Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

06 February, 2016

Nilai Syukur

Dalam kehidupan sebenarnya terlalu banyak nilai yang boleh kita jadikan pengajaran.
Tidak kiralah nilai murni , pengajaran dan Hikmah .
Bagi aku sendiri, segala yang berlaku adalah bersebab.
Setiap apa yang berlaku , ada sesuatu yang Tuhan nak tunjuk ,
maksud aku samaada untuk kebaikan kita atau sesuatu yang boleh kita ambil sebagai sebuah pengajaran yang berharga.

Dalam Al-Quran surah Ar-Rahman , berapakali ayat yang sama di ulang-ulang dalam Satu surah :

''Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan ?''

Mashallah . Mashallah .

Nak kata aku jenis bersyukur dalam kehidupan ,tak juga .
Ada hari aku rasa aku tak syukur

''kenapa nasib aku malang ?''

''Kenapa orang yang aku sayang selalu menyakiti hati aku ?''

''kenapa mesti aku ?''

''kenapa aku tak bernasib baik seperti orang lain ?''


Akan datang hari aku beristirfar ,
Bila aku sebut begini maknanya aku tak redha,aku tak ikhlas dan aku seolah olah tak bersyukur dengan nikmat yang ada.
Astarfirullahalazim.

Adakalanya ada baiknya aku menilik diri agar aku lebih sedar diri bahawa segala apa yang aku ada merupakan pinjaman dariNya .
Namun adakalanya aku tak bolleh terlalu 'memperlekehkan' diri aku,kelak aku hilang rasa syukur.
Oleh itu,lebih baik aku pilih jalan pertengahan yang mana membuat aku lebih tenteram.Inshallah.

Bila aku marah akan sesuatu yang menimpa aku,
aku mungkin telah lupa , bahawa selama ini Tuhan memberi sesuatu kepada aku sebelum aku minta dariNya.Aku lupa . Manusia . Manusia.

Betapa besar nikmatNya,anugerahkan aku anggota badan yang lengkap,keluarga dan lain lain tapi aku masih meminta meminta dan kadangkala sampai satu tahap , marah kepada Tuhan kerana tidak memberi apa yang dipinta.

Sabarlah,duhai sayang .
Allah adalah sebaik baik perancang,
Dia tahu bila dia akan beri apa yang kamu minta,
meski bukan hari ini,Dia akan beri sesuatu kepada kamu tepat pada masa yang sesuai.
Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu hanya cukup dengan mengatakan ''Kun fa Ya Kun'',maka semua akan berlaku mengikut kehendakNya.

Setiap yang berlaku,ada ibrah (pengajaran) buat kita samada perkara sedih,remuk dan menyakitkan kita.Kita berfikir disebalik kedukaan,kesakitan dan kesangsaraan,apalah hikmahnya ye ?
Meski soalan soalan ini tidak mampu kau jawab,suatu hari nanti apabila engkau toleh di belakang engkau akan bersyukur dengan apa yang engkau sudah lakukan . ameen. Ameen .

Apabila engkau mulai persoalkan nasib yang menimpa,kehidupan yang tidak engkau mahukan seperti yang engkau inginkan,engkau mungkin sudah lupa yang masih ada insan lain yang diuji dengan Maha Dasyatnya .
Engkau mungkin sudah lupa ada insan yang berharap dapat duduk di tempat kita.
ya . Tempat kita sekarang .

Kita mungkin sudah lupa pada saudara palastine kita,
Apa makanan mereka ?
Bagaimana pakaian mereka ?
Bagaimana anak-anak , keluarga mereka ?
Kita mungkin tak mendengar jeritan jiwa dan raga mereka.
Tetapi , Allah Maha Mengetahui segala yang di rancangNya .
''Maka Nikmat TuhanMu yang manakah engkau dustakan ?''

Allah bagi kita anggota yang cukup ,
tapi kita masih sombong untuk sujud kepadaNya.
Allah tak pernah rugi kalau kita tak sujud kepadaNya.
tetapi kitalah yang paling rugi !
Solat merupakan tanda patuh dan syukur bagi setiap hambaNya,.

Ada orang diberi anggota cacat,
tapi masih bersujud dan bersyukur .
Kita ?
Allahu .


Allah bagi kita terlalu kurus , gemuk , hitam , pendek , tinggi , putih .
Ada orang  kurus dan mahu gemuk,
Ada orang gemuk mahu kurus .
Ada orang berkulit hitam mahu berkulit putih 
Ada orang pendek mahukan tinggi dan 
Ada orang berkulit putih mahukan berkulit hitam .


Sebab apa ?
Sebab tak bersyukur !
Manusia apabila diberi itu , mahu itu dan itu .
Mahu lagi dan lagi .
Sampai bila bila tak akan habis kalau tak reti syukur !

dalam al-Quran ada menyatakan bahawa
''Jika hambaKu bersyukur maka AkanKU tambah''.

Tapi jarang sekali yang tahu mensyukuri nikmatnya .
Aku ?
Aku masih golongan yang tak reti bersyukur.
aku dalam proses belajar mensyukuri,bersangka baik dan melihat dunia sebagai nilai dalam kehidupan.Inshallah .Moga -moga istiqomah.
Alhamdullillah .

Baiklah.
Buat masa ni dah rasa mata mengantuk.
Terima kasih kerana membaca !

(Ahad 2/7/2016 : 1.59 a.m)


No comments:

Post a Comment