Attention :)
''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' .
( Al-najm: 32) ..
, ' ,
31 October, 2016
Aku tak kisah
Sembang-sembang kosong dengan kakak, tiba-tiba terkeluar soal umur, muke terkejut akak aku tu tak boleh lupe,
'' Besar dah aih, rase kejap je mase berlalu, dik''..
''Em, tu lah, eei, x se lagi lah cecah umur semakin tinggi, sebab rasa budak lagi ni..''.
kakak aku senyum.
*Masing-masing membawa pemikiran masing-masing*
Hati aku rasa tak keruan, Ye betul tu sedar atau tidak sedar sudah banyak liku-liku kehidupan dah aku lalui, aku dah banyak berjalan, sampai masa aku mahu berhenti sejenak untuk fikirkan ''kenapa atau untuk apa aku dijadikan sebagai manusia?'' ''Apa sumbangan aku untuk ummat?'', terimakah amal ibadah aku di sisi Allah?'' dan lain-lain. Sesungguhnya setiap jawapan hanya berhak di Sisi Allah.
Sebenarnya aku cuma nak bercakap tidak saja-saja Allah letakkan kita di suatu tempat, maksud aku setiap kesusahan yang kita lalui semata-mata sebagai ibrah(pengajaran) yang boleh kita ambil untuk perbaiki, like i said before 'kehidupan merupakan suatu proses pembelajaran yang tidak akan pernah berhenti'..
Kadang-kadang aku melakukan sesuatu yang aku fikirkan, ia aku perlu lakukan begini dan begini agar begini .. Sabar dan diam akan sesuatu tapi di sebalik perbuatan aku itulah orang silap mentafsir, sampai suatu tahap, satu persatu di tanya sebab kenapa dan mengapa aku lakukan begitu,
dengan tenang aku membuka bicara dan menjelaskan kenapa dan mengapa aku melakukan begitu, akhirnya ada yang meminta maaf setelah faham dan dapat menerima logik akal dan mengatakan bahawa aku patut memberitahu dengan lebih awal.
Maaf. Bukan niat aku untuk tidak memberitahu tentang sesuatu perkara dan terus melakukan apa sahaja ikut pemikiran akal aku, cuma dalam banyak waktu aku pilih diam, sebab aku yakin, lambat atau cepat kebenaran akan berpihak pada yang benar..
Apabila aku perdengarkan apa orang kata tentang aku, meskipun daripada orang yang aku rapat, tapi masih aku melayani dengan baik, biarlah orang kata munafik , talam dua muka atau so on, tapi bagi aku, aku dah matang untuk tidak mempedulikan, bagi aku yang mengata aku semestinya yang tidak cukup kenal aku sebenar-benar kenal, bila betul-betul kenal , rutin, aktiviti and so on. insha allah, ukhwah tu..
Dalam frasa sekarang, aku fikir banyak masa dibuang demgan perkara tak faedah.
''Untung manusia diukur dengan bagaimana mereka manfaatkan masanya''.
Allahu. Banyak betul masa terbuang begitu sahaja,hmm.
Bila fikir balik, sungguh banyak amanah yang Allah berikan kepada aku sendiri,
Sekarang, aku dalam frasa nak fokus buat diri sendiri, aku dah tak nak ambil kisah something yang buat aku sakit hati, kacau jiwa aku and sebagainya.. Aku nak fokus buat diri, tak apa sebab aku dah rasa tawar hati sama ada dalam apa jua 'hubungan', yang aku mahu fokuskan hubungan aku dengan diri sendiri, dengan Tuhan dan keluarga yang pastinya.. Sungguhpun, banyak amanah yang perlu aku lakukan..
Bila waktu yang tepat, insha allah Tuhan akan aturkan dan permudahkan segalanya, insha allah,
Terlalu banyak pengajaran dan tauladan . Dan aku tidak salahkan perkara yang pernah berlaku samada duka atau sengsara, apa yang boleh aku katakan, ia merupakan pengajaran yang bermakna dalam hidup juga menyedarkan aku tentang banyak perkara..
Terima Kasih Tuhan..
Benarlah, buat masa sekarang, betul nak fokus buat diri,
Orang nak stay, stay dalam hidup, nak keluar. keluar..
Bukan kerana tak peduli, tapi tak nak berharap lagi dalam apa-apa..
Tak mahu mencerita apa yang berlaku, cuma mahu mengatakan, inilah kehidupan.
Tak perlu menunding jari kepada orang lain, maksud aku, semua orang pentingkan diri sendiri sebab mereka pun nak bahagia juga, so i think i should be selfish because i want to be happy too :)
That's all ,
Aku cuma tak mahu menangis.
Lagi dan lagi..
Terkecewa.. lagi dan lagi..
di sakiti hati lagi dan lagi..
Aku pilih jaga diri sendiri,
Buat hal sendiri..
Malas ambil tahu.
Lakukan sesuatu yang buat aku gembira,
lupakan sesuatu yang membuat aku sedih..
Ambil pengajaran dan jadi lebih gembira.
It's okey andai dunia kata aku kejam,
kerana kejamnya dunialah aku belajar untuk berani kehilangan,
berjuang untuk kegembiraan sendiri,
Tak apa andai dunia salahkan aku,
apa yang penting aku tak boleh salahkan diri aku,
aku berhak atas kebahagiaan aku,
Di cemuh, di keji, difitnah, dikutuk , di khianati, didustai..
Berdiam diri dan membawa diri itu pilihan aku,
tidak mahu aku menjadi golongan mereka,melakukan perkara begitu demi dendam,
biarkan. biarkan mereka..
Apa yang penting , aku ada hak untuk kebahagian aku.
dan menjadi pentingkan diri untuk diri sendiri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment