Aku masih dalam pencarian secebis agama Ilahi, dalam pencarian juga aku sering leka, lupa mungkin kerna tiada istiqomah dalam amal..
Bukan aku tidak mahu kongsikan apa yang aku tahu melalui status, atau di ''paste'' di group-group di media sosial, tetapi bagi aku, aku masih tidak layak bicara soal agama , bukan maksud aku menyatakan orang yang bercakap agama sudah sedia layak atau lain-lain..
Aku perincilkan lagi, sebagai contoh; Apabila aku bercakap soal agama itu dan ini , sekian dan sekian, suatu hari aku di uji dengan Ujian yang mana mungkin aku telah hilang pertimbangan akal , kemudian aku bertindak diluar diri , agak-agak apa bagaimana kata masyarakat ? Adakah bunyinya begini :
'' Si fulan tak sengaja tu, si fulan baik je sebelum ni. Mungkin ada masalah''
''Si Fulan tak sengaja tu , dia tu manusia juga''
Tak . Tak . Manusia tak cakap macam tu tapi bunyinya
''Cakap pasal agama sampai seolah-olah semua ilmu dia tahu, tapi time kene dekat batang hidung, macam ni cara kau tangani masalah ?''
'' Cakap pasal agama kemain, tapi perangai macam erghh .. MUNAFIK !!''
''Tak padan dengan BERKOPIAH/BERSERBAN/JILBAB LABUH/BUDAK AGAMA tapi perangai mengalahkan IBLIS''..
Dulunya ya, aku tak suka dengar perkataan sedemikian kerna sepatutnya salahkan perangai mereka bukan pakaian mereka , sekurangnya mereka telah berusaha menutupi apa yang patut, kan ?
Namun mentality masyarakat bukan begitu, nilai pakaian itu sungguh suci dan merupakan lambang mulia seseorang, sifat pula mencerminkan keperibadian si pemakai, andai alim mana pakaian, bercakap menyakiti hati, ikhtilat ke laut dan so on, orang pandang pakaian sebagai tiada apa-apa.
.
Dalam hidup ni, Allah letak aku dalam pelbagai situasi, dalam kepelbagaian situasi yang pernah rasa sakit, sedih , kecewa dan sebagainya yang buat aku tak mahu bangun lagi, namun suatu hari aku syukur Allah pernah letakkan aku di suatu situasi yang dulunya aku tak mahu... Banyak dan terlalu banyak pengalaman yang aku pernah lalui membuat aku rasa banyak benda aku belajar...
Orang cakap ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah, sebelum menuding jari dekat orang lain better aku tanya diri, ilmu aku sudah aku amalkan belum ?
aku tidak berani perkatakan soal agama, ya , sekadar belajar dan amal secara perlahan-lahan, aku tidak mahu aku berubah secara drastik dimana melakukan perubahan secara mendadak, kelak aku takut aku tinggalkan secara terus.. Lebih baik aku belajar perlahan-lahan dan istiqomah secara perlahan-lahan, bila aku mulai istiqomah, insha allah aku akan beralih kepada ilmu yang baru..
Aku belajar menjadi penyabar, sungguh aku boleh katakan bahawa sangat sangat mencabar dan menguji kesabaran aku dalam banyak hal .. Aku cuba melatih diri aku memaafkan orang lain saat hati aku disakiti , tersenyum disaat menerima cacian dan bijak menangani permasalahan..
Suatu hari, bila aku diasak oleh pelbagai ujian dalam suatu masa, aku mulai menyedari kesabaran aku sangat-sangat teruji sehingga aku terfikir aku mahu menghadapi permasalahan ini di luar batasan akal agar mereka tahu aku juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan, diam aku bukan bermakna lemah, tetapi aku cukup merasakan ''aku tidak mahu melayani perkara bodoh,'' perkara yang mana kebenarannya ada pada Aku dan Allah cukup-cukup mengetahui situasi sebenar... Apabila aku diam, orang menyangka aku mengalah, hakikatnya aku penat dan aku mahu mengalah agar aku dapat teruskan hidup dengan aman dan damai, terlalu banyak perkara lain yang memerlukan aku untuk diberi tumpuan..
Aku banyak menangis atas sesuatu perkara yang aku tidak salah, hati aku banyak dilukai dengan dasyatnya, aku diuji dan diuji. Aku banyak memohon maaf atas kesalahan yang tidak aku lakukan. mereka menyangka aku memohon maaf tanda aku yang bersalah, hakikatnya aku tidak mahu memperbesarkan masalah.. Aku membuang rasa ego dengan meminta maaf atas kesalahan yang bukan aku lakukan..
Suatu hari, apabila masalah melanda, kesalahan juga bukan kesalahan aku lakukan, aku sangat kecewa dan tawar hati .. Sehingga aku memujuk diri , aku keraskan hati , aku diamkan diri, aku langsung tidak ''meminta maaf'' .. kernahati aku diremuk dengan dasyatnya..
Ma aku selalu pesan, ''Hidup ni kene banyak sangat sabar, biarlah manusia nak kata apa, biar dia buat kita jangan sesekali kita balas balik'' .. tetapi suatu hari, bila aku sangat-sangat down, aku cerita dekat ma dengan menangis-nangis .. Aku nampak wajah sebak ma aku, mungkin seorang ibu cukup cukup memahami anaknya.. Tahu apa yang ma aku katakan ?
''Sampai bila nak bagi muka ? Bukan sekali dua. Sebab terlalu bagi muka manusia ambil kesempatan atas ketolak ansuran kamu '' ..
Aku diam.. Aku cuba menjauhkan diri dengan sekeliling , aku tawar hati dan fade up .
Bila suatu hari , aku muhasabah diri , aku fikir fikir , aku manusia , aku bukan tuhan yang berhak menghukum orang lain.. Aku kemudian tetap memaafkan, meski sakit yang aku rasakan , meski perit ujian yang pernah manusia berikan, kata-kata yang aku dapat..
Aku maafkan , aku move forwards . Benar . Hati lebih tenang apabila kita memaafkan.. Memandang sesuatu dengan Kasih sayang .. Namun tak bermakna aku lupakan, aku belajar sesuatu . Aku terima pengajaran dan aku mahu lebih berhati - hati dalam apa jua situasi , Insha allah .
Terlalu banyak perkara yang pernah aku alami membuat aku malas nak perbesarkan sekadar diamkan diri dan teruskan hidup ... Masih banyak perkara lain yang perlu aku beri tumpuan .. Sungguh .
No comments:
Post a Comment