Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

23 June, 2016

Kebahagiaan itu

Suatu hari , aku terbangun daripada tidur. Aku senyum sendirian, senyum yang tidak mampu aku ungkapkan, aku ucap syukur pada Ilahi. Senyuman aku seolah-olah aku tidak pernah melalui apa-apa kesukaran, keperitan dalam hidup.  Senyuman bukan tanda kebahagiaan, tetapi rasa seperti permulaan baru..

 suatu hari nanti, aku pasti akan bahagia setelah segala kesusahan dan kepayahan yang pernah aku lalui sehingga aku akan lupa betapa pedihnya rasa sakit ..

Dahulunya aku selalu berlemah lembut dengan banyak perkara, bertolak ansur dan memaafkan mereka yang menyakiti aku , sama ada perkataan mahupun perbuatan.  Puas aku menangis betapa lemahnya aku rasa.. Bukan sekali, bukan dua kali malah tidak terhintung sakitnya.  Kata orang, kita akan dapat balik apa yang kita pernah buat, mungkin kesakitan yang pernah aku dapat disebabkan diri aku sendiri .

Kalau nak bercakap tentang tikam belakang, dah banyak pisau kot yang melekat dekat belakang aku ni. Tapi ade ke aku balas balik? Aku masih buat-buat tak tahu awak-awak yang tikam belakang saya, kutuk-kutuk saya malahan fitnah saya dengan bende yang saya tidak buat dan tidak tahu..
Aku masih layan korang macam tiada apa-apa yang berlaku, bukan apa, aku nak tengok sejauh mana kau nak bodohkan aku. Lagipun prinsip hidup aku, aku dah hadam, ''MAAFKAN MEREKA DAN TERUSKAN HIDUP''...

Suatu hari, bila aku sedar manusia datang dan pergi dan aku tidak mahu berharap pada manusia, aku perlu belajar berdiri disaat tiada siapa disekeliling.. No man is an island but aku perlu belajar menerima dan teruskan hidup.  Apa-apa yang berlaku, aku nak maafkan mereka dan teruskan hidup. Belajar daripada kesilapan dan teruskan berjalan. Kalau setiap manusia buat silap dengan kita dan kita terus menghukum sampai mati kita tak akan aman... Diselubungi musuh sekeliling.. 

Biarkan mereka yang busuk hati, terus dibelenggu dengan kejahatan mereka, apa yang penting buat aku. Lakukan sesuatu untuk diri aku, yang mendatangkan kebaikan buat aku..
Kata nak jadi Wanita .*rahsia*.........  , buat apa nak pedulikan sampah-sampah ? Anjing-anjing yang menyalak tanpa henti meskipun kita langsung tidak ambil peduli tentang mereka ..
Nanti, dia penat, dia berhentilah.. Anjing ni, kalau kita bagi makan dekat dia, dia senyap. Bila dia lapar, kita tak ada makanan atau lupa nak bagi , dia boleh agresif untuk gigit kaki kita..

Sama macam manusia yang aku jumpe, bile dia terus menyalak tanpa aku tahu silap aku  pada mereka, aku masih layan mereka dengan baik, jawab soalan mereka dengan baik, tolong mereka.. Belakang aku, bile aku mulai bergaul dengan yang lain,, eh, eh manusia yang aku pernah tolong/buat baik  menyalak belakang aku.. Aku diam dan fikir salah aku..

Aku lupa , Nabi Muhammad yang Mulia tu pun ramai orang cuba jatuhkan, apa lagi aku ni..
Aku teruskan berjalan, kuatkan hati dan melangkah.. Bunyi-bunyi masih kedengaran cume aku pekakkan telinga, biarkan mereka.. Lagipun Aku harus buntikan yang aku yakin dengan Hari Pembalasan.. 


Pengajaran yang aku belajar, nak hidup ni. Hati kene kering, tak boleh sensitive, tak boleh manje sangat, kalau nak nangis, nangis tapi pastikan manusia tidak lihat kita menangis. Jangan pernah tunjukkan pada dunia, betapa lemahnya kamu.. Kamu harus terus teguh berdiri, berjalan dengan berani, hadap semua yang mendatang, dalam perjalanan ini, akan ada tangan-tangan yang menolak untuk menjatuh, hidup harus kuat,, Bijak dan gunakan prinsip '' i don;t care, love me or hate me . I'm me ''...

Meski kadang-kadang teringin atau mahu menjawab segala kata dan tomahan yang pernah dapat oleh sekeliling. Menjawab satu-satu mentality  sekeliling tentang kita, membalas balik kata-kata mereka yang kasar, atau mendiamkan mereka melalui perbuatan mungkin ( tahap maximum kot ).

Fikir-fikir balik , aku patut syukur, aku diamkan apa-apa yang mereka cakap, kata, fitnah atau mengata.. Perbuatan mereka telah menunjukkan mereka telah menjadi seseorang yang AKU TIDAK MAHU MENJADI .. So, empty mind make the most noise, orang yang otak kosong banyak bunyi, kalau bunyi yang tak menyakiti tu okey, tapi bunyi yang sibuk menyakiti dan peduli hal orang ni haa. 

Suatu hari bila aku mulai mahu berada bersama-sama orang yang melayani aku dengan baik, melupakan bende buruk, bergaul dengan mereka yang positif, memaafkan yang lepas dan teruskan hidup, terus bergembira dan lupakan kesedihan, Hidup hanya sekejap daripada aku berusaha menjadi orang lain, lebih baik aku hidup dengan cara aku,. aku gembira dan aku syukur..  Dalam orang membenci aku, aku mulai sedar bahawa kehidupan aku sebenarnya lebih baik daripada mereka. Mereka yang tidak dapat berada ditempat aku oleh itu mereka banyak bunyi dan berharap mereka dapat jatuhkan aku..

As long as i'm happy with myself, do my own and be myself. I'm happy. Alhamdullillah..

No comments:

Post a Comment