Attention :)
''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' .
( Al-najm: 32) ..
, ' ,
25 July, 2016
Kehidupan merupakan sebuah pilihan
Manusia akan mulai menghargai apabila kehilangan..
Andai selepas kehilangan itu memberi rasa kebahagiaan selepasnya,
mungkin susah dan payah untuk melalui hari-hari kehilangan..
Namun jika keyakinan yang Utuh di letak Hanya Pada Dia Pencipta,
Redha itu jalan yang terbaik..
Yakinlah di setiap kesukaran, kesakitan bersalutkan duri dalam liku kehidupan sebenarnya mengajar kita tentang banyak perkara.. Tidak saja-saja Allah letakkan kita di suatu tempat..
Hidup merupakan suatu proses pembelajaran yang tidak pernah berhenti..
Kehidupan adalah tentang pilihan..
Tidak saja-saja Allah temukan seseorang dalam hidup kita..
Sama ada Dia yang akan ubah kita atau kita yang mengubah dia.
Juga punya dua pilihan, samada menjadi lebih baik atau sebaliknya .
Benar kata orang, kita akan diuji dengan apa yang kita katakan..
Suatu ketika dahulu, aku pernah di lamar oleh beberapa lelaki .
Apabila disebut dilamar, tidak semudah penolakan yang dilakukan.
Kata mereka '' sanggup berubah '' , ''bimbing saya'' ,
ketika itu waktu yang amat tidak tepat dan hati ini kuat tidak mahukannya .
Biarlah punya ciri rupawan, bodywan mahupun hartawan ketika itu .
Aku takut , aku gagal membimbing, sebab aku tahu dalam proses membimbing, sama ada aku berjaya menarik dia menjadi lebih baik atau dia yang menarik aku melupakan destinasi aku..
Ya . Aku menolak mereka . Ada yang akur dan menerima dan berharap suatu hari aku memberi peluang, ada yang marahkan aku dan menghilangkan diri , ada yang cakap dia akan tunggu aku sampai dia ada kerjaya dan pinang aku.. Tapi, aku langsung tidak memberi harapan, kata aku
''andai ada jodoh, ada.. Buat masa sekarang bukan waktunya''..
Suatu hari, berita demi berita aku dengar, yang tu begitu, yang tu begitu . ada yang menjadi semakin berguna dan di pertemukan pasangan yang sesuai, ada yang semakin hanyut dengan pasangan mereka.. Aku bersyukur . Aku bersyukur sebab aku pernah menolak mereka, boleh jadi andai benar aku dengan dia, mungkin aku berada di tempat itu dan entah di mana jalan kesudahan..
*Allah dan rancang baik-baik perjalanan hidup ini*
Lamaran dan penolakan bukan bermakna aku wanita yang memilih, bukan pula wanita yang tinggi dan mulia darjatnya ..
Aku merupakan seorang wanita yang sentiasa keanak-anakkan, seorang bayi kecil yang sentiasa belajar untuk berjalan. Kata mereka aku punya sifat kebudak-budakan tapi bila semakin kenal,, aku sebenarnya seorang yang matang.. Em, boleh lah di terima... Dalam hal serius, aku boleh menerima sesuatu dengan terbuka, cuma aku perlukan rasional dan fakta..
Dalam banyak perkara, aku tahu dan suka pendamkan. Aku cuma nak lihat setakat mana sekeliling cuba berbicara, aku suka menanyakan soalan yang aku sudah tahu, aku nak uji seseorang tu sudi meluahkan segalanya atau ada rahsia yang dia mahu sorokkan..
Bila dia sorokkan, aku hanya diam dan teruskan hidup.. Malas nak berbicara panjang, kalau dia nak berterus terang, pandai-pandai dia cari .. Aku akan buat-buat tak tahu..Kadang-kadang, memakan diri tentang banyak perkara, betapa tersinggungnya aku dengan banyak perkara tapi masih diamkan, kononnya menjaga hati banyak pihak..
Tak semua manusia mampu menerima apa yang kita luahkan .
Banyak perkara lebih baik pendam..
Aku pelik.. tapi yang aku tahu, aku kagum dan aku jatuh cinta dengan diri aku..
Ada hari akulah manusia yang paling gembira, bila hari suram datang, aku manusia paling sedih..Aku benci melihat diri aku dalam kesedihan, tapi aku akan mengasingkan diri, bercakap dengan hati aku sendiri sehingga aku mulai bersemangat . Aku tidak mahu banyak masa aku di habiskan dengan melayani perasaan kecewa..
Dulu aku kisah, rasa rendah diri bila berat badan aku naik, tinggi aku yang lambat naik, kulit aku yang sunburn sebab matahari dan lain-lain..
Setelah aku belajar banyak perkara, aku mulai sedar bahawa dalam dunia ini masih ada manusia yang tidak kisah bagaimana diri kita dan menerima seadanya..
Aku tidak kisah lagi berat badan aku naik, tinggi aku yang terbantut , kulit yang sunburn selagi aku disini dan menyayangi diri aku.. Andai manusia tidak dapat menerima diri aku dan berlalu pergi, aku akan bersedih seketika namun setelah itu aku lebih kpd syukur, syukur kerana di berpisah dan tuhan tidak membiarkan aku dengan orang begitu dengan lebih lama.
Ya, manusia datang dan pergi.
hari ini boleh jadi kitalah insan yang paling disayangi dan dihargai.
Esok-esok siapa tahu ?
Pastikan buat sesuatu kerana diri sendiri bukan keranan orang lain..
Andai ditakdirkan dia berlalu pergi tak adalah awak kecewa sehingga merasakan perubahan awak sia-sia..
Kadang-kadang, bila orang tidak menghargai usaha atau sesuatu yang aku lakukan, tidak pula aku marahkan mereka malahan aku merasakan, ya . Aku memang layak dilayan begitu kerana aku tidak punya apa-apa..
Bila kata pujian diberikan kepada aku, Allah malunya aku rasa bahkan tidak layak diterima. Kerana aku sedar betapa aku tidak punya apa-apa..
_Naajiaah_ 11.35p.m_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment