Langit tidak akan runtuh kerana kesalahan yang pernah anda buat, kiamat tidak akan terjadi kerana dosa-dosa anda. Matahari pun tidak akan berhenti bergerak kerana keyakinan anda. Andai kata anda salah, gagal atau rugi anda tidak akan di persalahkan sebab anda bukan orang pertama yang melakukan kesalahan, juga bukan orang terakhir yang mempunyai kekurangan.
Usah biarkan syaitan membuatmu tertekan.
Meskipun sekuat mana seseorang, suatu saat hatinya boleh luluh, sebesar api terkobar, suatu saat api boleh terpadam. Sekhusyuk mana seseorang, suatu saat akan terganggu juga. Selembut mana seseorang suatu saat juga boleh bersikap keras. Suatu saat segalanya boleh bertukar. tetapi, yang paling bermanfaat adalah mengumpul kembali serpihan serpihan yang berantakan. Menghapus segala keburukan..
Wahai yang mengekang diri dalam impian, wahai yang mengikat gerak di suatu jalan, wahai yang membatasi ayunan langkah pada titian, ketahuilah bahawa bumi Allah sangatlah luas. Anda punya tenaga yang bakal memberikan kekuatan untuk berjalan tanpa henti. Maka, janganlah terjatuh di awal rintangan. Janganlah berhenti hanya kerana aral menghalang. Dan janganlah mundur kerana mendapati kesukaran.
Saat tergelincir, putarlah haluan dan alihkanlah arah perjalanan anda. Tinggalkanlah jalan yang selama ini anda tempoh.
'' Di bumi ini ada tempat berlindung dari bencana bagi orang mulia''.
Janganlah anda terbelenggu oleh impian yang tiada terhurai, sehingga usia anda terkikis tanpa makna. Jangan biarkan kaki anda diikat tujuan yang mustahil digapai kerana ajal boleh lebih dulu datang sebelum anda menempuhnya.
Lepaskan belenggu itu. Bebaskan diri anda dari keterikatan. Biarkan jiwa anda lepas dari ikatan.
''Jika tidak boleh lakukan sesuatu, tinggalkanlah kemudian beralihlah pada sesuatu yang boleh engkau lakukan''.
Walaupun anda miskin, masih ada yang dililit hutang. Meskipun anda tidak mempunyai rupa yang cantik, masih ada yang tidak memiliki anggota, Meskipun anda berasal dari keluarga yang tidak mampu, masih ada orang lain yang dipungut di jalanan tanpa jelas asal usul mereka.Walaupun anda mengalami dugaan yang besar. tetapi masih ada yang tak mampu membeli sepotong roti.
''Maka, nikmat tuhanku yang manakah aku mahu dustakan ?''
''Sesungguhnya, nasfu itu tidak pernah puas meminta-minta''.
Bermuram durja hanya boleh menambah kemurkaan. Tuhan menyedihkan kawan dan menyenangkan lawan, usah begitu. Tidakkah Tuhan menyatakan dalam firmannya bahawa ''' Jika engkau (manusia) bersyukur dengan nikmatKu, maka akan aku tambah ?''.
#alhamdullillah #love #laugh #life #behappy
@naajiaah
No comments:
Post a Comment