Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

29 February, 2016

Cabang kehidupan

Kecantikan rupa paras akan pudar ditelan usia.  Jika kau letakkan Cinta itu pada kemulusan , wajahnya, kasihan dia, dia pasti akan kecewa setip kali ditumbuhi jerawat.  Jika kau letakkan Cinta pada rampingnya pinggannya nescaya dia tidak mahu beranak kerana takut gemuk.  Kau juga yang kasihan.

  Wajah cuma sekeping kulit yang dilekatkan.  Hakikatnya semua sama sahaja jika sekeping kulit itu dimamah tanah di dalam liang lahad.  Islam mempunyai kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikkan yang sebenar.  Sudah tentu pada agama dan akhlak.

k ingat pesan Nabi :

''Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikkannya, kerana mungkin kecantikkan itu boleh merosakannya.  Janganlah engkau menikahi seorang wanita kerna hartanya, boleh jadi hartanya itu membuatnya melampaui batas.  Akan tetapi nikahilah wanita ini kerana agamanya, seorang wanita yang sumbing lagi hitam tetapi beragama adalah lebih utama.'' (Riwayat Ibnu Majah)

''Aku bukanlah seorang yang alim dalam bidang agama.  Bahkan ilmu agama di dadaku sentiasa haus bak musafir di sahara''.

Aku mahu menjadi seorang wanita yang penuh dengan sifat kelembutan dan kesopanan, sabar melayani karenah bakal anak-anakku.  Tidak mendera emosi mereka dengan kata-kata yang kasar.  Sentiasa memaniskan wajah.  Tidak pemarah dan sentiasa memberi nasihat yang baik tanpa jemu-jemu.

Kata Rasulullah S.A.W,  ''Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia iaitu memiliki isteri solehah,  rumah yang bagus,  jiran yang baik dan kenderaan yang bagus''.(Riwayat Ibnu Hibban).

Semua faktor tersebut memerlukan persediaan ekonomi.  Kata orang duit bukan segala-galanya.  Namun segala-galanya memerlukan duit.


Aku mungkin kelihatan tertutup dari segala segi.  Hakikatnya, aku seorang gadis kecil yang mempunyai suatu cita-cita yang amat besar.  Ma selalu cakap, jangan terlalu berangan-angan,  kelak seperti cerita angan-angan mat jening yang hanya tahu berkhayal tetapi tak ada apa-apa''.
Ye.  Kadang-kadang, aku suka berfikir dan melayan akal aku sehingga aku akan tersenyum sendirian.eh ? Kantoi.

  Bila aku berkhayal,  dalam khayalan aku mahu usahakan banyak benda agar aku dapat miliki.  aku mahu berdikari dan mempunyai karier yang jelas.  Aku tidak mahu bergantung harap pada manusia,  hakikatnya ianya menyakitkan.  Aku perlu kuatkan diri aku agar dapatku serahkan Kebergantunganku hanya untuk Dia (Tuhan)..  Saat aku pernah merasa kehilangan, aku sedar satu-satunya yang ada disisi Aku adalah Tuhan.  Dia yang setia mendengar keluhan, luahan dan tangisan aku di setiap sujud. Yang tak pernah jemu Mendengar luahan aku,  tangisan aku meskipun tiada siapa yang tahu.  Namun Dia, setia. Selalu. Sentiasa untuk aku.

  Bila aku mulai belajar/jatuh Cinta pada makhluk CiptaanMu, aku mulai menyimpan angan-angan agar dapat aku dan dia membina sebuah impian yang sama seperti yang aku impikan.  Bila aku di uji, aku mulai sedar bahawa pemilik sebenar Cintaku adalah Dia (Tuhan).

Bila aku persoalkan, kenapa Tuhan hanya bagi perasaan ini sekejap?  Mengapa aku dipertemukan dengan orang yang salah dimana aku menyangka dia adalah pilihanku yang tepat?  Mengapa mesti aku diuji dengan perasaan yang menyakitkan ini?

Aku terjumpa banyak kata-kata , mungkin menjawab persoalan disebalik pertanyaan aku.

'' Tuhan bagi perasaan ini sekejap sahaja agar engkau tidak terusan mencintai orang yang salah,  Allah tak mahu awak bazirkan nilai Cinta bukan pada jodoh awak, sebab itu Allah cepat-cepat kecewakan awak agar awak tidak terus terusan mencintai orang yang salah''.

''Allah mempertemukan awak dengan orang yang salah, Allah nak awak belajar bahawa manusia ini banyak ragamnya, tak semua seperti yang awak impikan.  Dia nak awak sesuaikan diri dan lebih memahami''.

''Allah uji awak dengan perasaan yang menyakitkan.  Allah nak awak sedar bahawa kebergantungan awak yang sebenar hanya pada Allah bukan pada manusia.  Manusia akan pergi mengecewakan dan meninggalkan awak.  Allah tidak akan pernah mengecewakan dan meninggalkan awak.  Hanya Dia . Setia.  Selalu.  sentiasa . Untuk Awak ''.


Terima Kasih, Tuhan.
Mungkin diluar sana, telah ramai disesatkan dihanyutkan sehingga meninggalkanMu.
Aku bersyukur disini , Aku masih dalam genggamanMu.
Aku harap, aku sentiasa berada dalam PelukanMu.

Cemburu.
Aku seorang yang penyayang dan kuat cemburu.
kadang-kadang, aku  cemburu melihat orang yang aku sayang rapat dengan orang lain.
Such as, Ibu bapa aku bergurau dengan adik beradik aku, kawan baik aku mesra dengan orang lain dan insan yang aku tersuka/tercinta rapat dengan orang lain.

Teringat pula aku tentang kisah Saidatina Aisyah, yang mencemburui tentang Isteri rasulullah S.A.W yang pertama iaitu Saidatina Khadijah.
 Maknanya apa ?
Fitrah, sayang. Fitrah .
Cemburu itu biasa, namun perlu dibatasi dengan akal dan iman.

*Masih dalam proses melatih agar cemburu aku berbatas*

Terlalu banyak kisah cemburu yang menuntut kita ke kehancuran.
Bila aku bercakap tentang kisah cemburu ibu bapa aku bergurau dengan adik-beradikku.  Aku mulai teringat kisah Nabi Yusof A.S,  ingat tak kedua abangnya yang cuba membuangnya kerana terlalu cemburu ayahnya rapat dengan Nabi Yusof A.S.?

Maka , aku simpulkan aku tidak mahu menjadi golongan yang tidak baik.
BIla aku makin besar, aku mulai sedar dan bersyukur sewajarnya ibu bapa aku juga bergurau dengan adik beradik aku yang lain seperti mana ibu bapa ku mesra dengan aku.  *selalu je aku nak lebih* ehehe,.

Bila aku cemburu pada insan yang aku punya perasaan,  aku perlu tarbiah diri menyedari hakikat.
Aku tak punya apa-apa, wajarlah kalau engkau dengan orang lain.  andai kau mahu meninggalkan aku, ya,  Wajar sebab aku merasakan aku tidak punya apa-apa.  wajarlah kau dapat yang lebih baik.

See? aku bukan bagi ayat ehsan.  Tetapi, aku sudah penat bergaduh dengan perasaan aku.
aku ambil masa dan fikir, buat apa aku nak bersedih.
My ma cakap,  ''Jadi diri sendiri, yang betul betul layak buat kita akan setia dan sentiasa bersama kita apa jua yang berlaku''.  Jadi, bila ada yang datang kemudian pergi dari hidup aku, aku perlu bersiap sedia untuk redha dan menerima.  Sebab apa ?  Sebab, yang ada waktu kita susah atau tak punya apa-apa . Itulah sebenarnya yang layak aku hargai.

Aku mahu mendaki dari setangga ke setangga dalam tingkat kehidupan aku,
aku mulai sedar, disetiap tangga yang aku jejaki, pelbagai ragam manusia akan aku temui.
Aku tak boleh mendidik diri aku bersandang pada manusia yang ada,
Bahkan aku perlu belajar mendaki tanpa sesiapa, mendaki hanya kepada Tuhan.
Waktu ini, andai aku tergelincir, aku tak ada harap sangat dekat manusia untuk pegang tangan aku.
Sebab, aku Punya Tuhan.


sabar.ikhlas.redha.
Itu Islam. 

No comments:

Post a Comment