Attention :)
''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' .
( Al-najm: 32) ..
, ' ,
12 November, 2016
Ku adaMu
Ku renungi perjalananan hidupku,
walau dimana jua aku diletakkan,
aku kagum pada diri, Ya meskipun seringkali menghadapi kegagalan,
Tak mengapa, aku sudah cuba belajar dan belajar tentang kehidupan,
Betapa kehidupan ini perlu banyak kesabaran dan ketekunan dalam tiap sesuatu.
Aku juga belajar bahawa, aku tidak boleh takut pada hari esok,
seperti mana Tuhan yang Selalu berbuat baik pada masa lalu,
Tuhan juga akan terus berbuat baik pada masa yang akan datang..
Oh Tuhanku, betapa besarnya AnugerahMu terhadapku.
Meskipun acap kali aku mengeluh padamu,
Seringkali juga, engkau menyedarkan aku bahawa
Engkau sangat mengasihiku melebihi apa yang aku bayangkan.
Setiap ujian yang engkau berikan buat aku,
meskipun pada awalnya, aku mengeluh dan kadangkala merungut,
namun aku tetap yakin pada ketentuanMu bahawa Engkau sedang mendidik aku agar lebih dewasa mengharungi liku-liku kehidupan,
Melalui perit-perit kehidupan juga,
engkau sedang membentuk aku menjadi lebih matang,
lebih berdikari yang pastinya bahawa Satu-satunya tempat kebergantungan Hanya ada PadaMU..
Melalui suka dan tawa dalam kehidupan,
Engkau mengajar aku bahawa, indahnya sesuatu perhubungan yang engkau ciptakan,
aku lebih yakin, wujudnya KEBAHAGIAN sebenar di Syurga kelak..
Tuhanku, meskipun dalam pertatihan kecil yang aku sering gagal istiqomah,
namun di sudut hatiku tidak pernah hilang untuk berada di syurgamu.
Meskipun sangat sedikit ibadah yang aku lakukan,
Aku berharap engkau menerima amal ibadahku..
Tidak sanggup aku perdengarkan di akhirat kelak yang engkau langsung tidak mahu memandangku..
Tuhanku yang Maha Esa,
Engkau titipkan pelbagai ujian,
sudahku yakin pada diri, semuanya semata-mata Engkau mahu mendengar rintihanku juga mahu menyedarkan aku bahawa inilah sifat dunia,
Tuhan,
Kekuatan yang aku paling syukuri ialah engkau beri aku kekuatan yang aku sendiri kagum aku memilikinya, kekuatan yang teguh untuk terus bangkit saat disakiti, untuk terus kuat tersenyum dan memaafkan. Kekuatan yang aku sendiri tertanya-tanya, darimana datangnya keutuhan itu ?
Ya. walaubagaimana aku harus akui, betapa rapuhnya aku di hadapanMu,
di saat aku mengakui segala kelemahan, dan di saat aku meluahkan segala isi hati dan perjalanan hidup ini hanya PadaMu, dan disaat aku merayu petunjukMU.
ya, di saat inilah aku menemui ketenangan hakiki.
Tangisan yang memberi aku seribu kekuatan, luahan yang membuka pintu kelegaan,
Ya. Disaat inilah aku berasa amat dekat denganMu..
dan di saat ini aku yakin hanya kamu yang sentiasa ada selalu. sentiasa. setia.
Untuk aku.
kerna ku adaMu TUhan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment