Tika ini aku tidak dapat menghuraikan dan menggambarkan apa yang aku rasa,
yang pastinya aku dirundum sedih tanpa aku mengetahui apa punyanya,
seseorang pernah berkata , seolah-olah hidup aku tidak ada masalah, aku seolah hidup, senyum, tawa dan bahagia.
Aku senyum..
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada,
Dalam kesibukan orang meminta lagi dan lagi,
aku juga manusia biasa tidak dapat dinafikan aku akan terus meminta dengan Pencipta lagi dan lagi,
cuma bezanya diantara aku meminta, aku bersyukur atau tidak dengan nikmat yang sedia ada ?
Terlalu memandang akan keindahan dihadapan membuat kita terlupa menoleh di belakang betapa banyaknya nikmat anugerah yang Ilahi berikan..
Alhamdullillah..
Dalam Al-Quran berapa kali Allah tanya;
''Maka, nikmat TuhanMu yang manakah yang Engkau dustakan?''.
Banyak. Sungguh. Banyak sangat nikmat yang aku terlepas untuk mensyukuri..
Aku di randum kesedihan lagi. Perasaan sedih ini akan selalu datang , bezanya ada masa aku melayani perasaan sedih ini sehingga aku menangis, hilang fokus dan sangat lemah..
Bila aku gagal kawal perasaan sedih ini, Allah. Betapa lemahnya diri aku yang manusia tidak akan dapat membayangkan berdasarkan perwatakan yang aku pernah tonjolkan..
Entah. Aku gadis kuat kata mereka.
Mungkin juga di gelar gadis matang .
Namun, sehingga di tahap ini, aku pernah diuji dengan dasyatnya dalam hidup.
bezanya, aku pemendam. Bagi aku, semakin Allah Sayang, Allah Uji.. Ujian akan mematangkan aku,Allah nak aku matang, Allah dah tuliskan aturan yang terbaik untuk aku, Insha allah. Yang penting aku perlu yakin dengan Allah. Allah Dah Susun Cantik-Cantik.
Allah bagi sekeping hati buat aku, dengan sekeping hati ini, aku mahu menjaga , Oh betapa hati ini saling berkait dengan mata, apabila hati ini dirundum kecewa, kesedihan dan yang lain pastinya, air mata cukup bagi menggambarkan apa yang aku rasa..
Aku minta diri ..
No comments:
Post a Comment