Attention :)

''Dia Mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari Tanah dan semasa kamu masih janin . dalam perut ibumu Maka janganlah kamu mengganggap dirimu suci .Dia Mengetahui tentang orang yang bertakwa .. , ' . ( Al-najm: 32) .. , ' ,

08 May, 2017

Move on

*Move On*

Orang kata, betapa indahnya perasaan 'move on' bila dah betul-betul move on, tetapi 'kenangan' tu juga yang mampu 'membunuh' , 'move on' tersebut..
Aku sendiri? dengan usia aku mungkin tidak sesuai apabila aku sebutkan perihal 'move on' tetapi percaya atau tidak dengan usia aku sudah ramai yang sebaya aku sudah miliki anak-anak sendiri..

Mustahil bagi aku untuk berkahwin pada umur sekarang yang masih setahun jagung *ehehehe*..

Seperti orang lain, aku juga pernah merasakan kekecewaan,hampa,remuk,sakit hati, iri hati benci,geram,marah dan lain lain kerna aku juga manusia yang penuh dengan ketidaksempurnaan.

Bagi aku setiap orang mampu move on meskipun mereka menyatakan 'Tidak Boleh', "tidak cukup kuat', 'tidak mampu', 'terlalu cinta' dan lain lain yang sewaktu dengannya. Aku tak salahkan mereka yang menyatakan sedemikian kerna aku pernah berada di tempat tersebut. Tempat yang mana aku menjadi seorang hamba kepada perasaan aku, aku biarkan diri aku dikawal oleh kekecewaan,kegelisahan,duka cita dan kesedihan. aku putus asa dan putus harapan, betapa aku menyalahkan diri aku dengan apa yang terjadi..

Sehingga sampai suatu masa aku menyoal diri, 'Sampai Bila aku tidak mahu menerima hakikat  bahawa jodoh kami tiada?', 'Sampai bila aku perlu menjadi hamba kpd perasaan aku sendiri?', dan sampai bila aku mahu 'menunggu' dia memberi kebahagiaan walhal aku sendiri tahu yang dia bukan jodoh aku, tapi aku menidakkan kata hati aku kerana bertuhankan rasa sayang.. hakikatnya aku tahu, menunggu dan berharap seseorang itu berubah dan melayani kita dengan baik itu adalah suatu yang amat mustahil.

Ya, mungkin ada yang sanggup terus berharap, tapi sekrang tidak bagi aku.
2 tahun menunggu dia berubah bukan lagi suatu tempoh yang singkat, bukan singkat,bukan mudah.sangat payah,sangat sangat..

Aku rindu dia. bukan kadang kadang tapi selalu aku menangis kerana rindu dia, aku soal diri aku tentang keadaan dia, adakah dia rasa perasaan yang sama? adakah dia masih sayang aku? adakah hati dia hanya untuk aku? 2  tahun bukan tempoh yang mudah untuk aku menunggu dan menjawab agihan suara drp lubuk hatiku, bukan mudah untuk aku melawan perasaan rindu, cemburu, risau dan keliru..

Sampai suatu saat, aku penat. Aku letih dan aku betul betul mahu berehat, aku pejam mata dan ingat pada Pencipta, Bumi ini sangatlah luas. Sehingga  aku menyedari bahawa aku terlalu lama 'mengikat',;menunggu' dan 'menanggung' seribu rasa yang aku pasti tiada siapa mengerti.
Ya, ada yang boleh bicara dengan angkuh, mencemuh dengan sejuta tomahan, mengutuk dengan kesungguhan namun hakikatnya, aku yang rasa, semuanya dalam diri aku. Diri yang aku pancarkan melalui kekuatan.

Bila aku lepaskan apa yang aku sayang, aku menerima hakikat dan redha . aku belajar erti kesabaran dan ikhlas. dan inilah kebahagiaan sebenar yang aku cari, aku temui ketenangan yang aku impikan.

Dia siapa untuk buat aku celaru? dia siapa buat aku cemburu? dia siapa buat aku keliru? dia siapa yang buat aku begini?

Orang yang aku fikir tidak dapat hidup tanpanya rupanya sekarang bagi aku dia tidak punya apa-apa, dia tidak lagi bernilai. Bagi aku, aku melihatnya kecil meskipun dia mampu menegcapi kejayaan, bagi aku dia keceil kerna tidak tahu erti 'kebahagiaan' sebenar.

Alhamdullillah kini, aku lebih berlapang dada dan bersangka baik bahawa Allah dah susun cantik-cantik perjalanan hidup ini :)

No comments:

Post a Comment