'' Sebagai manusia kita sendiri tak dapat nafi bahawa ada hari yang mana kita rasa down , rasa lemah , rasa tak ada confident .''
Begitu juga diri aku ,
aku yang petah berkata-kata,
aku yang kelihatan teguh seolah -olah tiada masalah,
hakikatnya,aku seperti insan lain,
yang mana ada hari aku rasa lemah,
aku mahu menyendiri ,
aku mahu menilik diri,menyedari hakikat bahawa aku juga manusia
yang penuh dengan ketidaksempurnaan .
Sebagai manusia,aku belajar sesuatu dalam kehidupan,
dalam kehidupan tiada manusia yang boleh hidup seorang diri,
maksud aku hidup tanpa keluarga,teman,saudara atau kenalan.
mustahil .
Walaupun aku pernah gagal dalam alam percintaan,
aku bersyukur dengan Tuhan kerana Tuhan masih memberi aku sebuah persahabatan,
sebuah persahabatan yang mengajar aku tentang banyak perkara,
menerima aku apa adanya.
Ada masa aku menyendiri,aku berfikir
''Agak-agak siapa lah ye jodoh aku ?''.
aku pernah di pertemukan dengan orang yang salah yang mana suatu ketika dulu aku berharap dia adalah jodoh aku , jenis aku bila aku kata aku mahu dia,aku akan setia walaupun aku di hidangkan dengan lelaki yang jauh lebih baik,dalam alam percintaan aku juga tak kisah kalau pasangan aku nak chek phone aku atau sebagainya sebab aku memang sangat setia,aku tak akan memandang lelaki lain,Ya.hanya dia . Namun setia mana pun aku , andai Tuhan kata kami tak berjodoh,maka berakhirlah kisah percintaan kami . Sedih ? siapa tak sedih . tapi , akur dengan kehendak Ilahi.Walaupun aku tak couple , prinsip setia aku masih sama , maksud aku memang tak mulakan sesuatu perhubungan kalau pihak lain yang tak menghulurkan dulu,maksudnya ambil masa juga untuk usha aku . haha . Pasal rupa , harta , atau lain lain aku langsung tak pandang sebab cukup yang boleh membahagiakan aku,membuat aku ketawa,mendengar cerita aku dan yang penting menerima aku apa adanya.''
Sebenarnya,ramai orang tanya aku macam ni terutamanya dari yang perempuan
''eh,biar betul tak couple ?''
''memilih sangat ke ?''
Hakikatnya korang tak tahu apa yang aku lalui ,
Aku susah percayakan seseorang dalam hidup aku,
apabila aku mulai percaya,aku akan percaya.
dan bila aku di khianati , sakitnya cukup Allah yang mengetahui.
Tika ni aku hilang mood untuk menaruh harapan pada manusia .
Berfikir tentang pasangan,
aku risau sebenarnya .
aku takut .
Aku tak minta banyak ,
aku minta yang jujur,ikhlas,setia.
Yang boleh jaga aku .
Bicara about setia,aku confius masih wujudkah lelaki setia ?
Orang cakap, kalau kita cari yang tak ada rupa,lebih selamat sebab tak ada orang akan ganggu.
tapi ni mitos,handsome ke hodoh ke yang setia sukar dijumpai,
andai you all jumpa yang setia,peganglah dia,mungkin dah tak jumpa lepas ni.
and aku pernah berhadapan dengan satu situasi,
situasi ni membuat aku terfikir dan lebih takut .
''Saya suka awak , saya rasa saya mulai jatuh Cinta dengan awak''.
Aku pernah menerima sebaris kata di mana membuat hati ku tercuit .
Aku sangka apabila lelaki meluahkan isi hatinya, mereka betul betul maksudkan .
tapi aku tak memberi apa-apa respon , sebab seperti apa yang aku cakap dekat atas,aku susah nak percayakan orang .
Jadi , aku ambil masa dan perhatikan dia betul ke apa yang dia lafazkan .
''Eh , perempuan tu cantiklah.Jom kita kawan dengan dia,kawan je pun '' Ajak kawan 'dia'.
Aku diam , melihat kawan dia mengajak dia,aku hanya tunggu respon dia yang seterusnya.
''Jom '' . Dia dan kawan dia terus menghampiri perempuan tersebut .
Dia langsung tidak menyedari bahawa aku disini,aku mendengar perbualan mereka.
Aku hampir tergelak sebenarnya,kelakar betul .
Manis dan murah betul nilai cinta yang awak pernah lafaskan .
Mungkin aku perlu berpegang pada prinsip,
''lelaki hanya pandai berkata kata dan tidak maksudkan apa yang diperkatakan ''.
Aku tak pasti yang aku rasa kecewa atau apa.
tapi aku lebih pada syukur ,
ya . syukur sebab aku tak mudah percayakan manusia terutama kaum lelaki .
Agak -agak macam mana aku boleh jaga suami aku kelak andai sebelum kahwin dia dah berperangai syaitan ?
Agak agak macam mana rumah tangga aku , kalau dia langsung tak boleh tahan diri daripada memandang wanita cantik kelak ?
Mungkin pada awal perkahwinan dipenuhi dengan nilai Cinta, bertahun kemudian macam mana ?
Aku cemburu berat . Sangat cemburu . apabila aku beri kepercayaan dan nilai 'Cinta',aku akan bersungguh mentaati dan membahagiakan insan yang aku Cinta tetapi andai ia lebih kepada menyakiti aku itu bukan Cinta tetapi hamba kepadanya .
Andai dia gagal menjaga mata,
dia juga gagal menjaga nafsu .
maka dia tidak menghargai apa yang di depan mata.
dia akan memandang orang lain lebih dan lebih.
Isu pasal poligami , isu bercerai dan lain lain.
lelaki lebih nampak 'perempuan luar' lebih geourgeous , lebih cantik,lebih menawan dan lebih dari banyak hal . dia tidak menghargai isteri yang berpayah untuk dia dan anak-anak.
apabila berlaku kes penceraian,dia pergi dekat perempuan lain,kononnya
'sempurna',dia akan mengecapi kebahagian yang sementara dan akhirnya dia akan gila talak dan menyedari bahawa isterinya yang dululah yang jauh lebih baik .
masa ni tiada guna menyesali , apa yang berlaku .
Dulu aku tak faham kenapa ustaz suruh cari pasangan yang menjaga mata,
Kini aku mengerti , dari mata turun ke syahwat dan mengheret kita ke lembah ke hancuran.
Aku pernah memandang wajah seorang lelaki ,
dan aku akui dia miliki wajah yang tampan,
apabila aku menyedari bahawa matanya liar memandang perempuan,menatap wajah perempuan,
aku jadi hilang respect , aku jadi serta merta tawar hati dan aku tak akan pedulikan dia lagi walaupun banyak kali terserempak .
Sebab aku tahu , andai dia berkenan dekat aku,aku berkenan dekat dia,
aku tak mampu ubah dia jadi kepada yang menjaga pandangan,
sebab apa ?
Mungkin sebab dia terbiasa begitu,melainkan dia sendiri yang mengubah tabiat dia.
''Jieha,lelaki memang macam tu.tak ada lelaki yang tak memandang perempuan langsung,Ustaz pun pandang juga walupun curi-curi pandang''
ye . aku tahu tentang tu . tapi bukan bermakna kau mudah mudah menatap setiap perempuan dengan nafsu .
eeeeiii . kenapa aku rasa geram pula dalam penulisan aku kali ni ?
Kalau benar semua lelaki begitu ,
kalau benar tiada lelaki setia.
Biarlah aku disini.melewati dan menghitung hari hari aku sendirian .
aku rasa aku penat , give up dan macam macam.
masih adakah lelaki setia yang menerima aku apa adanya ?
yang betul betul menghargai nilai cinta aku ?
Sudahlah . angan angan aku mungkin terlalu tinggi sehingga menyimpan angan angan yang tak logik.Andai aku dipertemukan dengan si mata keranjang,lelaki tak guna , aku memilih aku tidak dipertemukan,aku tak mahu menghadapi dengan manusia begini .Aku tak cukup kuat nak bimbing mereka ke arah yang baik,sebab aku sendiri masih dalam percarian secebis agama Ilahi.
Aku perlu dibimbing bukan membimbing .
lelaki merupakan pelindung buat wanita,
lelaki merupakan hero kepada wanita
bukan sebaliknya .
Sekian .
sudahlah .
-penat-
terima kasih sebab kongsi cerita awak. Bukan namanya cinta jika ianya menyakitkan
ReplyDelete