Attention :)
''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' .
( Al-najm: 32) ..
, ' ,
13 August, 2016
Insan Istimewa
Orang kata, tak kenal maka tak cinta..
Betul, aku disifatkan sebagai seorang yang sombong oleh kebanyakan orang, bagi aku itu benda biasa untuk manusia yang tidak kenal aku..
Bila dah mulai kenal siapa aku, baru mereka akan tahu betapa gila gilanya aku..
Bukan memuji diri, cuma sebagai mukadimah pengenalan diri..
Orang label aku pendiam, tak banyak bicara dan matang.
Hakikatnya aku suka bercerita, suka apabila orang mendengar cerita aku, memberi perhatian, dengan orang yang betul kenal dan rapat, mereka tahu betapa manja diri aku..
Aku tak salahkan mereka jika mereka melabel aku sedemikian, sebab ada betulnya aku susah untuk tunjuk aku punya ragam dengan orang yang aku tak selesa atau tak rapat..
Hari ini, aku mahu cerita tentang seorang muslimah, yang aku hormati kerana usianya yang lebih berusia daripada aku, dia muslimah bertudung labuh.. Bagaimana harus aku definisikan tentang dia?
Ada betulnya orang melabel aku sebagai sombong, sukar di dekati dan sebagainya. Tidak pula aku pedulikan kata mereka, andai benar apa yang mereka katakan, mungkin aku langsung tidak punya kawan,. Bukan apa, semakin aku hidup, aku belajar tidak mahu mendengar kata negatif yang kelak memakan diri, aku hidup cara aku as long as aku tidak ganggu mereka., Ya. Itu lebih baik.
Back to the main point,
Dia seorang muslimah yang bertudung labuh, menjaga solatnya..
Cuma, dia insan terpilih, allah uji dia dengan ujian yang Maha Hebat dalam hidup dia,
Aku tidak pasti sejenis penyakit apa yang dia hadapi, yang aku tahu ia sejenis penyakit kulit,walaupun ianya tidak berjangkit dengan orang lain, keadaannya agak menggerikan bagi sesiapa yang melihatnya, kerana ia sejenis penyakit yang jarang ditemui dan tidak ada penyembuhnya..
Bicaranya baik, namun dia tidak punya kawan..
Aku tidak pasti bagaimana aku boleh mengenalinya, yang aku tahu dia suka datang rumah aku apabila dia balik kampung, sekadar menziarahi aku dan bertanya khabar..
Macam-macam orang perkatakan tentang dia, disebabkan keadaan penyakit kulit dia, tapi aku langsung tidak ambil kisah, sebab aku tahu dia tidak mengancam aku..
Kuatnya dia, apabila menjalani kehidupan sedemikian, Maha Hebat ujian yang Allah berikan kepadanya.. Sebagai wanita, aku tidak dapat nafikan, wanita amat menyukai perkara yang halus, kecantikkan dan sebagainya. aku cuba bayangkan, bagaimana keadaan aku andai allah uji aku begitu? Adakah aku secekal dia? Mampukah aku jalani kehidupan? Masih adakah insan yang akan ada disisi aku? aku tidak pasti..
Sebenarnya sudah lama, dia tidak datang ke rumah aku, bila dia datang hari ini, aku bersyukur, bukan apa.. Allah sedarkan aku bahawa, Aku patut bersyukur dan sentiasa bersyukur bagaimana jua keadaan aku, disana, ada insan yang berharap dapat duduk di tempat kita sekarang..
Arhh ! Sudah jerawat naik sebiji dekat wajah, heboh satu rumah, bising tempek bedak sejuk, antibiotic and so on. Bayang, andai Allah uji, dari hujung dahi hingga hujung kaki di tumbuhi biji-biji besar seolah-olah bisul yang sangat besar.. Bayang.. Allah.. Maka nikmat TuhanMu yang manakah engkau mahu dustakan wahai manusia ?
Allah buat keadaan kita begini begini,, masih lagi kita persoalkan, sedangkan di sana ada insan yang Allah uji dia dengan hebatnya, tetapi mereka masih merendah diri, sujud pada Ilahi tanda syukur atas kurniaanNya.. Allah..
Dia solat, dia selalu bersangka baik dengan Allah. Bila aku perhatikan dia, aku sedar bahawa apa yang aku ada tidak bermakna apa-apa andai aku tidak sekadar erti syukur yang sebenar.. Aku pernah menghantar dia pulang ke rumahnya, aku cuba mengenal dia, apa yang bermain di fikiran aku, adakah ianya sejenis penyakit genetik? Satu keluargakah begitu ? Bagaimana keadaan dia? Orang susahkah dia ?
Bila aku sampai di rumah dia, di halaman rumahnya, ada kandang kuda, berserta beberapa ekor kuda, lembu, ayam ternakan.. Aku disambut mesra oleh ahli kelurganya, aku melihat sesuatu yang tidakterfikir oleh aku, ahli keluarganya alim jika di lihat dari segi penampilan..
Aku memandang sekeliling, kelihatan foto keluarga, dia memperkenalkan ahli keluarga dia melalui foto tersebut.. 98% apa yang aku dapati, wajah mereka langsung tidak sama dengan muslimah ini. Ya, allah pilih dia menjadi makhluk yang istimewa begitu, diuji dengan Maha Hebatnya..Sedangkan aku takut memikirkan soal jodoh, sedangkan dia ? Bagaimana ..
Alhamdullillah, semua adik beradiknya , dari segi paras semuanya jelitawan dan kacak. Itu apa yang aku boleh simpulkan.. Salah seorang adik lelaki dia, sebaya dengan aku,
Meskipun masalah kulit dia begitu, namun akal dan tawadhuknya dia pada Pencipta Utuh..Bagaimana boleh aku katakan aku simpati pada dia? Sedangkan kekuatan yang dia tonjolkan dalam menjalani kehidupan jauh lebih kuat berbanding diri aku..
Allah kenalkan aku dengan dia, di saat aku rasa lemah, rasa tidak kuat.. Kekuatan yang dia bawa dalam diri dia membuat aku sedar bahawa aku tidak boleh lemah..
Walaupun manusia menjauhi dia, kerana luaran dia.. Aku tidak kisah aku insan yang masih boleh bergaul dan beramah mesra dengan dia, Allah berfirman dalam al-Quran yang berbunyi:
''Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ianya amat baik untuk kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya amat buruk untuk kamu, Kamu tidak mengetahui Bahkan Kami lebih Mengetahui''..
See ?
Allah hantarkan sesuatu bersebab.. Cuba pandang dari pelbagai sudut, insha allah kita akan lebih banyak belajar.
Like i said before ''kehidupan merupakan suatu proses pembelajaran yang tidak pernah berhenti''
Buat kakak muslimah;
''semoga kekuatanmu memberi pengajaran dan inspirasi kepada yang lain. Insha allah jaminan syurga Buatmu''
14_August_ 12.46a.m_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment