Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

02 February, 2016

Bekasan Budak Sekolah Agama


''Eh , dia budak sekolah agama tapi couple. Tak padan dengan Sekolah Agama !''

''Eh,dia budak sekolah agama tapi pakai tudung singkat !''

''Eh,dia budak sekolah agama tapi perangai tak macam budak sekolah agama pun !''

KEPADA : BAKAL BIDADARI SYURGA yang hanya tahu menilai dan mengata .

Bercakap pasal agama,semua manusia mahu menghurai dan memperkatakan,tapi untuk benar-benar ikhlas dan mendalaminya jarang sekali.

Aku sangat menghormati budak sekolah agama, dulunya aku melalui alam sekolah menengah di sekolah agama,mula-mula dipaksa bersekolah disini,aku tidak menyukainya.Lama-lama , aku mulai bersyukur kerana Tuhan memberi peluang buat aku belajar disini.

Selepas tamat SPM dan melayari suasana belajar di tempat baru,aku boleh katakan 97 peratus suasana berubah.Pada mulanya hanya Tuhan yang tahu , bagaimana  aku tidak dapat menyesuaikan diri.Aku tak dapat ceritakan betapa indah dan damainya suasana di sana.Bila di sini ,aku mulai rasa suasana yang 'kurang tenteram'.

Itu pasal , aku marah bila orang kata macam macam tentang sekolah aku,dimana aku belajar dulu,ukhwah,aman,damai dan selesa.Sangat . Sangat,
Kau tak tahu apa yang aku pernah lalui , dan kau hanya sibuk mengata,mengata.
yang buat salah , adalah aku.Bukan sekolah aku.Bukan AGAMA aku.tetapi Aku yang salah.

Aku tak mahu orang salahkan tempat suci yang pernah aku menuntut ilmu dulu,
Aku tak mahu salahkan salah sebuah rumah syurga kedua aku .
Aku tak mahu,.
Sebab , dimana jua aku berada,aku tetap kenang akan tempat yang mengajar aku banyak perkara.
Alam remaja aku di sana !

Bila kau nilai pasal budak sekolah agama dengan pandangan cetek.
Aku dan kawan kawan aku diam.
Buat apa aku nak bertengkar dengan orang yang tak faham dan tak akan pernah faham apa yang pernah kami lalui .

Orang kafir , apabila melihat orang Islam membuat kesalahan , mereka akan mengata ''Umat Islam''.Maknanya , Orang kafir akan menilai semua orang Islam tu teruk !!

Kau pula,jumpa beberapa orang yang tak seberapa 'ngam' dengan kau,
kau salahkan  ''BUDAK SEKOLAH AGAMA'' .

Pemikiran kau dengan orang kafir tadi , samelah .

 '' Kau  sependapat dengan orang kafir ke ? eh , aku tanye je .. ''

Kalau orang kafir yang kata,aku tak adalah kisah sangat sebab orang kafir ni memang akan memusuhi islam,tapi kalau yang kata ni orang islam,ya. aku perlu bersuara sebabnya,kitakan same-same islam.Tak gitu ?

Kau , aku . kita . Islam . 

Bekasan sekolah agama atau tidak itu bukan soalnya.
yang penting kita sama,sama nak belajar dan mendalami ilmu agama.
Jangan salahkan bekasan  sekolah ye .
Pemikiran tu biarlah luas sikit ye , jangan terperuk dengan pemikiran cetek tu.

Syurga Allah tu luas , Pengampunan Allah juga luas .
Sepanjang aku belajar dan mendalami ilmu agama aku belum pernah jumpa hadis atau ayat al-Quran yang menyatakan

''Isi syurga hanya untuk Budak sekolah agama'' ,

 ''Budak sekolah biasa tidak berdosa kalau buat dosa'' ,

 ''Budak sekolah agama merupakan ahli syurga tegar'' .

kenapa aku rasa nak tergelak ?
Sebab cara kau nilai budak sekolah agama tu cetek sangat .
Kau mungkin telah lupa satu perkara .

''Setiap muslim merupakan saudara''.

Aku . kau . ialah saudara .
Kau siapa nak nilai aku ?

Kau bukan Tuhan .
Tuhan berhak menilai aku , sebab Tuhan merupakan Tuhan.
kau manusia dan kau tak berhak mengambil kuasa Tuhan untuk menghukum .

Aku tak mengata kau pun .
aku cuma cakap je , kau sentap ke ?
Kalau kau sentap,aku minta maaf . Aku tak nak kau rasa sakit hati bila kau kutuk tempat yang aku sanjung,sayang,hargai dan merupakan syurga kedua aku tu . Pusat ilmu dan pusat mulia .

Jom berubah dan buanglah pemikiran kolot tu .
Kitakan islam .
ISLAM .
kalau kau islam la .
kalau kafir aku tak kisah sangat sebab mereka bukan islam,
pintu hati orang kafir  jelas-jelas tak dapat hidayah lagi .

No comments:

Post a Comment