Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi. Namun, dunia ialah jambatan ke akhirat nanti. Jangan kau tenggelam dalam tipu daya dunia.. -unknown-
''Andai suatu hari nanti saya kecundang dengan Cinta Dunia, jangan tinggalkan saya.''
kita ialah manusia yang sentiasa berada dalam pencarian.Terkadang kita meraba-raba dalam kegelapan. Terkadang ada cahaya yang datang menyuluh jalan, dan itulah yang kita namakan sebagai kehidupan.
kita akan terus diasak dengan pelbagai cabaran, halangan dan penderitaan. Andai imanmu rapuh dan semangatmu terbang, tanyalah kembali dirimu sendiri. Apakah yang engkau santapkan untuk rohanimu? Sempurnakah ibadahmu? ikhlaskah hatimu dijalanNya ?Kau berada di jalan ini atas sebab Tuhan atau manusia ?Soalan -soalan ini mengagih jawapanmu, ..
Ingat satu perkara, fitnah dan tomahan sering dilemparkan kepada manusia aneh seperti kita.
Ingat benda ni bahawa ''Tiada sesiapa yang meletakkan kita di suatu tempat melainkan diri kita sendiri yang menempatkan kita disitu. Cukuplah hanya Allah sebagai saksi perjuangan kita dalam kehidupan.
Cukuplah ayat-ayat Allah yang menyembuhkan luka-luka yang engkau hadapi dalam kehidupanmu.
Kelak, apabila dirimu di himpit musibah,gunakanlah akal warasmu, tenang emosimu, teguh imanmu, agar ia menjadi muhasabah paling bermakna untuk kau kecapi pengajaran.
Agar musibah menjadi muhibah,
gelisah menjadi ibadah..
Kau tidak boleh mudah rebah,
kau tidak boleh mudah goyah,
Kau seorang Islam yang masih banyak amanah yang perlu dilakukan..
Mengenali seseorang kerana Allah.
Bukan kerana dia kaya, bijak dan rupawan.
Kerana kita ingin bersamanya sehingga ke syurga.
itulah ukhwah yang hakiki..
Seseorang pernah kata,
'' walau apapun masalah yang awak hadapi, jangan biarkan ada manusia yang terluka dengan kesilapan kita sendiri.Jangan biarkan manusia lain salah sangka pada tindakan kita. Jika berlaku seperti itu, cepat-cepatlah betulkan keadaan.Berilah penjelasan agar hubungan sesama manusia jadi murni semula. Jagalah Hubungan sesama manusia dan dengan Allah''. -seseorang-
Maaf, kerana terlupa dan mengabai nasihat ini .
@naajiaah
No comments:
Post a Comment