Attention :)
''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' .
( Al-najm: 32) ..
, ' ,
14 December, 2016
Engkau tidak mampu seperti aku
Bismillah.
Lama rasanya tak update.
Sekarang rasa emosi lebih stabil. Lebih tenang dan bahagia. Alhamdullillah.
Segalanya lebih teratur. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan..
Pegang ayat Allah, disebalik kesusahan ada kemudahan. Dua kali Allah ulang ayat yang sama, namun secara jujurnya aku sendiri sering terlupa.. Sehingga kadang-kadang seringkali merungut apabila benda yang di harapkan tidak sama seperti yang diimpikan.
Namun, bila aku ambil masa muhasabah diri.
menyedari bahawa segala apa kerugian, kehilangan merupakan ketentuan Ilahi.
Segalanya juga daripada Allah yang Maha Berkuasa, lalu siapa aku untuk persoalkan atau menyalahkan takdir ?
Benarlah Firman Allah bahawa, semakin bersyukur semakin Allah tambah.
Meskipun tidak ditambah dengan nikmat seperti apa yang kita rugi atau hilang, nikmat tenangnya jiwa dan berlapang dada merupakan suatu nikmat teragung, tidak termasuk nikmat kesihatan dan lain lain.
Subhanallah.
Fitnah dan tomahan sering dilemparkan kepada manusia aneh. ya. manusia aneh seperti kita.
Namun tidak pula aku menyangka bahawa ada manusia yang cuba meniru macam aku.
Apa lebihnya aku? Sedangkan ada yang mengkritik,mempersoalkan, mengata apa jua yang aku lakukan, melakukan itu dikritik, dikata, menasihati dikata munafik. Berdiam diri dikata tidak peduli/pentingkan diri sendiri.
Lantas peredaran masa mengajar aku erti, jaga diri sendiri.
Peduli kata negatif, menjauh diri ketika marah/ berdiam diri,lakukan sesuatu yang buat aku gembira,
Dulu aku ada terbaca satu kata orang putih '' Mulakan melihat dunia dengan perkara positif, elakkan segala negatif dan lihat apa yang berlaku dalam hidup anda''.
and ya. Aku mulai menyedari bahawa banyak perkara yang tidak perlu aku fikirkan, biarkan apa mereka nilai, kata. Aku sendiri sedar dan tahu bahawa pada hari akhirat kelak, sebesar zarah sekalipun akan dihitung. Bukan mahu aku katakan aku banyak amal atau lain-lain, apa aku mahu katakan bahawa Jaga Diri Sendiri.
Ada perkara perlu di simpan . Di simpan.
Ada perkara perlu di pendam. Pendam.
Ya . Aku lebih selesa begini.
menyorok segala serpihan diri yang berantakan,
dan hanya meluaskan kuasa bahagia.
Biar dunia turut gembira.
Namun, apa yang berlaku..
Di sebabkan keadaan ini,
orang melihat kita hidup tanpa masalah,
bebas dan tidak terikat.
mereka mulai membanding diri mereka,mengkritik,dan lain lain.
Aku diam. Pedih . Sakit . kecewa .
Lantas, semakin dalam perasaan itu menhimpit.
Bilamana orang langsung tidak tahu apa yang kita hadapi dalam hidup,
jatuh dan masa untuk pulih,
kerana sumpah dan janji yang dilafaz demi Allah aku harus kuat.
Kerna aku menyakini bahawa tiada yang berupaya menolong Aku selain Allah.
Tak apa.
Aku boleh katakan satu perkara.
Seandainya kamu berdiri di tempat aku berdiri.
Engkau tidak akan mampu berdiri seperti aku berdiri sekarang.
Itu jaminan aku.
Bukan kerana aku berlagak kuat atau terlalu angkuh mengatakan
ujian aku hebat, bahkan aku mengatakan demikian kerana keadaan engkau yang banyak mengkritik diri sendiri membuat aku rasa, engkau sangat lemah dan tidak mampu berdiri seteguh aku.
Itu sahaja.
Moga tabah
@naajiaah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment