Kadang-kadang kata-kata kita menghiris hati orang lain tanpa sedar, aku sendiri tak dapat nafi ada masa aku bercakap mungkin juga menghiris perasaan orang lain tanpa aku sedari, bila fikir balik, aku tak patut kata begitu walaupun niat aku hanya bergurau.
Manusia, ada hati yang lembut bukan keras seperti kaki . Ingat tu .
allahu.
''Eleh, result awak dapat begitu, saya yang selalu tidur/main time belajar pun dapat result same macam awak''.
Sebenarnya apa yang awak cuba nak sampaikan ?
Nak cakap awak ni hebat sebab hanya main-main tapi result same dengan orang yang tekun belajar ?
Awak nak cakap orang yang usaha sungguh-sungguh ni dungu/bodoh ?
atau awak nak cakap mereka ni tak ada keberkatan dalam pelajaran ?
Mungkin dia belajar sungguh-sungguh untuk berapa ketika tapi time Exam dia sakit atau lain-lain.
Mungkin dia belajar sungguh-sungguh tetapi time Exam dia gugup dan hilang tumpuan ,
Ya. Kita sudah siapkan bekalan untuk berperang, namun pada hari peperangan kita tak dapat jangka apa yang berlaku.
Tapi, manusia tak fikir begitu. Manusia hanya nak tahu keputusan sebenar peperangan, kalah atau menang. manusia akan kata macam-macam bagi mereka yang tewas dalam pertempuran tetapi manusia tidak mengetahui punca dan sebab kejatuhan tersebut.
Opss. Termasuk fakta sejarah pula _'_
Alright. Rezeki Allah tu Maha Luas .
Kita jangan pula persoalkan rezeki orang lain, mereka tak dapat baik macam rezeki yang korang dapat, jangan sesekali persoalkan tentang mereka, kenapa dapat begitu, kenapa dapat begitu seolah-olah persoalkan rezeki yang allah bagi.
Apa yang berlaku ada sebab dan asbab mereka.
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Alhamdullillah dengan apa yang aku ada,
Terima Kasih Tuhan walaupun kadangkala aku persoalkan KetentuanMu
Allahu .
No comments:
Post a Comment