Tuhan, tika ini hati aku di rundum sedih, kecewa dan lemah..
Apa yang boleh aku katakan, aku cuma ada Engkau dan diri sendiri yang menemani aku tika ini,
Tuhan, tika ini pelbagai rasa yang berkumpul di jiwaku,
sedih, kecewa, duka dan sakit.. Entah aku tidak pasti..
Kerana kekosongan jiwakah? kerana dosa-dosakah?
atau mungkin kerana hubungan aku denganMu, Tuhanku?..
Sedetik saja, aku tidak boleh terleka dengan dunia.
Dan setiap kali aku leka, mengejar dunia,
perasaan ini datang menghempasku dengan dasyatnya..
Puas aku mencarimu dalam esakanku, sehari, dua hari sehingga aku tertidur dengan juraian air mata..
Dan aku menemui ketenangan yang aku cari..
Engkau telah hadiahkan aku sepasang lesung pipit sebagai pelengkap sebuah senyuman aku,
Setiap hari, aku pasti memanfaatkan senyuman ini untuk orang sekeliling agar aku dapat kongsikan bersama 'anugerah terindah' darimu..
Ia. Sepasang lesung pipit sebagai 'pemanis' kehidupan aku..
Tuhanku, yang Maha Agung, mungkin rasa dihimpit ini kerana panggilan rindu darimu kah?
atau sebagai teguran darimu agar lebih dekat denganmu ?
Aku menangis, memanggil manggil namaMu agar tidak sesekali engkau tinggalkan aku.
Aku tak kuat, aku lemah dan aku takut dengan kejamnya dunia ini.
Aku harap bagaimana jua, Engkau tidak akan sesekali membiarkan aku tercari-cari sinarmu dalam kegelapan..
Lalu, Engkau menjawab soalanku dalam QalamMu,
''Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (MUHAMMAD) mengenai AKU, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKU) dan beriman kepadaku agar memperoleh kebenaran. '' (surah albaqarah: 186: 2)
Ya. Allah sangat dekat, bahkan lebih dekat daripada urat leherku.
Allah tak pernah menjauh mungkin kerana aku
sibuk dengan dunia, sehingga lupa berhenti sejenak, menilik diri dan
bertakafur bahawa ini hanyalah dunia, iaitu sebuah jambatan ke akhirat nanti.
dan yang pastinya dunia bukan sebuah medan pertempuran perlumbaan..
Kerana asyiknya sebuah perlumbaan ramai yang gila, gila akan dunia dan isinya..
Mudahan, mudahan sentiasa dalam ketaatan dan ketenangan . Ameen. Ameen..
Ya Rabbi, lindungilah aku daripada segala kejahatan dunia serta isinya,
dan peliharalah aku agar tidak tergolong antara kaum-kaum yang menentang perintahMu..
Ameen..
No comments:
Post a Comment