Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

13 September, 2016

Biarkanlah

  Before i told tht i  wanna change to be someone else sebab tak tahan rasa diri di pijak pijak, maksud aku aku nak layan orang yang baik dengan aku sebagaimana cara dia layan aku.. Tapi aku tak boleh, even aku nak berubah jadi keras hati, kejam sekalipun aku tak boleh, aku betul betul tak boleh membenci sesiapa, sehebat mana dia pernah buat aku terjatuh, kecewa dan tersungkur, aku tetap mengakhiri dengan memaafkan mereka dan teruskan hidup.. Aku layan mereka yang menyakiti aku seolah olah tidak pernah berlaku apa-apa, aku lupakan biarlah benda yang dah berlaku, masing-masing punya kesilapan begitu juga diri aku.. Siapalah aku untuk menghukum mereka, ambil pengajaran dan teruskan hidup..

 Aku tidak mampu biarkan kemarahan, kebencian bersarang lama-lama dalam diri aku, aku tidak  tenang, dengan melepaskan sesuatu kekusutan dengan memaafkan mereka dan teruskan hidup membuat aku lebih tenang, walaupun mereka tidak dapat menerima apa-apa tentang aku, tak apa yang penting aku redha dan teruskan hidup..

Bagi aku, kehidupan ini terlalu singkat untuk menghukum, membenci sesiapa. sudahlah, tak perlu aku fikirkan lagi apa salah aku sampai mereka buat begitu begitu, kata aku begini begini, tak perlu aku fikirkan, apa yang penting aku perlu buat sesuatu untuk diri aku, tak perlu aku endahkan apa kata mereka..

Kadang-kadang dengan cara tidak mempedulikan apa sahaja yang berlaku membuat hati ini lebih tenang, aku perlu lebih menghormati diri aku, aku rasa diri ini layak dilayani dan di hormati so much better than before.. Aku bukan sesiapa yang mampu puaskan hati manusia, setakat mana aku membuat kebaikan, sekali aku buat kesilapan. mereka hanya memperingatkan kesilapan aku.. Ya. itulah kehidupan.. tak apa, apa-apa perlu ikhlas, sabar dan tidak perlu mengharapkan apa-apa sebagai balasan.. Ya . itulah ikhlas yang sebenar..

Keikhlasan boleh di ibaratkan sebagai semut hitam yang berada di atas batu pada waktu malam.. Walaupun gelap, kehadiran semut itu ada..

Banyak berfikir membuat hati ini tidak tenang, kadang kadang satu persatu ujian datang menhimpit diri, ketika itu barulah sedar bahawa satu-satunya yang setia. selalu . sentiasa untuk aku hanyalah Tuhan..

Benar, dalam al-quran ada menyatakan bahawa hanya dengan mengingati Allah , hati menjadi tenang..

Kadang-kadang aku mengambil masa, aku toleh di belakang, banyak benda yang aku dah lalui..
Banyak  kekecewaan, kesedihan yang mengajar aku tentang banyak perkara dan aku sangat sangat bersyukur aku pernah lalui pelbagai rintangan, bagi aku tanpa warna hitam masih tidak lengkap makna sebuah warna warni kehidupan..

Ketika aku melalui waktu-waktu kesedihan, kejatuhan yang aku tidak mahu teruskan aku rasa aku tidak kuat, aku give up , aku habiskan masa dengan menangis, melayani perasaan dan ia menyeksa aku, aku biarkan fikiran aku membunuh aku sehingga aku jatuh sakit.. Aku betul betul menyeksa diri aku, tapi suatu hari bila aku sedar sebenarnya waktu waktu begini membuat aku lebih dan semakin dekat dengan Tuhan, aku dapat rasa betapa Allah  Dekat dan Maha Mendengar setiap cerita, luahann dan tangisan aku.. dan aku betul betul lega ..

Kata mereka, aku gadis ceria yang sentiasa senyum,, 
kata mereka, senyuman aku mampu membuat yang melihat turut tersenyum..

Aku cuma suka senyum..
dalam banyak keadaan aku pilih senyum..
Aku punya banyak perkara dalam fikiran, aku punya masalah, aku punya apa sahaja yang perlu aku hadap aku pilih senyum. Bagi aku, aku tidak mahu masalah aku akan mengganggu sekeliling, biarlah aku yang hadap seorang, mereka tidak perlu tahu. pendam dan diamkan diri..Ya. adakalanya i lost myself, masam mencuka tapi kebanyakan masa, aku suka senyum..

Tak kisah bagaimana, dugaan harus aku tempuhi dengan sabar, ikhlas dan redha. Semestinya sebuah senyuman merupakan peneman aku yang setia disisi..
Senyuman bukan bermakna aku tidak punya masalah, namun senyuman bermaksud aku sedia menghadapi..
Senyuman bukan bermakna sinis namun bermakna kamu sudah matang menghadapi manusia yang entah apa-apa..
senyuman bukan bermakna tengah gembira tapi kadang-kadang senyuman dapat melupakan seketika kesedihan dalam hati..

Jadi, kenapa nak susah-susahkan diri sesakkan dada ?
Tunjukkan pada dunia, segala yang bakal berlaku, akan aku hadap dengan sebuah senyuman.
Ya . itulah yang terbaik ..

Dunia tidak perlu tahu apa yang berlaku,
Dunia hanya perlu mengatakan bahawa, engkau tidak punya masalah,
engkau sentiasa sedia dan berani . Ya. itu yang perlu. walau apa yang berlaku, tiada siapa boleh curi senyuman ini.. hmm ?

alright, senyum and show the world that ,

''your smile is the most beautifull gift from God''.


No comments:

Post a Comment