Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

24 February, 2016

Pasrah segalanya


Pernah hati ini terguris, dengan fitnah dan tomahan menghiris..
Sehingga terasa diri ini hina, kerna tiada siapa yang sudi membela..
ku tabahikan hatiku hanrungi hidup, biarpun tiada siapa yang menemani,
keseorangan aku dilaluan sepi, ditinggalkan mereka yang ku percayai..

Namunku tahu, ada hikmahnya  setiap segala yang menimpa diri,
ku serahkan segala padaMu Tuhan, yang Berkuasa jua Mencipta.
Kerna Engkau Maha Mengetahui segala apa yang terbuku di Hati .


 Setiap kali aku banyak fikir, rutin aku jadi terganggu. Terlalu banyak benda yang bermain di fikiran aku.  Aku buntu. See ? Buat kali ke berapa aku tewas dengan pergaduhan dengan perasaan aku sendiri sehingga membawa aku kepada kemurungan.

  Bila aku sedih, aku tak minta banyak.  Aku harap mereka semua faham aku, apa yang aku rasa, sokong aku.  Tapi , bila aku buka mata, aku sedar yang itu adalah mustahil.
Mustahil manusia akan faham apa yang ada didada, sebab manusia adalah penghukum . Manusia menghukum berdasarkan apa yang mereka lihat, mereka tidak tahu apa-apa.
 Manusia sibuk memperkatakan itu dan ini seolah-olah mereka cukup tahu, kenal kita, hakikatnya ?

NOTHING! NOTHING ! NOTHING !

Sudah lah berlagak seolah-olah kau tahu tentang aku, kau tahu banyak perkara yang berlaku, kemudian kau mulai mengarang dan menyebarkan tentang aku.
Padahal, fakta kau salah dan kau hanya mengarang sebuah cerita yang sia-sia dan semestinya menyakiti aku.

Kenapa ?
Aku disini, langsung tidak kisah tentang kau semua,
tapi kenapa kau terlalu 'perhatian' tentang aku?
Mungkin hidup aku lebih indah ?

Buat masa ni, aku mahu menangis sepuasnya, aku mahu melepaskan apa yang terpendam dihati,
aku tak dapat membendung sesak didada, meskipun tiada siapa yang ada disisi aku, Tuhan ada. Setia. Selalu. Sentiasa . untuk aku.

Ma, saya selalu ketawa, bergurau dan cerita sesuatu yang menimpa diri kepada ma.
Ma selalu pesan ''Biarlah, Pedulilah mereka. Bergantung hanya pada Tuhan''.
Ma kata, aku gadis kuat , gadis yang kelakar, manja dan  gadis yang ma tak dapat nak olah, tapi ma tak tahu, setiap kali saya ada masalah, saya tak kuat ma, saya tak seperti  ma fikir. Saya cuma tak nak tunjuk dekat ma betapa lemahnya saya,
Saya tak nak ma kecewa , saya tak kuat ma .

Ya Allah, Engkau Lindungilah aku, bekalkanlah daku dengan Limpahan Iman,
agar Tabahku mengharungi dugaan dan tidak berhenti di pertengahan.

Ya Rabbi, aku tidak tahu apa percaturanMu kali ini,
Yang aku tahu, aku lemah.
Aku tak cukup kuat nak hadap semua ni,
Aku tahu Engkau tidak akan membebani sesuatu beban yang tidak mampu hambaMu pikulkan tapi buat masa ni, aku tewas melawan perasaan lemah aku.

Aku harap , aku dapat bangkit.
Terukir senyum seperti sedia kala,seolah-olah tiada masalah yang pernah wujud.
Mungkin sebab itu , aku dihadiahi sepasang lesung pipit oleh Kekasihku.

Aku patut teruskan perjalanan aku,biarkan manusia dengan kesimpulan mereka.,
At the end, aku akan lemah dan lemah apabila mendengar kata manusia yang menyakitkan,
aku perlu hidup , berjalan dan hiraukan manusia.
Cukup yang betul-betul ada, kenal dan tahu ada disisi .
Biarlah apa manusia nak kata, yang penting kita tak memperkatakan diri sendiri.

Pesan ma lagi,

''Jadi diri sendiri, yang betul betul akan kekal disisi kita, kalau yang tak seberapa baik akan tinggalkan kita.''.

Kini disini aku berdiri bersama harapan yang tulus suci ,
agar terbit kembali mentari pagi,
setelah malam ku berkalut benci .


No comments:

Post a Comment