dengan kawan-kawan yang rapat ,
aku suka usik , sakat , dan bergurau dengan orang sekeliling dan dalam keluarga sendiri aku tak boleh nafikan bahawa keluarga aku cakap rumah aku akan sunyi kalau aku tak ada.
*dan mulailah akan merindui aku* betul tak ?
Betul .
Sebab orang ingat aku pendiam .
Hihi . memang aku akan pendiam , cuba baik aku satu topik .
Kita akan bercakap sampai pagi esok .
Tabiat buruk aku , aku suka bercerita dan aku suka kalau orang dengar cerita aku biarpun cerita aku mengarut je pun . haha .
Ma, kakak , dan kawan baik aku merupakan insan terpilih yang banyak dengar cerita bodoh aku,luahan aku dan lawak hambar aku . Nak ke tak nak mereka kene gelak sbb nak jaga hati aku kot . haha .
Kenangan yang aku tak akan lupa dengan kawan baik aku , apabila dia dengarr cerita aku sampai jam 4 pagi . haha . Aku nampak dia mengantuk tapi aku kejutkan dia sehingga aku habiskan cerita aku .hhaaha , kesian dekat dia ..Bila aku teringat aku gelak sorang-sorang..Sebab masa tu aku tak boleh tidur kot . haha .
Bila aku nak marahkan seseorang ,
aku buat muka masam .
Bila dia datang nak pujuk aku ,
aku nak ketawa sebenarnya tetapi aku tahan . tahan . tahan .
selepas dia pergi dari aku , aku akan ketawa .
apabila aku ingat balik time dia datang pujuk aku ,
aku akan sengeh sorang diri .
that'y kenangan sebeginilah buat kita payah nak lupakan seseorang.
Aku ni romantik orangnya ,
tapi aku tak boleh nak tunjuk untuk selayaknya lagi .
haha . sebab aku ni banyak sangat angau dan impian .
ceh wah . Tak boleh cerita lebih takut yang baca akan jatuh hati dekat aku .
Aku bukan tak nak dekati mana- mana lelaki ,
aku juga bukan tak nak buka ruang dekat mana -mana lelaki ,
aku cuma takut mereka akan jatuh hati dengan aku .
Aku bukan perasan atau apa , aku hanya ada sedikit kawan dalam kalangan lelaki,
kalau dah yang aku anggap kawan ni , maknanya kawanla kan .
tetapi yang tak pernah berkawan dengan aku ,bila dia mulai berkawan dan mengenal aku,
ya , aku boleh katakan mereka akan mulai jatuh hati dan luah dekat aku .
aku pula ?
aku tak ada perasaan buat mereka sbb aku tak jangka pun perkara begini akan berlaku,
maka berakhirlah hubungan persahabatan dengan tak bertegur sapa .
Aku tak marah , jauh sekali membenci , cuma aku jadi awkward la nak tegur insan yang pernah meluahkan cinta . ceh ayat .
Walaupun aku tolak tak bermakna hubungan persahabatan kita terputus .
Tabiat buruk aku:
Aku suka makan .Bila bersahaja aku akan teringat dekat makanan , makanan pula tak adalah katageri mahal pun , macam kuih tradisional ke , nasi tradisional ke , ulam ke . Haa , aku memang suka mengunyah dan mengidam ,. ahaha , kalah orang mengidam . And ayah aku lah yang paling cukup memahami perut aku ni selain ibu . Bila aku tahu ayah aku keluar , aku sms ayah aku dengan penuh ayat gramatis untuk beli makanan yang aku nak . hahaha . And dia biasanya akan balik dengan membeli pesanan aku tu sambil cakap ''haa , lebih teruk daripada orang mengidam ni haa'' . Aku akan sengeh sengeh . Aku akan selalu ucap terima kasih , memang aku dah terbiasa begitu .
Bila orang cakap aku semakin gemuk aku mulai risau sebenarnya , aku akan tengok pipi aku dekat cermin banyak kali .
Endingnya , aku makan macam biasa . haha .
Aku dah tak kisah pasal berat badan , pasal ketinggian , pasal jerawat ke apa ke ,
aku just nak hidup dan hargai apa yang ada .
aku dah bosan jadi orang lain , buat masa ni biarlah aku jadi diri aku sendiri .
kalau korang nak terima , terima,kalau tak nak sudah ,.
as long as aku tak susahkan sesiapa . aku just nk hidup dan gembira ,. hehe
Syukur dengan apa yang ada ,
hargai apa yang di depan mata ,
hidup dengan aman dan bahagia .
peduli apa orang kata ,
selagi kita tak langgar dan ganggu hak mereka.
teruskan kehidupan ,.
Sekian , terima kasih .
27/01/16 ( 1.59 a.m )
No comments:
Post a Comment