Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

08 November, 2016

Kecantikkan itu


Seseorang pernah cakap, wajah yang cantik itu berlambak, kecantikkan dalaman itulah yang amat jarang ditemui...

Definisi kecantikkan bagi setiap individu itu berbeza, ada yang kata kecantikkan terletak pada keelokkan bentuk wajah, susunan gigi, mata yang bundar, alis mata yang lentik, bibir yang indah , hidung yang mancung, bentuk badan yang langsing dan berlesung pipit.

ada yang berpendapat mata yang sepet, gigi yang jarang, bibir yang tebal, badan yang gempal itu adanya kecantikkan ..

Ia. Tafsiran tentang kecantikkan itu berbeza beza pada mata yang memandang..
Ohh, betapa Maha BesarNya Anugerah Ilahi yang menciptakan pelbagai jenis bangsa daripada pelbagai jenis wajah dan warna kulit .

Sebagai manusia, bagi aku sendiri , aku juga sering merungut pada ibuku, kata aku rasa rendah diri dan lain-lain.. Lalu, kata-kata ibu menjadi pembakar semangat aku untuk lebih bersyukur..

''Syukur Allah bagi kita begini, sedangkan di luar sana, ada yang tidak memiliki anggota, syukur Allah bagi kita begini, sedangkan di luar sana ada yang sering diejek, andai kita mengejar kecantikkan luaran semata-mata, kita boleh jadi gila. Lihatlah kehidupan artis atau bukan islam kebanyakan hilang rasa syukur sehingga menjadikan anggota mereka sebagai aset perlumbaan. Lebih patut kita syukur kita dilahirkan dalam islam''.

Aku diam. Alhamdullillah. Ada benarnya, dan aku betul betul syukur, sedangkan diri memandang kekurangan diri sebagai sesuatu kekurangan, dan di suatu pihak memandang kekurangan itu sebagai kelebihan. syukur, penilaian individu itu berbeda.

Same as situation, ''Bila mana kita melihat seseorang, kita rasa tenang, gembira dan wajah itu yang mahu kita lihat'' Tapi orang lain memandang wajah itu hanya biasa-biasa. Hal ini bermakna, setiap citarasa manusia itu berbeza, usah bersedih.

Dulu, aku masih ingat. Bila mana aku menerima ayat-ayat  manis yang berbentuk pujian, aku betul-betul  rasa aku langsung tidak layak, kata mereka aku merendah diri. Tak, bukan merendah diri bahkan aku sedar diri siapa aku. Terutama kata pujian daripada lelaki, lagilah aku rasa ia sekadar kata-kata pemanis mulut, pesan ma, ''Lelaki hanya manis berkata-kata, jangan terpedaya. anggap saja pujian itu ujian untuk menguji kita''..

Benar, kata pujian yang diberi seolah tidak terkesan di hati terutama daripada sang ajnabi, mungkin terbiasa di pupuk begitu.. dan ayat yang  masih mekar diingatan apabila seseorang pernah berkata

''Penilaian individu itu berbeza, tapi saya masih belum menemui kekurangan awak, jujur saya katakan, pada mula saya melihat awak pun, saya akui, saya suka melihat awak, senyuman awak yang tak akan saya lupa , betapa untungnya ketika itu siapa yang dapat awak. Tapi waktu tu saya sedar, siapalah saya nak dekati awak.. Saya boleh tengok awak senyum pun hanya dengan kawan-kawan awak, awak langsung tak pandang saya, ye lah siapa lah saya untuk dekati awak''.

Aku ketawa, ''eh, sejak bila aku 'termakan' dengan kata-kata si punjangga . Haha. Aku ketawa sebab aku tak terlintas akan menerima sebaris kata yang tak pernah terlintas dekat fikiran aku, oleh seseorang yang aku sendiri tak terfikir.. *  Dulunya bukan siapa-siapa kini Kawan *

Dalam apa jua situasi aku juga selalu rasa down, rasa tak layak untuk sesiapa sebab rasa diri ini banyak sangat kekurangan diri dan ramai lagi insan yang lebih baik

''awak tak boleh rasa begitu, rasa itu akan membunuh awak perlahan,. Usah begitu. allah bagi kekurangan diri bukan menyuruh kita merungut bahkan ''Deal with it''. Dia tahu Mana yang lebih baik, mana yang sesuai dan ingat. Ramai orang mahu berada di tempat awak . Ingat tu''.

Terima Kasih..
Dalam waktu ini, bilamana kita menjadi diri kita sendiri, kita gembira dengan apa yang Allah bagi dan jadi lebih ceria. KIta usaha melakukan apa yang terbaik insha allah, moga-moga di permudahkan, dalam usaha menjadi diri sendiri akan ada orang yang tepat berada di sisi kita, ya. yang selayaknya,

Jika kita menjadi diri sendiri yang lebih baik dan kita kehilangan orang yang selama ini kita pernah rapat, jangan bersedih kerana Allah telah membuang orang yang tidak layak bersama kita di waktu senang kelak. Bersangka baik, bahawa hanya orang yang tepat dan selayaknya untuk berada di sisi kita. Insha allah.

Kerja keras dan jadi diri sendiri yang lebih baik. Dengan ini hanya orang yang selayaknya akan hadir disisi kita dan tetap bersama kita. ameen.

@Naajiaah

No comments:

Post a Comment