Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

04 August, 2016

Ketika ini


 Bisingnya aku, dengan bende-benda yang melucukan bersama teman yang setia.

Suatu saat bila aku keseorangan, aku diam fikiran aku mulai berlari memikirkan itu dan ini.
Kata orang, hidup  sekadar sahaja jangan terlalu jauh merancang, nikmati kehidupan ini dengan penuh santai. Masa akan menyelesaikan segalanya.. Pernah Allah letak kita di suatu tempat yang kita merasakan teramat berat dan tidak mampu melangkah lagi, namun .. Kita lupa bahawa Allah sedang berbicara dengan kita dalam surah asy-syarh ''Di sebalik kesusahan ada kemudahan''.. Dua kali Dia ulang ayat yang sama ..

 Aku menulis ini, bukan untuk menasihati atau memperingati orang lain.. Aku menulis semata buat diri sendiri.. Seperti sedia maklum, apabila aku down aku akan berbicara dengan diri aku, mencari serpihan kekuatan yang hilang. Ya, melalui penulisan membuat aku rasa lebih lega..

 Aku cuma mencari masa, untuk menyusun atur semula perjalanan aku yang kusut. Yang kian tidak terurus seperti sedia kala,, sebelumnya aku sedar bahawa untuk mendapat sesuatu akan ada duri duri di jalanan, namun kini aku lupa tentang duri tersebut. Malahan aku asyik terleka dengan keindahan sementara ..

Allah .

Ketika bersama sekeliling, ketawa, bergurau dan sebagainya..
Lupanya aku pada Pencipta .
Bila aku keseorangan, baru aku sedar, satu-satunya yang Setia Selalu Sentiasa ada untuk aku adalah Pencipta.. Betapa  lega nya apabila menangis di tikar sejadah, bercerita pada Dia satu-satunya..Allah tenang sungguh rasa ini, luahan yang  tak akan ada yang mengerti..


Kecewa .
Bila pilih manusia, berharap dia insan yang ada ketika susah, senang bersama.
Bila pilih manusia, berharap dia akan menyokong kita sentiasa.
Bila pilih manusia, berharap dia akan terus di samping kita..
Sangat kecewa, bila kita benar-benar memerlukan mereka..
Mereka tiada, hilang, dan tidak tahu apa yang berlaku..


Menangis.
Menangis bila dihudum rasa kecewa.
Menangis bila apa yang diharap tidak tercapai.
Menangis mengenangkan apa yang berlaku.
Menangislah itu lah sebenarnya sumber kekuatan kita..


Putus asa..
Selalu datang menyergah diri..
Membawa kita ke suatu dunia yang kusam dan gelita.
Menyesakkan dada sehingga tidak mahu membuka mata.
Ia , bila putus asa dan kecewa menyelubungi..
Menangis dan lemah kita ketika itu..


Allah .
Ku belek kembali lembaran suci Al-Quran,ku cuba mengerti terjemahan yang dibawah.
Sungguh aku katakan, bahawa bait-bait ayat itu sedang berbicara denganku..
Aku menangis.. Betapa aku sedar bahawa, bagaimana atau dimana aku berada Allah selalu ada dan tidak pernah meninggalkan aku.. Cuma aku yang menjauh darinya, sombongnya aku untuk mengerti apa yang Tuhan  bicarakan dalam QalamNya .

Mungkin sudah lupa sabda rasullullah s.a.w yang berbunyi

''TIDAK KU TINGGALKAN DUA PERKARA INI KEPADA MANUSIA, JIKA MEREKA BERPEGANG TEGUH KEPADA KEDUANYA, MEREKA TIDAK AKAN SESAT; IAITU AL-QURAN DAN AL-SUNNAH''

Penulisan ini bukan untuk menasihati, bukan pula mengatakan riak dan takbur.
Sekadar jalan berbicara  juga mengingati diri sendiri.
Moga-Moga allah tunjukkan JalanNya. Ameen .

5 August_2pm
@Naajiaah

 

No comments:

Post a Comment