Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

18 November, 2016

Ombak kehidupan

Ketika dirundum kecamuk perasaan sedih, hiba, kecewa dan lain-lain.. Berehatlah sebentar dan alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa bumi Allah sangatlah luas dan Allah tetap bersamamu..

Ombak..
Aku bersendirian lalu aku meluangkan masa di tepi pantai, aku berjalan di gigi pantai..Oh betapa, indah dan gembira perasaan aku ketika ini.. Aku biarkan, perasaan , jiwa aku dibawa oleh gelombang arus ombak..

Aku memerhati derauan ombak menghempas pantai,
kadang-kadang semakin kuat pukulan ombak dan semakin kuat bunyinya,
kadang-kadang sederhana dan semakin kecil memukul pasir..

Aku jadi takut dengan kekuatan ngauman ombak, seolah-olah mahu menelan aku ke dalamnya, bila ombak kian perlahan, aku pula mahu mencuba cuba bermain dengan ombak kecil.. Aku biarkan derauan ombak seolah mengejar aku, aku ketawa..

Betapa aneh ku rasa perasaan ini, perasaan yang aku luangkan bersama diri sendiri.
Untuk menyedarkan aku bahawa, bumi Allah sangat luas, penciptaanNYa sangat indah dan KAsih Sayang Allah yang tidak pernah Luntur.

Begitu juga kehidupan ini,
kadang-kadang ujian besar menghempas diri,
kadang-kadang ujian kecil.
Begitu juga dengan kehidupan ini.Tanpa ujian bukan namanya kehidupan,
Begitu juga ombak dan pantai, tanpa ombak dan pepasir,bukan pantai namanya.

Walaupun ombak menghempas pepasir,
pepasir tetap ada, langsung tidak salahkan ombak,
kerana pepasir tahu, kehadiran ombak juga yang bakal 'membentuk' keadaan pantai kelak..

Bagi manusia pula, dengan adanya ujian akan membentuk manusia menjadi lebih matang, berfikir dan lebih baik, insha allah .
Sentiasa bersangka baik, bahawa Allah memberi sesuatu sesuai dengan daya kita..

Ombak juga ciptaan allah yang sentiasa taat,
mengikuti arahan Allah yang Maha Esa,
tidak pernah ingkar dan patuh memikul amanah..

Melalui ombak juga, menyedarkan aku bahawa 
Aku hanyalah insan kerdil yang tidak punya apa-apa berbaanding kebesaranMu.
Segala sesuatu yang engkau beri kepada aku, hanyalah pimjaman dariMU.

Sedangkan hakikat diri hanyalah sekeping jasad,
yang tidak punya apa-apa.
Maka tidak hairanlah, aku pernah mendengar katakata bahawa

''Amal dan taqwa menjadi bekalan''.

#Love #Laugh #Life #Behappy 
@Naajiaah 


No comments:

Post a Comment