Attention :)
''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' .
( Al-najm: 32) ..
, ' ,
19 March, 2017
Perngorbanan
Bismillahirahmanirahim..
Sekian lama tak menaip. Hampir terlupa pada sang blog yang dah bersarang labah-labah..
Hidup merupakan suatu pengorbanan.
Juga tidak dapat lari dari sebuah kekecewaan..
Hendakku luah namun aku tidak berdaya untuk berkongsi apa yang aku rasakan jauh disudut hatiku.
Ya. aku tidak suka meluah apa lagi berkongsi rasa, melainkan menelan sedikit demi sedikit luka yang aku rasakan sehinggakan tanpa sedar, aku dirundum kesedihan, kekecewaan.
Suatu ketika, bila aku meluahkan apa yang terbuku di hati aku, dengan harapan agar ia, dia mengerti apa yang aku rasakan, namun aku yakin tiada guna berkongsi rasa kerna mereka hanya mampu mendengar, kemudian berlalu pergi dan mungkin ada juga yang mengutuk dan mengata 'masalah' yang kita hadapi..
Arghh .
Kekecewaan yang aku maksudkan bukan perihal putus cinta,juga bukan perihal persahabatan.
Soal kekecewaan, kali ini merupakan suatu pengorbanan,
Jiwa muda nak dikatakan apabila mahu mencuba sesuatu yang baru, mahu belajar dan lebih berdikari.
Andai saja ada yang mengerti apa yang cuba aku katakan,
bukan apa, aku merasakan aku langsung tidak diberi peluang untuk berdikari,belajar sesuatu yang baru dan dipercayai bahawa aku boleh lakukan, namun aku merasakan segalanya terbantut apabila aku mulai merasakan aku diperendahkan, diperlekehkan dan hanya dipandang serong.
Mungkin kerna hala yang aku pilih, mungkin juga kerna aku tidak punya apa apa untuk dibanggakan. Mungkin.
Apa -apa yang kita lakukan cukup Allah saja yang tahu,
namun kini, manusia akan membanggakan apa yang 'ditunjukkan'.
Ya . itulah hakikatnya.
In the same time, mereka yang melakukan kebaikan juga dikutuk dengan pelbagai kata.
Apakah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment