Aku pernah mendengar sebaris kata,kata-kata ini tersemat di hati aku .
''seandainya kamu mencari pasangan hidup,ingatlah kamu sedang mencari seorang ibu untuk bakal anak-anakmu'' .
Aku senyum sendirian, tiada benda lain difikiran aku melainkan aku tukar ayat kpd
''seandainya kamu sedang mencari seorang suami,ingatlah bahawa kamu sedang mencari seorang ayah untuk bakal anak-anakmu''.
Sengeh lagi .
Boleh dikatakan, angan-anganku tinggi.Andai kata sebelum aku terjumpa sebaris kata ini,seperti sedia ada aku memang telah memikirkan tentang bakal anak-anak aku.
Aku bukan fikir soal wajah atau apa,aku cuma fikir
''mampukah aku mendidik anak-anak aku dengan baik di zaman yang penuh pancaroba?''
''bagaimana nasib anak-anak aku pada masa yang penuh dengan fitnah dunia''.
''agak-agak anak-anak aku kelak dalam keadaan aman untuk bergerak bebas ?''
Kadang-kadang aku fikir,aku perlu jadi yang terbaik untuk bakal anak-anak aku kelak,maksud aku aku mahu jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak aku.Aku mahu merancang yang terbaik,aku mahu mereka tidak pernah rasa terabai dengan kasih sayang dari aku,aku arghhh ! Tinggi betul angan-angan aku.Andai ibu aku tahu apa yang sedang aku angan-angan ni mesti dia fikir aku ni terlalu obses nak kahwin !
No ! Kadang kadang aku suka melayan fikiran aku diluar kotak bahawa hidup ini terlalu banyak sesuatu yang diluar jangka.
Ma pernah kata dekat aku suatu ketika dulu
''Nanti jodoh najihah mesti dengan ustaz.hehe''
''tok se ustaz ! tokse ! '' Masa tu sungguh sungguh aku katakan,yelah ketika itu aku tidak mengerti apa-apa.Sekarang macam mana ?
Buat masa sekarang kalau bicara about jodoh, sebenarnya aku tak kisah dia macam mana,bagi aku,penilaian aku sendiri title 'ustaz' belum menjamin seseorang ke syurga.
ye la aku bukan sedang menghina mana-mana pihak.
Okey,pendapat aku and apa yang aku fikir ni ye :
Aku telah berjumpa dengan ribu dan jutaan manusia tak kisah yang 'ustaz' 'ustazah' 'hafiz'hafizah' , 'rocker' 'rocky' ''seksi'' ''seksa'' dan etc yang sewaktu dengannya.Maksud aku lagi, banyak manusia aku sempat melihat,memerhati dan berkawan dengan mereka.Aku mempunyai kesimpulan aku sendiri.Aku tak kisah kalau pandangan aku ditolak,aku sekadar tulis apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa aku tak kisah kalau kita bercanggah pendapat.
Mungkin apabila mereka melihat sang ustaz/ustazah mereka akan tergila-gila nak buat calon pasangan mereka.Mungkin juga ibu ibu melihat mereka berkenan nak dibuat menantu.Boleh jadi sesiapa sahaja melebel pakaian sebagai penilain utama sebagai aspek pemilihan.
Ya.Tak dapat dinafikan lagi bahawa sejuk mata memandang andai yang pandai menjaga pakain dan diri.
''Salahkan saya,jangan salahkan kopiah/jilbab labuh saya seandainya saya buat salah''.
Aku pernah mendengar katakata ini dilemparkan seandainya mereka dipersalahkan oleh orang lain kononnya akhlak mereka tidak sejajar dengan pakaian mereka.
Aku pula jenis tak simpulkan seseorang daripada luaran semata-mata.Sebagaimana aku tak suka orang nilai aku negatif,sebegitu juga aku tak nak nilai mereka negatif.
''Tak sangka awak ni kelakar orangnye ye ''. Enough . Tak kisah orang nak nilai aku macam mana sebab at the end mereka akan kenal aku ni macam mana,so orang yang rapat je lah yang tahu aku ni macam mana,yang tak kenal aku akan terus judge sampai mereka bosan. Whatever .
Seseorang yang nampak elok pada luaran dan pakaian namun ia bukanlah jaminan seratus peratus akan keindahan dalamannya.Ada sebahagian kecil orang yang berserban,berjubah dan sering ke masjid, tetapi bersikap amat kasar terhadap isteri dan anak-anaknya samada melalui perkataan atau perbuatan.
Teringat pula pada sebaris kata rasulullah s.a.w ''Orang yang terbaik dalam kalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya'' .
Ehem ! Ehem ! Terbatuk je . Malu pula rasa nak menaip . haha .
Okey sambung lagi .
Tidak semua ustaz/ustazah mengamalkan ilmu agama yang diajar.Tetapi beruntung bagi yang mengamalkan.
Dalam pemilihan calon,rata rata mereka menilai aspek luaran samada rupa paras,bentuk tubuh dan sebagainya.Bagi aku sebagaimana aku nilai seseorang cukup mengenali mereka dulu sebelum aku nilai perangai mereka begitu jugalah aku mahu menilai seseorang.Bagi aku,andai baik akhlaknya,maka cantik/handsomelah dia.Andai buruk akhlaknya,maka buruklah dia.
Secantik mana kamu,sehandsome mana kamu .
Andai percakapanmu sibuk memperkatakan keburukan,keaiban dan kejahatan orang lain,bercakap menyakitkan hati dan tingkah laku yang membuat orang sekeliling tidak menyegani maka kamu bukan cantik . Tak kisahlah andai dunia mengiktiraf kamu makhluk tercantik .
Ini apa yang aku nilai dan tafsirkan tentang kecantikkan dan kehandsome seseorang.Bagi aku juga,setiap manusia ada kecantikkan dan kelebihan mereka tersendiri.Aku percaya bahawa Allah itu Maha Adil dalam tiap-tiap sesuatu,walaupun satu perkara tidak terlepas daripada PengetahuanNya. Subhanallah .
Jadi, seandainya kamu nak cakap orang tu kekurangan disitu,orang itu kekurangan disitu.Lebih baik aku diamkan,sebab aku juga manusia,boleh jadi kamu juga akan memperkatakan buruk tentang aku !Cuba pegang cermin , tengok wajah kita. Ya, boleh jadi cantik di cermin , bagaimana pula dengan cerminan hati ? Tidak nampak ? kabur ? Tidak jelas atau gelap?
Setiap kali aku tersasul , terkata, ter dan ter . Aku cuba menghina diri aku sendiri . allah ! Siapa aku nak menghina makhluk ciptaan Tuhan ? Aku lupa diri dan tidak sedar bahawa diri ini juga dengan 1001 kekurangan . Manusia tidak ada yang sempurna.Kita cuba letak situasi kita di tempat mereka agar kita menyedari yang kita manusia .
Back to the main point :
Jodoh .
Aku tak kisah dia macam mana, tetapi kalau boleh bakal suami kepada anak anak aku.
Jaga Solatnya , tak semestinya dia seorang ustaz ! Orangnya cukup biasa biasa aku dah syukur yang penting dia nak belajar dan mendalami ilmu , dia nak jaga solat dan dia mampu membimbing anak-anak aku kelak,memberi nasihat buat anak-anak aku dan mengerti tujuan perkahwinan dan kehidupan. *Kita akan membina sebuah mahligai Cinta yang bahagia hingga ke syurga . Insha Allah.
Eh , kuat betul aku meroyan. haha .
Aku mahu berkahwin dan memahami kaedah yang betul untuk bahagia.Aku tidak mahu perkahwinan aku menjadi penjara Cinta yang menyesakkan dada.Dipertahankan hanya kerana kasihan . Anak-anak pula tertekan melihat ibu bapa mereka tidak berkasih sayang.Oleh itu,aku simpulkan bahawa usaha kearah bahagia bermula daripada pemilihan pasangan yang tepat.
Aku mahu insan terpelihara.Aku tidak mahu berkahwin dengan mereka sebab sebab murahan seperti ''terlanjur cinta'', ''kasihan'' , ''puas hidup membujang'' atau ''desakan sesiapa''.
Tidak kisah latar belakang seseorang macam mana,yang penting dia perlu mempunyai matlamat yang jelas . Bahagia itu apabila agama disaluti bersama,aku bukan cuba katakan aku solehah.Tidak ! malahan aku sedang belajar mendalami,belajar dan belajar tambahi apa yang perlu agar aku mempunyai pegangan kelak.
Aku . Kau . Kita .
Perlu sama-sama ,
Belajar . Beramal . Istiqomah .
Ameen . Insha allah .
No comments:
Post a Comment