Kehidupan terlalu singkat untuk bersedih, melayani perasaan kecewa dan sakit hati . Enjoy the litttle things in our life.. Tak dapat nafi, ada hari kitalah manusia paling bersedih hati dan ada hari kitalah manusia yang sedang bergembira..
Andai kata dengan kesedihan lebih mendekatkan aku kepada pencipta aku akur..
Kehidupan terlalu singkat tidak bermakna kita boleh berbuat sesuka hati kononnya bersuka ria habis habisan, maksud aku bersuka bersuka juga akhirat jangan dilupakan.. *nada ustazah haihh* hehe.
ok. Today i would like to say about what i love ..
i mean apa yang aku suka buat dan yang pastinya kenapa 'mereka' judge and menghina apa yang aku suka, hei bitch this is what i like of you dislike, just go ! . heee .
ok, aku akan cerita tentang aku bukan niat menunjuk atau riak, mungkin bercanggah dengan 87% wanita di luar sana, as i said earlier this is all about me, tak nak lah cerita terlalu detail, cuma serba sedikit .
Aku suka, sangat sangat suka, melihat wanita bertudung labuh, menutupi aurat penuh syariat,*aku akui aku pernah cuba cuba berjinak-jinak slow slow, andai gagal aku cuba yang lain, yang pastinya aku kagum dan puji dengan mahluk spesis begini. Mereka cantik dengan cara mereka .
Aku suka menyanyi, berzikir dengan cara aku sendiri dan kadang kadang aku menyampai penuh gaya kepada ahli keluarga ku, haa klau bab zikir dan mengaji quran alunan aku sendiri mereka hanya berdiam sahaja, tanpa kritikkan, kalau bab aku nyanyi, mcm2 perlian , usikan aku dapat dan kami akan ketawa.. Kata mereka, aku gadis pemecah kesunyian..
Aku semestinya suka makan, aku suka belajar memasak, seolah aku masuk satu dunia baru, tapi apa paling aku suka, makan apa yang orang lain masak atau bagi lagi laa aku suka.,, haha . *Win*.
Aku suka tarian, dalam banyak tarian aku suka zumba, belly dance ala arab, tarian hindu. Aku suka join kelas tarian , aku dapat jumpa manusia yang same minat dengan aku. dan apa yang penting bila kita menari seolah, kita masuk dalam dunia yang kita adalah heroin dalam dunia kita dan ia sangat sangat seronok. *Yeaaaa* My mom said ''Ustazah Rock '' katanya . haha .
Aku suka kanak-kanak, yang pastinya bila aku bersama kanak-kanak, aku seolah boleh masuk kepala dengan usikan mereka, membuli dan memujuk, dan yang pastinya orang tua akan cakap ''aihh, dia paling tua dkat situu'' , haha, entahlah, dunia kanak-kanak merupakan satu alam yang aku sangat rindu teramat dan suatu saat anak-anak kecil ini akan merindui detik detik ini bila mereka besar nanti..
Aku bukan cuba riak, jujur aku katakan, aku mengajar kanak-kanak kecil mengaji quran setiap kali selepas maghrib sehingga sekitar 9.00 malam, anak-anak jiran pun turut datang. Aku gembira kedatangan mereka membuat aku lebih bersemangat, mana tidaknya tidak ramai kanak-kanak sekarang ibu bapa prihatin dalam penguasaan membaca alquran, mereka hanya lebih kpd penekanan akademik di sekolah kononnya menjamin masa depan. Bila aku mengajar kanak-kanak ini, aku mulai sedar tentang banyak perkara, maksud aku banyak perkara yang membuka mata aku, pertama dalam mendidik manusia ini semestinya memerlukan penuh kesabaran, bermula usia 4 tahun sehingga 8 tahun kanak-kanak yang aku ajari ni, tak sama semestinya, pelbagai ragam dan pengalaman yang aku lalui tpi paling syukur mereka dapat menerima dan menghafal bersama-sama terutama surah-surah lazim yang dapat mereka baca dalam bacaan solat kelak. Alhamdullillah, kdg2 rasa nak menitis air mata, tumpang gembira buat mereka,gembiraan ini Tuhan sahaja yang tahu..Insha allah akn lebih berjaya mendidik bakal anak-anak kelak . *hihihi*
Aku pun suka juga menonton drama/tv tak kira cerita bahasa apa cuma aku paling benci melihat kalau pelakon tu jenis over acting maksud aku berlakon keterlaluan, haa jenis macam ni , awal cerita dah aku stop tengok..huuu.
Lagi.. lagi.. lagii..
Apa lagi, ohh, bersiar siar atau jalan-jalan.. haa, aku suka, aku suka, cuma kawan kawan agak sibuk dengan dunia mereka, nak ajak keluar takut mengganggu pula , jadi aku agak kurang la buat aktiviti luar and kalau aku keluar pun biasanya kalau waktu benar benar izinkan, sbb aku kurang suka berjalan seorang diri, malu ada , segan ada , takut pun ada . huuuhuu .
Yang ni win, aku suka atau istilah lain aku nakkkkkk sangat belajar taekwando/boxing. Nak sangat sangat sangat tapi pertama jarang ada coach perempuan yang boleh ajar aku, semuanya lelaki aihh kawasan ni, keduaa dekat sini kalau perempuan belajar boxing mcm2 la orang kata. Tak da lah, bagi aku, aku suka benda mcm ni, woaah kalau aku pandai boxing, uishh, hebatnya. huhu,tapi nak jugak join kelas boxing, nakkkk sangat.. insha allah akan masuk jugak..
Aku suka aerobic, jogging, aihh tak kisah lah orang cakap jaga body sekalipun , aku buat apa aku suka k. apa aku suka.. Aku makan banyak, aku tak jaga body pun cuma bagi aku aktiviti macam ni menyeronokkan dan buat aku hilang atau lupakan masalah aku seketika..and aku harap aku dapat jumpe lebih ramai kawan baru dengan minat yang sama, boleh bersma sama menggilaa gila..
oh yaa yang paling aku suka juga , aku suka belajar make up , tuturial shawl/tudung. Aku suka belejar make up conteng conteng muka aku tak kisahlah jadi lawa atau hodoh, aku simpan gambar gambar tersebut buat koleksi diri dan semestinya buat aku ketawa. aku memang gila , haha. Em, actually , orang cakap ' buat apa make up, bazir duit la, tak natural la , '' macam macam la, tapi aku tak kisah, bukan aku minta duit korang pun kan beli barang make up or so on. ini sekadar apa yang aku suka belajar and main-main, ala masa kecik dulu kan aku selalu bermain ala puteri raja dengan anak patung, masak-masak, gilaa bila dah besar aku nak main macam tu, so aku tukar dengan lebih real, main make up diri sendiri dan lain lain. Mereka persoalkan minat kita itu urusan mereka, ini apa yang aku suka dan suka hati la. huuhu.. tak ada niat nak memikat, atau apa, manalah tahu suatu hari nanti rezeki dapat menjadi pemekap professional ke, haaa . jangan pulak dtg suruh i make up muka uu olll . huhu,
*Doakan aku agar tercapai hasrat dapat buka gym dan spa & salon * Amin ya rabbi *
uissh , alang lama tak menaip nih, panjang cik jieha bercerita nohhh..
Ok la dlu nohh,, banyak sangat crito malam niii ..
Ni hanya apa yang aku suka buat , belajar and apa-apa jela.
penulisan ini buat mereka yang suka persoalkan tentang aku.
selamat menjamu !
No comments:
Post a Comment