Maksiat itu...
Mungkin apabila menyebut maksiat, orang akan membayangi ianya zina .
Bagi aku maksiat itu satu dosa, setiap dosa yang dilakukan merupakan suatu maksiat kepada Tuhan.
Melakukan dosa besar bahkan dosa kecil juga merupakan maksiat.
Maksiat kepada sang pencipta..
Sebagai manusia, aku akui, aku terlalu banyak dosa bahkan mungkin melebihi bilangan pepasir dipantai. Aku tidak mampu menghitung dosa-dosa yang aku lakukan.
Aku pernah cakap, hidup ini cukup sekadar Allah yang Mengetahui setiap sesuatu meskipun dunia melabel kita dengan pelbagai andaian dan tomahan.
Bagi aku, cukup Allah Mengetahui tentang aku. Malahan Dia Lebih Mengetahui sebelum aku tentang aku..
Acap kali aku terleka dengan dunia, betapa indahnya sebuah tawa dan senyuman.
Tanpa sedar, ianya tercalit dengan dosa, sehingga meninggalkan kesan hitam di hati..
Allahu.
suatu ketika , aku pernah teguh dalam pendirian, hebat dalam mempertahankan pegangan,
dalam sekelip mata, bila Tuhan menguji, aku rebah .
Dimana perginya sebuah pendirian ? Sebuah pegangan ?.,
Apabila Allah menguji aku,
Macam macam aku alaskan kononnya ''Tak apa, sekadar mengajar (memberi ilmu),'' , ''kawan'' dan lain lain ..
Tanpa sedar , aku gembira dengan maksiat yang aku lakukan . Maksiat itu tak semestinya berpegangan, bersentuhan dan lain lain.. Bagi aku, andai aku tak bijak menjaga diri , batas pergaulan, Ya . Itu maksiat .. *Bagi aku*
Mana perginya aku ? Mana hilangnya diri aku ?
Allah. sedihnya aku rasa saat ini sehingga aku tidak dapat menyeka air mata .
Lemahnya aku, tewasnya aku..
Aku mahu aku yang dulu .
Aku mahu aku..
Meskipun bukan maksiat sebenar seperti yang ditafsirkan (zina , bersentuhan dan lain lain),
mungkin dengan dosa kecil .. dosa kecil .. yang berkumpul menjadi titik titik hitam..
aku mahu tanya ..
Mana perginya tahajud ?
Mana perginya bacaan tafsiran al-quran ?
Sedekah ?
Mana perginya kamu ?
Aku rindu seorang gadis kecil bernama Najihah .
Sangat.. Sangat .. aku rindu ..
Buat diri ,
Tolong kembali najihah yang suatu ketika dahulu ..
Mungkin kembalinya kamu dengan dunia kamu, kamu akan kehilangan insan insan yang ada dengan kamu sekarang..
Satu pesanku, ''najihah harus kuat '' , '' najihah tak boleh manja'' , '' najihah tak boleh lemah''..
Suatu hari nanti, najihah akan berkata dengan bangga '' aku berjaya lakukan''..
Maksiat itu manis pada awalnya, namun hanya sementara..
Ikhtilat itu agak menguji kita namun sesungguhnya itulah yang terbaik disisi Allah.
Kekasih sebenar..
Mahu Cinta Allah atau Cinta manusia dulu ?
Ingat .. Cari Allah dulu, bercinta dengan Allah dulu, kemudian barulah Cinta akan makhluk ciptaan Allah. jangan sesekali Cintakan makhluk ciptaan Allah melebihi Cintamu pada Allah.
Ingat .
yang setia. selalu. sentiasa.
Hanya Dia . Allah .
:)
No comments:
Post a Comment