Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

25 October, 2016

Fobia Cinta


''Jieha, saya nak awak tahu saya tak pernah menyesal jatuh cinta pada awak, kenal awak. saya cuma nak minta maaf sbb tak dapat kotakan janji saya dulu. Ingat lagi bila saya cakap selagi awak tak dimiliki sesiapa sebagai seorang isteri, awak tetap saya tunggu? Saya cuba pegang janji tu, datang perempuan dalam hidup mungkin sekadar menguji saya, tapi saya tetap tunggu awak. Sampai suatu tahap saya pilih pergi dari hidup awak, saya sedar awak mungkin dah bahagia dengan orang lain. Jujur saya katakan, saya sayang awak dan saya nak tengok awak bahagia dengan orang yang awak Cinta tapi saya tak dapat tipu diri saya, saya sakit kalau lihat awak bahagia dengan orang lain. Sangat sakit, saya cuba membenci awak, tapi saya sedar saya tiada sbb untuk membenci awak. Saya pilih seseorang, saya cuba mencintai dia, mungkin itu cara terbaik saya lupakan awak, saya minta maaf, saya berharap dia seperti awak tapi ia tak sama, dan silap saya, cara ni menyeksa dia dan diri saya sendiri. Saya confius saya Cintai dia sbb simpati atau sekadar mengganti hati saya yang sakit. kosong ''..

Air mata aku menitis lagi. Kenapa ? Benar ujian datang dalam pelbagai cara, tapi buat masa ini banyak perkara tengah bergelut di benak aku, dan sekarang pesanan panjang lebar masuk di skrin telefonku..

Bila aku mahu berhenti, tidak mahu fikirkan lagi. Satu satu ujian datang menhempas sekarang, dia datang . Perginya sang pemberi harapan palsu, datang pula yang menaruh harapan lama.

Kenapa?
Aku melihat jam, masih awal pagi, pesanan tersebut di hantar lewat malam semalam. Apa harus aku buat ? Berdiam diri atau membalas ?

'' Perancangan Allah tu tiada siapa yang tahu, awak perlu syukur. Bilamana awak terima dia dalam hidup awak bagi menggantikan saya, awak serah Cinta pertama kali yang awak sendiri tidak yakin, awak tidak bersalah, yang salah nafsu kita sebagai manusia, meminta lebih dan lebih. Bilamana awak belajar erti syukur, awak akan tahu, dan lebih hargai dia. Tak apa, Allah tutupkan hati saya beberapa tahun , tidak menerima awak, mungkin dah tertulis kita tak berjodoh, jodoh kita mungkin atas dasar persahabatan, mana tahu andai kita bersama, saya akan patahkan hati awak dengan dasyatnya? Tak perlu awak menyesali menerima dia kerana mahu melupakan saya, bahkan awak patut syukur, sedangkan dia permata saya hanya kaca, saya tidak punya apa-apa, jangan dikaburi mata dengan kepalsuan belaka. Awak lihat saya begini, mungkin kerna Allah menutupi aib saya, andai kata Allah membuka aib aib saya, adakah awak sudi melihat saya diakhirat kelak? Syukurlah, awak perlu bersyukur, awk serahkan Cinta pertama buat dia, ia dia yang selayaknya. Tiada sesiapa yang terseksa antara awak dan dia, yang menyeksa apabila awak memandang yang lain. Cukuplah, cukup sekadar dia, awak jaga dia sepenuh hati sehingga syurga bersama. Ameen, Sebagai kawan, saya disini hanya mampu mendoakan kebahagian awak. Maaf saya katakan, saya dengan awak sekadar kawan dan saya gembira begini. Suatu hari nanti saya akan kenalkan awak kepada suami saya kelak, insha allah andai jodoh saya dengan manusia sebelum ajal. '' - najihah-

Bicara soal hati, kadang kadang rasa hampa, gusar dan tak mampu nak luah macam mana, bila sebut tentang hati, sesuatu yang sukar nak di terjemah.
Entah, bagaimana harus aku katakan.. Aku cuma boleh katakan, aku sendiri pernah terlibat tentang soal hati dan perasaan, aku pernah patahkan hati seseorang yang menunggu aku bertahun lamanya, bercinta dengan orang lain. Aku sungguh tidak mengerti apa-apa.

''Tolong ajarin aku bercinta agar aku tahu bagaimana sebenarnya Cinta Cintun''- Hati kecilku pernah teriak . Namun cepat pula diri ini mententeramkan agar bertenang . 

Hati aku sendiri pernah di patahkan dengan dasyatnya. Aku pula jenis 'lurus bendul' bilamana orang kata A, aku percaya . Bulat BUlat aku percaya ,. dan disebabkan ini, hati aku di lukai dengan dasyatnya. 

Suatu ketika, aku menunggu penuh kesetiaan, atas kesibukan seseorang, aku memahami dia sebagai seorang lelaki, yang aktif dan lasak. Aku meletakkan kepercayaan yang tinggi pada dia, apa tidaknya, ketika ini aku baru kenal sebuah percintaan, Walau kami sudah tiada apa-apa, walau dia punya kesilapan dengan aku, aku maafkan dia di sebabkan aku tidak lupa kebaikan yang pernah dia lakukan.

Banyak benda dia tegurkan aku, sesuatu yang mengubah aku menjadi lebih matang dan berfikir .
Menyedarkan aku agar tidak boleh cepat melenting, tapi yang sejujurnya aku langsung tidak cemburu dengan apa-apa yang dia lakukan, aku tidak kisah, percintaan pula jarak jauh, tapi dia selalu call aku terutama kejutkan solat tahajud, mengajar aku agar jaga diri, dan lain-lain. Yang lucunya, dia sangat sangat cemburu, tapi jodoh dah tak ada, dia telah melakukan suatu kesilapan, dan kesilapan itu aku takut ia berulang, lalu aku putuskan aku tidak mahu terima dia lagi. Puas dia merayu, dan setiap kali tu aku menangis. Sakit sangat dekat sini, tepat di hati aku. aku terus menghilangkan diri dari dia, aku biarkan diri aku terseksa dan aku harus pergi.. Kepercayaan aku,  kesetiaan aku cuma sia-sia.. Somebody said ''sape suruh bercinta''.. haha . *it;s okey nama lagi kehidupan.. Masa ni aku rasa aku nak balas dendam dekat semua lelaki, aku nak hancurkan hati lelaki, aku nak bermusuh dengan lelaki, tapi bila fikir fikir balik . Lelaki tak salah, yang salah diri sendiri yang silap dalam menilai percaturan hati.. ''Cinta tak salah, yang salah adalah orang yang salah''.

 Lepas dari itulah, aku tidak mahu bercinta lagi  Beberapa tahun aku hijabkan diri dan mahu fokus bercinta selepas nikah namun aku fikir balik, aku tak boleh langsung tidak kenal bakal suami, yang kenal bertahun pun macam macam ragam apatah lagi yang langsung tak kenal. Bukan tak yakin, di sebabkan aku seorang perempuan polos yang lurus nilah, aku harus mengenal dulu...

Apa yang boleh aku katakan tentang aku, aku tidak boleh terima dalam hubungan orang ketiga, aku dah macam fobia and aku jadi lebih kepada takut kehilangan orang yang aku sayang, dan penyakit cemburu buta aku mulai menyerlah.. Tapi bila difikir-fikirkan balik, tak apalah. Lebih baik aku undur diri dan melihat dia bersama dengan orang lain, yang mampu membuat dia bahagia, aku bukan penabur janji palsu, aku hanya perempuan yang tidak punya apa-apa, di sebab itu, tolong jangan 'hina' aku dengan kedatangan orang ketiga..*hati ini hancur luluh* Mahu atau tidak, sakit atau lebih sakit aku perlu lepaskan, pergilah kejar orang lain, yang mampu membuatmu bahagia, aku tidak punya apa-apa..
Begitulah setiap kali aku fikir tentang diri aku..

em, dan biasanya orang yang aku usir pergi. Ada yang pergi mencari yang lain, kemudian datang kembali, ada yang tidak mahu pergi dan menunggu, ada yang menunggu dan pergi .. Biasa. Inilah kehidupan, manusia datang dan pergi . akhirnya kita sedar yang kita hanya ada diri sendiri, bersama Tuhan yang hakiki..

Kata mereka, yang mereka temui tidak sama seperti aku, tidak sesabar seperti aku. Tidak memahami seperti aku. Perempuan luar ramai yang mengambil kesempatan atas diri mereka..

Aku diam. Tidak memberi respon..
Hati aku berbisik pada diri, ''Bila mana aku terima kau dalam hidup aku, aku cuba menjadi sebaik untuk kau, memahami, setia, dan aku nak kau terima aku seadanya, aku tak kisah kekurangan kau, aku cuma nak kau faham aku, setia dengan aku susah dan senang, aku tak minta apa-apa dari kau.. Tapi , begini kau balas aku? Apa boleh aku katakan, aku nak kau kejar perempuan tu, aku nak kau bahagiakan dia, masa tu, di mata kau , mungkin dia sempurna, tak apa. Aku pernah cakap, aku tidak punya apa-apa, tapi tolong jangan hina aku dengan kedatangan ''dia''.. Puas aku tanya Tuhan, silap aku dimana sampai di perlakukan begini, banyak air mata aku di habiskan dengan rasa ini, kecewa. Jatuh aku, salah aku apa?''

''Allah patahkan hati aku, agar aku tidak terus-terusan mencintai orang yang salah.''..
Tapi aku tak pernah menyesal berbuat baik pada mereka, aku bersyukur aku tidak melakukan sesuatu yang begitu. Yang penting aku tidak mungkin sengaja melukakan hati orang yang aku CINTa.

''aku doakan kau bahagia dengan dia, tolong jangan patahkan hati dia seperti mana kau patahkan hati aku. terima kasih sebab pernah datang, mengajar aku erti bahagia walau seketika'' - to unknown-

Orang cakap bila  kita putus hubungan dengan pasangan, kita rasa nak gantikan tempat dia dengan seseorang tapi tidak bagi aku. Tu pasal, lepas putus, beberapa tahun aku langsung tidak peduli soal hati perasaan, dan di sebab itu muncullah si dia yang sanggup menunggu aku bertahun lamanya, dan tidak ku terima sehingga hari ini..

* Fuh, aku punya ingat balik kisah lama, dah bengkak rasa mata bila teringat kisah menangis sepanjang malam suatu ketika dulu *

Tak apa, semuanya kenangan dan dari kenangan inilah sebagai pengalaman dan kita belajar sesuatu yang baharu ..

#love #laugh #life #begrateful 

@naajiaah

No comments:

Post a Comment