Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

24 April, 2016

Ibrah dalam Kehidupan


 Hari ini aku berjalan sendirian, saje aku mahu meluangkan masa buat diri aku..
Allah telah hantar 'ujian' buat aku, mungkin mahu aku ambil masa sejenak dan berfikir.
Dalam kesibukan aku menyoal diri ''Kenapa berlaku begini dan begini ?'' , ''kenapa sampai macam ni?'' aku mempersoalkan takdir, aku lupa yang merancang, yang menentu adalah Dia...

Apabila aku mulai menyedari bahawa Allah sebenarnya sangat sangat dekat dengan aku, aku mulai sedar, apabila aku mulai terleka, Allah akan menghantarkan pelbagai orang dengan pelbagai cara, mungkin untuk menjentik aku agar tersedar..

Allah. kadangkala aku tidak mengendahkan teguran Dia. Aku mengikut hawa nafsu, aku membutakan keadaan dengan mempekakkan telinga.  Bila terasa semakin jauh dengan Dia, dada aku sesak, aku rasa lemas dengan dunia ini, aku mulai mencari Dia. Puas aku mencari namun aku tidak menemuinya dengan mudah, Marahkah Tuhan pada aku ?
Dan disaat ketenangan yang aku rasakan adalah ketika aku mengadu padaNya di tengah malam, ketika HambaNya sedang asyik diulit mimpi. Ya. Ketenangan ini yang aku dambakan.

Dan ketenangan ini aku tidak akan temui dengan pelbagai cara sekiranya Dia tidak mahu menemui aku didalam Tahajud samada membuat aku tertidur sehingga subuh,  

lalu aku menyoal diri ''Dosa apa yang aku lakukan sehingga Allah tidak mahu melihat aku bertahajud ?''...

Benar kata orang, selagi kita letak kebergantungan kita pada Tuhan, datang aral yang melintang kita tetap berani mengorak langkah..
Disaat aku terasa aku kian jauh daripada pelukan Ilahi, aku dapati perjalanan langkahku susah, kehidupan aku tidak terurus dan benda yang kecil terasa payah.. Baru kusedar bahawa pemilik kebahagian ada padaNya..


Saat Cinta yang ku rasakan adalah ketika aku meluah apa yang ada didada aku dengan penuh rasa hamba, dengan penuh rasa berserah diri.. Ketika ini aku temui Cinta . Allah tidak pernah jauh bahkan sangat dekat, cuma aku  yang tidak mencarinya..

Ya. Solat 5 Fardu dijaga . Tetapi apalah sangat jika aku hanya menghadirkan jasad bukan hati?
Ya. Ada yang cakap,mustahil seseorang mampu menjaga hal-hal yang lain andai solat yang remeh tidak dijaga..
Ya. Aku sangat sangat setuju.. Ma aku selalu pesan, walaupun perangai kita tak baik, bagaimana sekalipun jaga solat, ia merupakan tiang agama, penghubung kita dengan Pencipta dan Solatlah dapat membezakan kita muslim atau sebaliknya..

Bagaimana pula kalau mereka yang solat tetapi perangai yang tak baik ?
Perihal ini aku boleh katakan, solat merupakan asas islam. Solat.
Hukum ini tidak perlu dipertikaikan, apa yang penting belajar istiqomah dengan solat, belajar baiki dan mendalami ilmu . Insha allah, Allah akan menjawab persoalan-persoalan kita.


Aku bukan berdakwah, bukan pula menasihati.
Bahkan aku merasakan aku tidak layak,
dalam alam manusia, bila kita mulai bercakap sesuatu yang baik, manusia akan menghukum kita dengan kekurangan lain yang ada pada kita..

''Lihat pada apa yang disampaikan, bukan siapa yang menyampai''.

Mungkin Allah hantar seseorang dalam hidup kita, dengan membuat pelbagai rasa dalam hidup kita merupakan cara Dia mahu berbicara dengan Kita. Siapa tahu ?


Aku syukur dengan apa saja yang pernah berlaku walaupun ketika ia berlaku perkara itu sangat sangat menyakiti aku, membuat aku menangis dan lemah.  Namun, apabila suatu hari , bila aku toleh ke belakang , aku bersyukur banyak benda yang aku belajar.. Terima kasih, Tuhan..

Namun tidak pula aku menyimpan dendam, aku tidak tahu. Tetapi, aku jatuh Cinta dengan diri aku. Diri aku yang mana aku tidak menyimpan dendam pada orang yang pernah menyakiti aku.
Ya, ada masa aku marah, kecewa dengan insan yang pernah melukakan hati aku dengan Maha Dasyatnya.. Tetapi kalau disimpan ditahap benci, itu bukan aku.. Kalau aku marah, aku sekejap saja, kemudian aku akan sejuk, tetapi kalau dah banyak kali berlaku, aku mungkin akan mulai tidak peduli lagi dan buat urusan aku, buat sesuatu yang membuat aku gembira. Lupakan benda menyesakkan dada. Move on .


''sebab kau selalu bagi muka, tu orang pijak-pijak kau !!'' .
''sampai bila nak jadi bodoh? Aku ingat dalam drama je, ade orang perangai macam ni, tak sangka kau pun bodoh macam watak dalam drama'' .. Aku terdiam ..

Aku bukan bodoh, bukan pula tiada perasaan. kadang-kadang bagi aku, diam tu lebih baik, dengan cara diam banyak pintu fitnah, pintu dosa dapat ditutup.. Mereka nak berbunyi , biarkan mereka. Yang penting, aku ada Tuhan. Setia. Selalu. Sentiasa. untuk aku..
Mungkin kau lupa kisah-kisah yang termaktub didalam Al-Quran, terutama kisah Yusof A.S , ketika beliau di fitnah dan dimasukkan didalam penjara yang menyeksakan, tahu tak apa yang di doakan ?

"Ya Allah, sesungguhnya penjara itu lebih baik, daripada berada bersama manusia PENDUSTA''

Aku bukan baik, jauh sekali .. aku banyak kesilapan dan kelekaan, aku juga punya kelemahan, dan aku harap manusia tidak menggunakan titik kelemahan yang ada pada aku.
Aku bukan bodoh, bukan pula penakut dan pengecut tetapi aku rasa aku selesa begini.
Ini cara aku, suatu hari nanti.. Aku yakin, Allah tak pernah kejam, Dia tahu. 


Cara aku begini, kelemahan aku begitu.
Aku tak sempurna, aku bukan Tuhan yang berkuasa untuk menghukum.
Aku adalah manusia, aku tidak layak ambil Kuasa Tuhan untuk menghukum,
Aku seorang Hamba .

No comments:

Post a Comment